Alhamdulillah
jemaah kami berjaya mengerjakan Umrah wajib. Seperti yang dimaklumkan oleh
Ustaz Khairullah, Umrah ke-2 dan ke-3 (umrah sunat) akan dilakukan pada hari ke
- 2 dan hari ke - 3 para jemaah berada di kota Mekah.
Makluman ini
agak sedikit berbeza dengan jadual yang diberikan oleh Ustaz Khairullah kerana
mengikut jadual asal, umrah ke - 2 sepatutnya dilakukan pada hari ke -3 berada
di Mecca manakala umrah ke - 3 sepatutnya dilakukan pada hari ke -5 berada di
kota suci ini.
Walaupun para
jemaah masih lagi kepenatan, terutama sekali bagi para jemaah yang first time melakukan
ibadah umrah ini, namun masing-masing kelihatan redha dengan ujian ini.
Alhamdulillah.
Mengikut
taklimat yang diberikan oleh Ustaz Kahirullah, untuk Umrah kedua ini, para
jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Tawr, bumi Arafah, dan Jabal Rahmah. Tempat
untuk miqat atau pun tempat untuk menjatuhkan niat Umrah ke -2 ini akan
dilakukan di Ja'aranah.
2 Februari para
jemaah diminta berkumpul seawal pukul 7.30 pagi di lobi Hotel Hilton dan
kemudiannya dibawa oleh Ustaz Khairullah ke lokasi perhentian bas dengan
berjalan kaki iaitu kira-kira hampir 0.5 km dari lokasi Hotel Hilton.
Para jemaah
seterusnya dibawa menaiki bas menuju ke satu Jabal Thawr.
Kali ini, Mak
berhajat ingin menunaikan Umrah Sunat ini untuk aruah Bapa Mak. Maka ianya
dipanggil Umrah Badal. Insyaallah.
***
JABAL THAWR
Jabal Thawr
merupakan bukit yang mempunyai gua di mana baginda Rasulullah SAW dan sahabat
baginda, Saidina Abu Bakar, bersembunyi selama 3 hari dan 3 malam daripada kaum
Quraisy, ketika baginda Rasulullah SAW dan sahabat berhijrah dari bumi Mecca ke
Medina.
- Apabila
baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar tiba di gua Jabal Thawr, Saidina Abu Bakar
terlebih dahulu memasuki gua tersebut bagi memastikan tiada apa-apa halangan
yang boleh mencederakan baginda Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar menjumpai beberapa
lubang dan menyumbat lubang tersebut dengan kain. Kemudian baginda Rasulullah
SAW memasuki gua tersebut dan tidur di atas riba Saidina Abu Bakar. Tiba-tiba, sesuatu
telah menyengat kaki Saidina Abu Bakar namun Saidina Abu Bakar tidak menggerakkan kakinya,
dikhuatiri baginda Rasulullah SAW akan terjaga. Kesakitan yang dialami oleh Saidina Abu
Bakar terasa amat berat sehinggakan air mata mula mengalir jatuh ke pipi beliau
dan seterusnya terkena muka baginda Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW
kemudiannya terjaga dan melihat Saidina Abu Bakar di dalam kesakitan lalu dengan
menggunakan air liur baginda Rasulullah SAW menyapukannya ke atas kesakitan Saidina Abu
Bakar. Dengan serta-merta kesakitan tersebut pun hilang.
- Selama 3 malam
berturut-turut, baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar kekal bersembunyi di dalam
gua tersebut. Sepanjang tempoh ini, Abdullah, iaitu anak kepada Saidina Abu Bakar, akan
melalui kawasan persembunyian mereka. Abdullah kemudiannya akan pulang ke Mecca
pada awal pagi bagi mengelakkan daripada kaum Quraisy mengesyaki bahawa
Abdullah telah tidur di tempat lain selain di rumahnya sendiri. Setiap hari,
Abdullah akan mengumpul maklumat dari Mecca berkaitan aktiviti terkini kaum
Quraisy, dan pada sebelah malamnya pergi ke Jabal Thawr untuk memaklumkannya
kepada baginda rasulullah SAW dan bapa beliau, Saidina Abu Bakar.
- Hamba bagi Saidina Abu
Bakar iaitu Amir Bin Fuhayra membantu menjaga kambing-kambing ternakan Saidina Abu
Bakar di sekitar Jabal Thawr agar baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar dapat
meminum susu dari kambing ternakan tersebut. Setiap hari seawal pagi, Amir akan
membawa ternakan kambing tersebut pulang ke Mecca dengan menggunakan
laluan yang digunakan oleh Abdullah bagi mengelakkan kesan tapak kaki beliau di
ketahui oleh kaum Quraisy.
- Apabila
baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar berada di dalam gua Jabal Thawr, Allah SWT
menghantar lelabah untuk memintal benang ke atas semak samun sehingga menutupi
pintu gua dan juga memerintah 2 ekor burung merpati untuk membuat sarang dan
bertelur iaitu di lokasi antara pokok dan sarang lelabah. Sementara itu, kaum
Quraisy telah mewujudkan satu pasukan mencari baginda Rasullullah SAW dan Saidina Abu
Bakar, dan pasukan Quraisy ini mencari di sebelah selatan Mecca iaitu di
kawasan persembunyian baginda rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar. Pasukan Quraisy ini
telah tiba di hujung gua tempat persembunyian baginda Rasullullah SAW dan Saidina Abu
Bakar dan jika mereka melihat lebih dalam lagi nescaya mereka pasti menjumpai
baginda Rasullullah SAW dan Saidina Abu Bakar.
- Di mana
kumpulan kaum Quraisy begitu hampir menemui tempat persembunyian baginda
Rasullullah SAW dan Saidina Abu Bakar, Saidina Abu Bakar menjadi semakin tertekan dan bimbang
akan keselamatan baginda Rasulullah SAW. Kemudian Baginda Rasulullah SAW
menenangkan Saidina Abu Bakar "How can you be apprehensive about two with whom
is a third, especially when the third one is Allah?"
- Melihatkan sarang lelabah dan
sarang burung merpati, kaum Quraisy membuat kesimpulan bahawa tiada sesiapapun
yang memasuki dan meninggalkan gua tersebut.
“If ye help not (your leader), (it is no matter): for
Allah did indeed help him, when the Unbelievers drove him out: he had no more
than one companion; they two were in the cave, and he said to his companion,
“Have no fear, for Allah is with us”: then Allah sent down His peace upon him,
and strengthened him with forces which ye saw not, and humbled to the depths
the word of the Unbelievers. But the word of Allah is exalted to the heights:
for Allah is Exalted in might, Wise.“ [9:40]
- Surah Taubah
- Setelah 3 hari baginda Rasulullah
SAW dan Saidina Abu Bakar mengetahui bahawa pihak Quraisy telah beredar dari kawasan
gua tersebut, maka baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar pun keluar dan meninggalkan
gua tersebut dan seterusnya menuju ke Yathrib (Medina). Asma, iaitu anak
perempuan Saidina Abu Bakar pergi menemui ayah beliau sebelum mereka berangkat dengan
membawa bekalan makanan untuk perjalanan baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar.
Apabila baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar hendak memulakan perjalanan,
mereka mendapati bahawa mereka tiada kemudahan untuk mengikat makanan yang
dibawa oleh Asma unruk diikat di pelana. Maka Asma memberikan ikatan
dipinggangnya, mengoyakkannya menjadi 2 helai, satu dipakai semula dan satu lagi
digunakan untuk mengikat makanan di pelana. Tindakan Asma ini mendapat pujian
baginda Rasulullah SAW dan mendapat gelaran 'She of the two waistband'.
Selepas itu semua Muslim mengenal Asma dengan gelaran demikian.
References: When the Moon Split – Shaikh Safiur-Rahman
Mubarakpuri, The Life of Muhammad (peace and blessings of Allah be on him)
– Tahia Al-Ismail
***
Usai melawati Jabal Thawr, para jemaah dibawa melawati bumi
Arafah dan seterusnya ke Jabal Rahmah. Kelihatan di bumi Arafah kini mengalami
sedikit perubahan di mana ketika saya mengerjakan Haji pada tahun 2010, bumi
Arafah amat tandus dan hanya terdapat beberapa pokok sahaja. Namun kali ini
bumi Arafah bagaikan subur dengan tumbuhan hijau dan pokok-pokok kelihatan
tumbuh subur di sini. Para jemaah sempat melihat bumi Arafah di dalam perjalanan
ke Jabal Rahmah kerana bas meneruskan perjalanan terus ke Jabal Rahmah. yang
juga terletak juga di bumi Arafah.
Setibanya di Jabal Rahmah, kelihatan ramai jemaah yang
rata-ratanya menaiki ke puncak Jabal Rahmah dengan menaiki tangga ataupun
memanjat batu-batu besar ke puncak tersebut.
Terdapat juga kegiatan ekonomi di kaki Jabal Rahmah yang
antara lain menjual pakaian dan juga kemudahan asas para jemaah serta beberapa
cenderamata untuk dibawa balik oleh jemaah yang tiba di bumi Arafah ini.
Usai melawat Jabal Rahmah ini, para jemaah di bawa ke
Ja'ranah iaitu Masjid Ja'ranah untuk bersolat sunat ihram dan menjatuhkan niat
Umrah sunat.
Perjalanan ke Ja'ranah mengambil masa lebih kurang 1 jam
dari bumi Arafah. Kami juga dibawa melalui kawasan Mina di mana setiap tahun
para jemaah Haji akan datang ke sini untuk 'melontar' di ketiga-tiga Jamrah
setelah selesai wukuf (bermalam) di Arafah.
Setibanya di Ja'ranah iaitu di Masjid Ja'ranah, suasana di
sini tidaklah begitu sesak kerana mungkin masih awal lagi. Selesai menjatuhkan
niat di sini, para jemaah di bawa pulang ke Kota Mecca. Setibanya di Mecca,
para jemaah dibawa untuk menyelesaikan ibadah umrah sunat ini dengan bimbingan
Ustaz Khairullah. Walaubagaimanapun, para jemaah juga boleh mengerjakan umrah
sunat ini secara bersendirian dan mengikut kesesuaian masa masing-masing.
Saya, Mak, Kak Mah, and
the sisters memilih untuk menyelesaikan ibadah umrah sunat ini
mengikut jemaah kecil kami sendiri. Kali ini Mak bersetuju untuk mengikuti Kak
Mah and the sisters menaiki scooters bagi tujuan
bersaie' setelah selesai tawaf di Baitullah, Kaabah.
BERSAIE' DENGAN SCOOTER
Para jemaah uzur atau mengalami masalah kesihatan bolehlah
bersaie' dengan scooter.
Memandangkan Mak mengalami masalah kesihatan, maka Mak memilih untuk menaiki scooter. Memandangkan ini merupakan
kali pertama saya dan Mak menaiki scooter,
maka kami hanya berpandukan tour
guide kami iaitu Kak Mah for
ease of finding ways.
Para jemaah boleh la pergi ke tingkat 3 di kawasan Saie'
dengan keluar dari pintu Ali Gate, menaiki tangga (one level up) dan masuk semula ke pintu yang mempunyai escalators yang
akan membawa para jemaah ke tingkat 3.
Terdapat 2 jenis perkhidmatan Scooter yang ditawarkan
iaitu:
1. Scooter dengan
1 tepat duduk = SAR50
2. Scooter dengan
2 tempat duduk = SAR100
Namun yang demikian, hampir kesemua jemaah
menggunakan scooter dengan 1 tempat duduk tapi dinaiki oleh 2
orang jemaah.
Kelajuan maksima scooter tersebut
adalah sebanyak 25km/j. Pengendalian scooter ini adalah mudah dan insyaallah boleh
dioperasikan oleh para jemaah.
Tips: Sekiranya scooter didapati terlalu lambat bergerak
(seperti yang dialami oleh saya dan Mak), para jemaah bolehlah menukar
kepada scooter yang lain. Adalah penting untuk meminta resit
bayaran yang dibuat sebelum mengambil scooter tersebut.
Alhamdulillah, kami semua berjaya mengerjakan Umrah sunat
ini dengan sempurna selepas bersaie' dan bergunting.
Kawasan para jemaah menunggu bas iaitu di kawasan bawah tanah Kota Mecca sebelum berangkat keluar
Jabal Thawr
Tanah di Jabal Tawr
Bas para jemaah yang digunakan sebagai pengangkutan
Perjalanan menuju ke bumi Arafah
Pemandangan dari dalam tingkap bas menuju ke bumi Arafah
Hampir tiba di bumi Arafah
Tiba di bumi Arafah. Kelihatan tumbuh-tumbuhan yang semakin membiak dengan suburnya.
Bumi Arafah
Sempadan bumi Arafah
Signage sempadan bumi Arafah
Tumbuh-tumbuhan di bumi Arafah yang hidup menghijau
Tapak wukuf bagi oara jemaah Haji setiap tahun
Selamat turun dari bas di bumi Arafah
Jabal Rahmah dari pandangan jauh
Van yang menjual aiskrim
Mak dan Kak Mah
Masih berdiskusi
Mak, Kak Mah dan Kak Naha.....Kak Jem?
Ustaz Khairullah sedang memberi penerangan di kaki Jabal Rahmah
Pick up Truck yang dijadikan kedai bergerak menjual pelbagai barangan kegunaan harian para jemaah
Barangan di atas pick up truck
Ada juga para jemaah mengambil kesempatan berada di sini untuk mendaki Jabal Rahmah
Para jemaah dari negara lain
Jabal Rahmah
Kegiatan ekonomi yang terdapat di sekitar Jabal Rahmah
Aktiviti ekonomi setempat
Perbuatan vendalisma dan khurafat yang ditulis di atas batu di kaki Jabal Rahmah
saluran air di kaki Jabal Rahmah
Jualan Pakaian
Tapak wukuf
Tandas yang digunakan oleh Jemaah Haji dan para tetamu di bumi Arafah
Jumbo Signage yang menunjukkan arah Kiblat
Sempadan bumi Arafah
Balai Bomba yang terletak di luar bumi Arafah
Mina di mana terletaknya 3 Jamrah untuk para jemaah Haji melontar setiap tahun pada musim Haji
Komuter yang hanya dibuka untuk penggunaan kepada tetamu VVIP dan orang arab sahaja.
Jika dilihat kubah jauh diatas bukit tersebut, ini merupakan tempat bersejarah di mana peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail, godaan syaitan yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, dan tempat di mana juga Nabi Ibrahim menerima wahyu dari Allah SWT untuk menggantikan anaknya dengan seekor kambing. Allahuakhbar.
Istana Raja Saudi Arabia di atas bukit di kawasan Mina
Mina: Bangunan di mana terdapat 3 Jamrah tersebut. Pandangan dari jauh
Bangunan terdapatnya 3 Jamrah
Hotel di Mina manakala khemah putih merupakan tempat bermalam bagi jemaah Muasasah Tabung Haji dan syarikat Haji yang lain untuk pakej ekonomi
Stadium Arab Saudi
Setibanya di Ja'ranah. Mak dan Kak Naha baru turun dari bas
Tips: perlu ambil gambar bas agar tidak tersalah naik usai solat sunat ihram di Masjid Ja'ranah
Pemandangan di dalam masjid
Jam di dalam masjid menunjukkan pukul 10.19 pagi
Para jemaah lain yang bersolat sunat ihram
Kawasan letak kasut
Masjid bagi jemaah wanita
Laluan masuk ke masjid bagi jemaah lelaki
Jauh dihujung sana bas berwarna kuning iaitu bas jemaah kumpulan kami
Kedai sekitar masjid di Ja'ranah
Kedai menjual kenderaan. Kebanyakkan jenama Toyota
Ali Gate merupakan pintu keluar dari kawasan Saie' iaitu terletak di tengah-tengah antara Bukit Safa dan Marwah. Setelah keluar dari Ali Gate ini, para jemaah perlu menaiki tangga yang berada di hadapan. Setibanya di atas, para jemaah perlu memasuki pintu yang terletak disebelah kanan yang dengan jelas boleh dilihat kemudahan escalators yang disediakan. Alhamdulillah.
Kemudahan escalators yang yang perlu digunakan untuk tiba di tingkat 3 di mana terletaknya kemudahan perkhidmatan scooters
Escalators bertingkat
Kemudahan escalators yang yang perlu digunakan untuk tiba di tingkat 3 di mana terletaknya kemudahan perkhidmatan scooters
Escalators bertingkat
Scooter yang saya dan mak naiki
Kak Naha usai mengerjakan ibadah saie. Naik dengan Kak Mah.
Assalam,
ReplyDeleteGreat and very nice posting with informative fact of history dakwah RasulAllah.. How deep and big the scarification of Nabi Muhammad S.A.W & Saidina Abu Bakar to deliver the truth Islam to Us.. Feeling Sad..
Allahuakhbar....
Delete