Wednesday 22 April 2015

PERJALANAN UMRAH 16 - UMRAH KEDUA (SUNAT)

Alhamdulillah jemaah kami berjaya mengerjakan Umrah wajib. Seperti yang dimaklumkan oleh Ustaz Khairullah, Umrah ke-2 dan ke-3 (umrah sunat) akan dilakukan pada hari ke - 2 dan hari ke - 3 para jemaah berada di kota Mekah. 

Makluman ini agak sedikit berbeza dengan jadual yang diberikan oleh Ustaz Khairullah kerana mengikut jadual asal, umrah ke - 2 sepatutnya dilakukan pada hari ke -3 berada di Mecca manakala umrah ke - 3 sepatutnya dilakukan pada hari ke -5 berada di kota suci ini.

Walaupun para jemaah masih lagi kepenatan, terutama sekali bagi para jemaah yang first time melakukan ibadah umrah ini, namun masing-masing kelihatan redha dengan ujian ini. Alhamdulillah.

Mengikut taklimat yang diberikan oleh Ustaz Kahirullah, untuk Umrah kedua ini, para jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Tawr, bumi Arafah, dan Jabal Rahmah. Tempat untuk miqat atau pun tempat untuk menjatuhkan niat Umrah ke -2 ini akan dilakukan di Ja'aranah.

2 Februari para jemaah diminta berkumpul seawal pukul 7.30 pagi di lobi Hotel Hilton dan kemudiannya dibawa oleh Ustaz Khairullah ke lokasi perhentian bas dengan berjalan kaki iaitu kira-kira hampir 0.5 km dari lokasi Hotel Hilton.

Para jemaah seterusnya dibawa menaiki bas menuju ke satu Jabal Thawr.

Kali ini, Mak berhajat ingin menunaikan Umrah Sunat ini untuk aruah Bapa Mak. Maka ianya dipanggil Umrah Badal. Insyaallah.

***
JABAL THAWR

Jabal Thawr merupakan bukit yang mempunyai gua di mana baginda Rasulullah SAW dan sahabat baginda, Saidina Abu Bakar, bersembunyi selama 3 hari dan 3 malam daripada kaum Quraisy, ketika baginda Rasulullah SAW dan sahabat berhijrah dari bumi Mecca ke Medina.

- Apabila baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar tiba di gua Jabal Thawr, Saidina Abu Bakar terlebih dahulu memasuki gua tersebut bagi memastikan tiada apa-apa halangan yang boleh mencederakan baginda Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar menjumpai beberapa lubang dan menyumbat lubang tersebut dengan kain. Kemudian baginda Rasulullah SAW memasuki gua tersebut dan tidur di atas riba Saidina Abu Bakar. Tiba-tiba, sesuatu telah menyengat kaki Saidina Abu Bakar namun Saidina Abu Bakar tidak menggerakkan kakinya, dikhuatiri baginda Rasulullah SAW akan terjaga. Kesakitan yang dialami oleh Saidina Abu Bakar terasa amat berat sehinggakan air mata mula mengalir jatuh ke pipi beliau dan seterusnya terkena muka baginda Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW kemudiannya terjaga dan melihat Saidina Abu Bakar di dalam kesakitan lalu dengan menggunakan air liur baginda Rasulullah SAW menyapukannya ke atas kesakitan Saidina Abu Bakar. Dengan serta-merta kesakitan tersebut pun hilang.

- Selama 3 malam berturut-turut, baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar kekal bersembunyi di dalam gua tersebut. Sepanjang tempoh ini, Abdullah, iaitu anak kepada Saidina Abu Bakar, akan melalui kawasan persembunyian mereka. Abdullah kemudiannya akan pulang ke Mecca pada awal pagi bagi mengelakkan daripada kaum Quraisy mengesyaki bahawa Abdullah telah tidur di tempat lain selain di rumahnya sendiri. Setiap hari, Abdullah akan mengumpul maklumat dari Mecca berkaitan aktiviti terkini kaum Quraisy, dan pada sebelah malamnya pergi ke Jabal Thawr untuk memaklumkannya kepada baginda rasulullah SAW dan bapa beliau, Saidina Abu Bakar.

- Hamba bagi Saidina Abu Bakar iaitu Amir Bin Fuhayra membantu menjaga kambing-kambing ternakan Saidina Abu Bakar di sekitar Jabal Thawr agar baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar dapat meminum susu dari kambing ternakan tersebut. Setiap hari seawal pagi, Amir akan membawa ternakan kambing tersebut  pulang ke Mecca dengan menggunakan laluan yang digunakan oleh Abdullah bagi mengelakkan kesan tapak kaki beliau di ketahui oleh kaum Quraisy.

- Apabila baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar berada di dalam gua Jabal Thawr, Allah SWT menghantar lelabah untuk memintal benang ke atas semak samun sehingga menutupi pintu gua dan juga memerintah 2 ekor burung merpati untuk membuat sarang dan bertelur iaitu di lokasi antara pokok dan sarang lelabah. Sementara itu, kaum Quraisy telah mewujudkan satu pasukan mencari baginda Rasullullah SAW dan  Saidina Abu Bakar, dan pasukan Quraisy ini mencari di sebelah selatan Mecca iaitu di kawasan persembunyian baginda rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar. Pasukan Quraisy ini telah tiba di hujung gua tempat persembunyian baginda Rasullullah SAW dan Saidina Abu Bakar dan jika mereka melihat lebih dalam lagi nescaya mereka pasti menjumpai baginda Rasullullah SAW dan Saidina Abu Bakar.

- Di mana kumpulan kaum Quraisy begitu hampir menemui tempat persembunyian baginda Rasullullah SAW dan Saidina Abu Bakar, Saidina Abu Bakar menjadi semakin tertekan dan bimbang akan keselamatan baginda Rasulullah SAW. Kemudian Baginda Rasulullah SAW menenangkan  Saidina Abu Bakar "How can you be apprehensive about two with whom is a third, especially when the third one is Allah?"

- Melihatkan sarang lelabah dan sarang burung merpati, kaum Quraisy membuat kesimpulan bahawa tiada sesiapapun yang memasuki dan meninggalkan gua tersebut.


“If ye help not (your leader), (it is no matter): for Allah did indeed help him, when the Unbelievers drove him out: he had no more than one companion; they two were in the cave, and he said to his companion, “Have no fear, for Allah is with us”: then Allah sent down His peace upon him, and strengthened him with forces which ye saw not, and humbled to the depths the word of the Unbelievers. But the word of Allah is exalted to the heights: for Allah is Exalted in might, Wise.“ [9:40] - Surah Taubah


- Setelah 3 hari baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar mengetahui bahawa pihak Quraisy telah beredar dari kawasan gua tersebut, maka baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar pun keluar dan meninggalkan gua tersebut dan seterusnya menuju ke  Yathrib (Medina). Asma, iaitu anak perempuan Saidina Abu Bakar pergi menemui ayah beliau sebelum mereka berangkat dengan membawa bekalan makanan untuk perjalanan baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar. Apabila baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar hendak memulakan perjalanan, mereka mendapati bahawa mereka tiada kemudahan untuk mengikat makanan yang dibawa oleh Asma unruk diikat di pelana. Maka Asma memberikan ikatan dipinggangnya, mengoyakkannya menjadi 2 helai, satu dipakai semula dan satu lagi digunakan untuk mengikat makanan di pelana. Tindakan Asma ini mendapat pujian baginda Rasulullah SAW dan mendapat gelaran 'She of the two waistband'. Selepas itu semua Muslim mengenal Asma dengan gelaran demikian.

References:  When the Moon Split – Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri, The Life of Muhammad (peace and blessings of Allah be on him) – Tahia Al-Ismail


***

Usai melawati Jabal Thawr, para jemaah dibawa melawati bumi Arafah dan seterusnya ke Jabal Rahmah. Kelihatan di bumi Arafah kini mengalami sedikit perubahan di mana ketika saya mengerjakan Haji pada tahun 2010, bumi Arafah amat tandus dan hanya terdapat beberapa pokok sahaja. Namun kali ini bumi Arafah bagaikan subur dengan tumbuhan hijau dan pokok-pokok kelihatan tumbuh subur di sini. Para jemaah sempat melihat bumi Arafah di dalam perjalanan ke Jabal Rahmah kerana bas meneruskan perjalanan terus ke Jabal Rahmah. yang juga terletak juga di bumi Arafah.



Setibanya di Jabal Rahmah, kelihatan ramai jemaah yang rata-ratanya menaiki ke puncak Jabal Rahmah dengan menaiki tangga ataupun memanjat batu-batu besar ke puncak tersebut.


Terdapat juga kegiatan ekonomi di kaki Jabal Rahmah yang antara lain menjual pakaian dan juga kemudahan asas para jemaah serta beberapa cenderamata untuk dibawa balik oleh jemaah yang tiba di bumi Arafah ini.


Usai melawat Jabal Rahmah ini, para jemaah di bawa ke Ja'ranah iaitu Masjid Ja'ranah untuk bersolat sunat ihram dan menjatuhkan niat Umrah sunat.


Perjalanan ke Ja'ranah mengambil masa lebih kurang 1 jam dari bumi Arafah. Kami juga dibawa melalui kawasan Mina di mana setiap tahun para jemaah Haji akan datang ke sini untuk 'melontar' di ketiga-tiga Jamrah setelah selesai wukuf (bermalam) di Arafah.


Setibanya di Ja'ranah iaitu di Masjid Ja'ranah, suasana di sini tidaklah begitu sesak kerana mungkin masih awal lagi. Selesai menjatuhkan niat di sini, para jemaah di bawa pulang ke Kota Mecca. Setibanya di Mecca, para jemaah dibawa untuk menyelesaikan ibadah umrah sunat ini dengan bimbingan Ustaz Khairullah. Walaubagaimanapun, para jemaah juga boleh mengerjakan umrah sunat ini secara bersendirian dan mengikut kesesuaian masa masing-masing.


Saya, Mak, Kak Mah, and the sisters memilih untuk menyelesaikan ibadah umrah sunat ini mengikut jemaah kecil kami sendiri. Kali ini Mak bersetuju untuk mengikuti Kak Mah and the sisters menaiki scooters bagi tujuan bersaie' setelah selesai tawaf di Baitullah, Kaabah.


BERSAIE' DENGAN SCOOTER

Para jemaah uzur atau mengalami masalah kesihatan bolehlah bersaie' dengan scooter. Memandangkan Mak mengalami masalah kesihatan, maka Mak memilih untuk menaiki scooter. Memandangkan ini merupakan kali pertama saya dan Mak menaiki scooter, maka kami hanya berpandukan tour guide kami iaitu Kak Mah for ease of finding ways.


Para jemaah boleh la pergi ke tingkat 3 di kawasan Saie' dengan keluar dari pintu Ali Gate, menaiki tangga (one level up) dan masuk semula ke pintu yang  mempunyai escalators yang akan membawa para jemaah ke tingkat 3.


Terdapat 2 jenis perkhidmatan Scooter yang ditawarkan iaitu:


1. Scooter dengan 1 tepat duduk = SAR50
2. Scooter dengan 2 tempat duduk = SAR100

Namun yang demikian, hampir kesemua jemaah menggunakan scooter dengan 1 tempat duduk tapi dinaiki oleh 2 orang jemaah.



Kelajuan maksima scooter tersebut adalah sebanyak 25km/j. Pengendalian scooter ini adalah mudah dan insyaallah boleh dioperasikan oleh para jemaah.


Tips: Sekiranya scooter didapati terlalu lambat bergerak (seperti yang dialami oleh saya dan Mak), para jemaah bolehlah menukar kepada scooter yang lain. Adalah penting untuk meminta resit bayaran yang dibuat sebelum mengambil scooter tersebut.


Alhamdulillah, kami semua berjaya mengerjakan Umrah sunat ini dengan sempurna selepas bersaie' dan bergunting.


Kawasan para jemaah menunggu bas iaitu di kawasan bawah tanah Kota Mecca sebelum berangkat keluar

Jabal Thawr

Tanah di Jabal Tawr

Bas para jemaah yang digunakan sebagai pengangkutan

Perjalanan menuju ke bumi Arafah

Pemandangan dari dalam tingkap bas menuju ke bumi Arafah

Hampir tiba di bumi Arafah

Tiba di bumi Arafah. Kelihatan tumbuh-tumbuhan yang semakin membiak dengan suburnya.

Bumi Arafah

Sempadan bumi Arafah

Signage sempadan bumi Arafah

Tumbuh-tumbuhan di bumi Arafah yang hidup menghijau

Tapak wukuf bagi oara jemaah Haji setiap tahun

Selamat turun dari bas di bumi Arafah

Jabal Rahmah dari pandangan jauh

Van yang menjual aiskrim

Mak dan Kak Mah

Masih berdiskusi

Mak, Kak Mah dan Kak Naha.....Kak Jem?

Ustaz Khairullah sedang memberi penerangan di kaki Jabal Rahmah

Pick up Truck yang dijadikan kedai bergerak menjual pelbagai barangan kegunaan harian para jemaah

Barangan di atas pick up truck

Ada juga para jemaah mengambil kesempatan berada di sini untuk mendaki Jabal Rahmah

Para jemaah dari negara lain

Jabal Rahmah

Kegiatan ekonomi yang terdapat di sekitar Jabal Rahmah

Aktiviti ekonomi setempat

Perbuatan vendalisma dan khurafat yang ditulis di atas batu di kaki Jabal Rahmah

saluran air di kaki Jabal Rahmah

Jualan Pakaian

Tapak wukuf

Tandas yang digunakan oleh Jemaah Haji dan para tetamu di bumi Arafah

Jumbo Signage yang menunjukkan arah Kiblat

Sempadan bumi Arafah

Balai Bomba yang terletak di luar bumi Arafah

Mina di mana terletaknya 3 Jamrah untuk para jemaah Haji melontar setiap tahun pada musim Haji

Komuter yang hanya dibuka untuk penggunaan kepada tetamu VVIP dan orang arab sahaja. 

Jika dilihat kubah jauh diatas bukit tersebut, ini merupakan tempat bersejarah di mana peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail, godaan syaitan yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, dan tempat di mana juga Nabi Ibrahim menerima wahyu dari Allah SWT untuk menggantikan anaknya dengan seekor kambing. Allahuakhbar.

Istana Raja Saudi Arabia di atas bukit di kawasan Mina

Mina: Bangunan di mana terdapat 3 Jamrah tersebut. Pandangan dari jauh

Bangunan terdapatnya 3 Jamrah

Hotel di Mina manakala khemah putih merupakan tempat bermalam bagi jemaah Muasasah Tabung Haji dan syarikat Haji yang lain untuk pakej ekonomi

Stadium Arab Saudi 

Setibanya di Ja'ranah. Mak dan Kak Naha baru turun dari bas

Tips: perlu ambil gambar bas agar tidak tersalah naik usai solat sunat ihram di Masjid Ja'ranah

Pemandangan di dalam masjid

Jam di dalam masjid menunjukkan pukul 10.19 pagi

Para jemaah lain yang bersolat sunat ihram

Kawasan letak kasut

Masjid bagi jemaah wanita

Laluan masuk ke masjid bagi jemaah lelaki

Jauh dihujung sana bas berwarna kuning iaitu bas jemaah kumpulan kami

Kedai sekitar masjid di Ja'ranah

Kedai menjual kenderaan. Kebanyakkan jenama Toyota

Ali Gate merupakan pintu keluar dari kawasan Saie' iaitu terletak di tengah-tengah antara Bukit Safa dan Marwah. Setelah keluar dari Ali Gate ini, para jemaah perlu menaiki tangga yang berada di hadapan. Setibanya di atas, para jemaah perlu memasuki pintu yang terletak disebelah kanan yang dengan jelas boleh dilihat kemudahan escalators yang disediakan. Alhamdulillah.


 Kemudahan escalators yang yang perlu digunakan untuk tiba di tingkat 3 di mana terletaknya kemudahan perkhidmatan scooters

 Escalators bertingkat

Scooter yang saya dan mak naiki

Kak Naha usai mengerjakan ibadah saie.  Naik dengan Kak Mah. 

2 comments:

  1. Assalam,

    Great and very nice posting with informative fact of history dakwah RasulAllah.. How deep and big the scarification of Nabi Muhammad S.A.W & Saidina Abu Bakar to deliver the truth Islam to Us.. Feeling Sad..

    ReplyDelete