Thursday 23 April 2015

PERJALANAN UMRAH 17 - UMRAH SUNAT 2

Bagi mengerjakan umrah sunat kali ke 2 ini, seperti biasa para jemaah diminta berkumpul di lobi Hotel Hilton pada pukul 7.30 pagi iaitu selepas selesai breakfast. Dengan pimpinan Ustaz Khairullah, kami dibawa ke tempat menunggu bas di bawah tanah bandar Mecca. Disebabkan kesesakan di bandar Mecca ini, bas yang sepatutnya membawa kami untuk keluar dari bumi Mecca ini terlewat tiba iaitu lewat 45 minit. 

Memandangkan suasana dan udara di tempat menunggu bawah tanah ini very dusty and not that very healthy to breathe in, adalah dinasihatkan pada masa hadapan, mutawif lebih prihatin dan membawa para jemaah menunggu di kawasan yang lebih selamat demi menjaga kesihatan para jemaah yang dipimpin.

Setelah menunggu bas hampir 45 minit, bas pun tiba. Saya melihat Ustaz Khairullah segera menaiki bas tersebut dan bercakap dengan pemandu bas sambil menunjukkan jam tangan beliau. Alhamdulillah.....sesama saudara Islam perlu saling tegur menegur...

Apabila kesemua jemaah berada di dalam bas, kami dibawa menuju ke Tanaem iaitu di Masjid Tanaem untuk sembahyang sunat ihram, bermiqat dan seterusnya menjatuhkan niat umrah.

Kelihatan begitu ramai kumpulan-kumpulan jemaah umrah yang berada di masjid ini. Majoritinya datang dari negara Yemen dan Indonesia. Para jemaah hanya diberi masa selama 20 minit untuk berada di sini sebelum menaiki bas semula menuju ke kota Mecca bagi mengerjakan ibadah Umrah sunat ini. 

Sewaktu pulang menuju ke Kota Mecca, kami dibawa melalui Jabal Nur ataupun Bukit Cahaya. Seperti yang di maklumkan oleh Ustaz Khairullah, puncak Jabal Nur ini pada waktu malam seakan-akan bercahaya.

Walaubagaimanapun, aktiviti lawatan ke Jabal Nur yang sepatutnya berlangsung pada malam harinya terpaksa dibatalkan disebabkan Ustaz Khairullah terpaksa mengendalikan jemaah yang mengalami kecemasan kesihatan.

Setibanya di Kota Mecca, para jemaah  terus dipimpin untuk menyelesaikan ibadah Umrah sunat dan ada juga yang bergerak secara sendiri.

Alhamdulillah saya, Mak, kak Mah and the sisters berjaya mengerjakan umrah sunat ke 2 ini. Secara keseluruhannya, kami berjaya mengerjakan 1 ibadah Umrah Wajib dan 2 Umrah sunat. Perkhidmatan scooter sekali lagi digunakan untuk bersaie'.


Untuk makluman jua, kebanyakan pintu masuk dan keluar di Masjidil Harem ini akan ditutup 1 jam sebelum masuk solat fardhu. Maka kebanyakkan jemaah tidak dapat lagi masuk ke dalam Masjidil Harem kerana sudah dipenuhi oleh jemaah yang lain. Manakala jemaah yang berada di dalam Masjidlil Harem yang ingin keluar akan di divert kan / dilencongkan ke laluan binaan yang sedang dibangunkan iaitu laluan pintu King Abdullah. Perjalanan keluar dari Masjidil Harem melalui laluan pintu King Abdullah ini adalah sejauh hampir 0.5 km.

 Kawasan menunggu bawah tanah Kota Mecca

 Perjalanan menuju ke Tanaem

 Bas yang digunakan untuk membawa para jemaah. Jika diperhatikan, perkhidmatan bas akan sentiasa berubah pengendalinya/ mutawif setiap kali para jemaah dibawa keluar dari Kota Mecca untuk miqat mahupun ziarah. Adalah penting untuk para jemaah sentiasa mengawasi barangan peribadi masing-masing kerana jika ditinggalkan di dalam bas, para jemaah akan mengalami kesukaran mendapatkannya semula.

 Masjid Tanaem

 Perkarangan Masjid Tanaem

 Lagi Masjid Tanaem

 Masjid Tanaem

 Laluan ke Masjid Tanaem

 Jemaah Malaysia menuju ke Masjid Tanaem

 Pintu Masjid tanaem bagi laluan jemaah wanita

 Jemaah yang semakin ramai

 Laluan masuk bagi jemaah lelaki ke dalam Masjid Tanaem

 Suasana di dalam masjid

 Lagi suasana di dalam masjid

 Jemaah lelaki yang bersolat sunat ihram

 Jemaah lelaki yang semakin ramai

 Para jemaah dari pelbagai negara

 Kelihatan pekerja Masjid Tanaem yang sedang membersihkan bahagian atas pintu masjid menggunakan Hydraulic Scaffolding

 Setibanya di Masjidil Harem, para jemaah bolehlah menghilangkan dahaga dengan meminum di terminal air yang disediakan. Perlu juga para jemaah mengenalpasti sama ada terminal tersebut menyediakan kemudahan air minuman biasa (seperti gambar di atas) ataupun air Zam-Zam (biasanya terletak berhampiran dengan bangunan Masjidl Harem dan di dalam masjid

 Pintu King Aziz yang digunakan sebagai laluan memasuki Masjidil Harem

 Pemandangan dari atas tingkat 3 kawasan saie'

 Para jemaah lelaki perlulah berlari-lari anak disepanjang kawasan yang ditandakan dengan lampu hijau ketika bersaie'

 Laluan keluar alternatif yang boleh digunakan untuk keluar dari Masjidil Harem

 Laluan keluar

 Lagi laluan keluar

 Bangunan extension yang sedang giat dibangunkan. Para jemaah akan berpeluang melihatnya jika mengambil laluan alternatif pintu King Abdullah ini

 Indah

 Mak, Kak Mah dan Kak Naha

 Mak, Kak Mah dan Kak Naha sempat mengabadikan kenangan di binaan baru ini

 Lampu yang sungguh indah

 Sungguh luas sekali

 Laluan keluar

 Lagi lampu yang indah

 Laluan keluar

 Lagi laluan keluar

 Mashaallah, sungguh indah sekali

 Bagaikan istana

 Indah

 Luas dan tinggi

 Pintu King Abdullah

 Berjaya keluar. Alhamdulillah

Kak Naha, Kak Mah dan Mak usai keluar dari Masjidil Harem. Allahuakhbar

No comments:

Post a Comment