Tuesday 21 April 2015

PERJALANAN UMRAH 15 - TIBA DI MEKAH

Alhamdulillah ! Allahuakhbar ! Subhanallah ! 
Segala puji bagiMu ya Allah...

Penantian para jemaah umrah di dalam bas semakin hampir tiba. Masing-masing cuba mengawal keterujaan yang tiada ungkapan dengan kalimah tauhid......

'Labbaika allahumma labbaik, Laa syariika laka labbaik. Innalhamda wan-ni'mata laka wal mulk, laa syariikalak." 

Jemaah yang sedang tidur turut terjaga mata dan hati bila mendengar kalimah tauhid. Ustaz Khairullah pada masa yang sama cuba mengejutkan para jemaah yang lain yang sedang tidur. Melalui microfon, Ustaz Khairullah mengajak para jemaah bersama-sama melaungkan kalimah tauhid. Allahuakhbar....begitu teruja walaupun di dalam kepenatan.....

Menara jam yang terletak berhampiran Masjidil Harem semakin hampir kelihatan. Sekali lagi Ustaz Khairullah mengingatkan para jemaah untuk bersedekah kepada pemandu bas yang kami naiki sebaik sahaja turun dari bas kelak. 

Kak Mah dan Kak Naha duduk bersebelahan kanan mak saya manakala saya berada di sebelah kiri mak. Kesemuanya berada di tempat duduk paling belakang di dalam bas. Manakala Kak Jem berada di tempat duduk beberapa seat kehadapan kami.

Kak Naha berubah tempat duduk asal ke seat paling belakang kerana seat asal dibasahi air aircond yang menitis dari atas. Kak Mah pula sekadar berubah angin dan pemandangan.  Saya dan mak kekal di tempat asal.

Keadaan trafik di Kota Mekah adalah sangat sibuk walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam waktu Mekah,

Akhirnya, hampir pukul 9 malam bas yang kami naiki pun berhenti dan Ustaz Khairullah memberi isyarat agar kesemua para jemaah turun dari bas dan memberi sumbangan ikhlas kepada pemandu bas. Jemaah juga diminta untuk terus ke lobi Hotel Hilton untuk arahan seterusnya kerana kesemua bagasi akan diuruskan oleh pihak mutawif Saudi Arabia melalui syarikat Andalusia (diletakkan dilobi hotel).

***
Sebelum itu, para jemaah juga diminta untuk memberi sumbangan ikhlas kepada pihak mutawif yang mengendalikan bagasi jemaah sebelum berangkat keluar dari Kota Medina. 

***

Setibanya di perkarangan lobi hotel, saya dapati terdapat beberapa Ustaz lain (para mutawif syarikat Andalusia) yang telah bersedia menunggu kumpulan para jemaah masing-masing sebelum arahan berikutnya diberikan melalui taklimat yang akan diadakan kelak di lobi hotel tersebut. 

Setelah hampir kesemua kumpulan jemaah telah berkumpul di lobi hotel, taklimat dari pada mutawif pun dimulakan.

Antara item-item taklimat tersebut adalah seperti berikut:

1. The DOs and DON'Ts in Hilton Hotel
2. Hotel Hilton mengenakan caj perkhidmatan dobi sebanyak SAR24 sehelai
3. Tarikh berangkat pulang
4. Person in Charge sekiranya para jemaah mengalami kecemasan termasuklah sakit, hilang dan sebagainya
5. Kad Kunci bilik
6. Aturan perjalanan umrah iaitu para jemaah diminta untuk berkumpul kembali di lobi hotel pada pukul 11 malam untuk menyelesaikan ibadah umrah memandangkan kesemua jemaah termasuklah mutawif masih berada di dalam ihram.
7. Bagi jemaah yang telah beberapa kali mengerjakan umrah, mereka juga boleh menyelesaikan ibadah umrah wajib dengan sendiri tanpa perlu mengikuti kumpulan mutawif tersebut

Saya, Mak, Kak Mah and the sisters memilih untuk tidak menyertai kumpulan mutawif tersebut dan bersetuju untuk pergi bersama kumpulan kecil kami ini.

Selepas para jemaah menerima kunci bilik masing-masing, mutawif memaklumkan bahawa setiap jemaah perlu mengenalpasti bagasi masing-masing dan membawa ke bilik hotel. Walaubagaimanapun, perkhidmatan bellboy diberikan tanpa sebarang caj.

Ujian Di Kota Mekah 1

Saya, Mak, Kak Mah, Kak Naha dan Kak Jem bersetuju untuk turun semula dari bilik hotel pada pukul 11.15 malam untuk menyelesaikan ibadah Umrah wajib kami. 

Saya turun sedikit awal iaitu pada pukul 11 malam bagi menantikan jemaah saya turun. Pada pukul 11.25 malam barulah mereka turun. Kak Mah sempat memberitahu saya bahawa bilik yang diberikan kepada mereka rupanya BELUM DIKEMAS. Walaupun Kak Mah telah menghubungi pihak hotel untuk mendapatkan housekeeping service,  namun hanya di minta untuk berpindah ke bilik lain (bilik baru ni hanya ada 1 tandas instead of 2 on the previous uncleaned room).

*** Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan adalah diharapkan agar pihak syarikat Andalusia mengambil perhatian akan hal ini dan memastikan perkara yang sama tidak berulang dan menimpa para jemaah yang lain. Cadangan: Mengadakan perbincangan dengan pihak Hotel Hilton kerana Syarikat Andalusia juga merupakan customer Hilton Hotel. Insyaallah.

Namun yang demikian, Kak Mah, Mak, Kak Naha dan juga Kak Jem masih mampu tersenyum dan menganggap ujian ini ketentuanNya. Alhamdulillah.

Kami memasuki Masjidl Harem melalui pintu King Aziz dan terus menuju ke Kaabah untuk melakukan tawaf. Selesai melakukan tawaf, kami meneruskan ke kawasan Saie' untuk  bersaie' dari Bukit Safa ke Marwah. Mak saya telahpun berniat untuk melakukan saie' dengan berjalan kaki, maka  saya membantu mak saya menunaikan hajatnya. Manakala Kak Mah and the sisters memilih untuk menaiki scooter di aras 3 kerana faktor kesihatan. Alhamdulillah kesemua jemaah kami berjaya menyempurnakan ibadah Umrah wajib kami. Alhamdulillah.....Kami Sambut PanggilanMu Ya Allah.


Kad Bilik Hilton Hotel di mana bilik saya bernombor 31732 iaitu 3 = Tower 3, 17 = Level 17, 32 = Room Number. Manakala bilik baru Mak, Kak Mah and the sisters adalah 172424.

 Suasana menghampiri Masjidil Harem. Gambar diambil dari dalam bas.

 Menara jam terletak bersebelahan Masjidil Harem yang dilihat dari jauh

 Remaja Arab bermain futsal

 Futsal

 Semakin menghampiri Menara Jam

 Hotel Elaf Khinda iaitu hotel bertentangan jalan dengan Hotel Hilton

 Mak dan Kak Mah yang sedang berdiri dan kak Jem serta Kak Naha berjaya mendapat sofa yang limited

 Para jemaah khusyuk mendengar taklimat dari mutawif syarikat Andalusia

 Para jemaah menunggu giliran mengambil kunci bilik masing-masing

 Suasana di dalam bilik penginapan. Saya memilih katil paling hujung supaya sentiasa dapat melihat view Masjidil Harem walaupun dalam keadaan berbaring

 Lagi suasana bilik penginapan

 Bilik Penginapan

 Shower Room

 Wash Room

 Amenities

 One of the best soap I have ever get in a hotel room

 Alhamdulillah...bidet or pipe...You choose..

 Snacks for Pay

 Envelope of the Room card

 Bukit Safa

 Puluhan ribu orang bersaie'

 Mak keletihan usai bersaie' dan bergunting

Ribuan Jemaah

Mengabadikan kenangan

 Ke kawasan tawaf = Mataf

 Linkaran tawaf bertingkat sementara

 Lingkaran tawaf bertingkat

 Mak berdekatan kaabah

 Para jemaah yang sempat berehat di sekitar dataran kaabah

 Pemandangan kaabah dari tingkat atas

 Jam sudah menunjukkanhampir pukul 1.15 pagi

Kerja-kerja pembersihan

No comments:

Post a Comment