Tuesday 7 April 2015

Perjalanan Umrah 14 - Hari-Hari Terakhir di Medina dan Perjalanan ke Kota Mekah

Posting kali ini akan berkisar sekitar hari-hari terakhir di Medina sebelum berangkat menuju ke Kota Makkah Al Mukaramah. 

Para jemaah Andalusia diberitahu bahawa hari-hari terakhir ini merupakan hari 'aktiviti bebas' di mana para jemaah bebas untuk melakukan ziarah ataupun apa jua aktiviti yag dihajati seperti membeli-belah dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga, disebabkan kebanyakan para jemaah menggunakan bagasi yang disediakan oleh pihak Andalusia, ditambah pula dengan penggunaan perkhidmatan pengangkutan penumpang dan barang dari syarikat yang sama, maka kebarangkalian untuk beg para jemaah akan tertukar dan berkemungkinan di hantar ke hotel lain selain dari hotel yang akan menjadi tempat penginapan jemaah tersebut ketika tiba di kota Makkah kelak.

Bagi mengelakkan dari terjadinya situasi yang tidak dihajati ini, para jemaah dinasihati agar menyediakan pita pelekat (berwarna putih/ kuning) dan juga permanent marker pen agar dapat ditampal dan dilabelkan pada bagasi masing-masing.

Perjalanan dari kota Medina ke kota Mekah mengambil masa selama 4-6 jam bergantung kepada keadaan bas, mood pemandu, kesesakan jalan dan lain-lain lagi mengikut 'ujian' rombongan jemaah tersebut. 

Masih teringat lagi sewaktu dalam perjalanan menuju ke kota Mekah, tiba-tiba Ustaz Khairullah dengan bantuan microphone membuat pengumuman bahawa pemandu bas yang kami naiki ini mempunyai beberapa saman trafik yang mencecah jumlah ratusan ringgit. Antara alasan yang diberikan oleh Ustaz Khairullah seperti yang diberitahu oleh pemandu bas tersebut kepadanya, adalah kebanyakkan disebabkan pemandu bas tersebut insist untuk memasuki kota Makkah dan menuju terus ke hotel Hilton untuk menurunkan jemaah dan bagasi mereka walaupun dilarang oleh polis trafik kerana jika mengikut peraturan kerajaan Arab Saudi, sebarang kenderaan adalah dilarang memasuki ke kawasan sekitar hotel berdekatan Masjidil Harem terutama sekali menjelang waktu solat fardhu demi keselamatan para jemaah yang sedang berjalan kaki menuju ke Masjidil Harem. Hence, he got summoned for the offences he made and that kalau pemandu tersebut gagal membayar saman tersebut dalam jangkamasa terdekat ini, kemungkinan besar lesen memandu beliau akan ditarik dan dibuang kerja oleh syarikat perkhidmatan pengangkutan berkenaan. Para jemaah di cadangkan untuk memberi sedekah bantuan kepada pemandu bas ini semampu yang perlu dan sumbangan diserahkankan melalui Ustaz Khairullah ataupun terus ke tangan pemandu bas itu sendiri. 

Having said that,  sewaktu saya mengerjakan Haji pada tahun 2010, situasi hampir serupa berlaku tetapi dengan alasan yang berbeza. Apapun hanya Allah SWT yang mengetahui dan Maha Adil di dalam menilai umat-umatnya. 

Kami bertolak dari Medina ke kota Makkah selepas waktu Zohor iaitu kira-kira pukul 2.30 petang. Kemudian kami singgah di Bir Ali untuk menjatuhkan niat Umra Wajib dan seterusnya menuju ke kota Makkah.

Bagi para jemaah yang first time datang mengerjakan Umrah, Ustaz Khairullah juga membantu para jemaah untuk menjatuhkan niat Umra, niat Umra bersyarat dan niat Umra untuk aruah yang telah meninggal dunia atau Umra Badal. 

Perjalanan dari Bir Ali ke kota Makkah diisi dengan talbiah dan selebihnya berehat bagi menyimpan tenaga untuk ibadah tawaf dan saie' kelak disamping menjaga pantang-larang di dalam Ihram seperti yang telah ditetapkan.

Lebih kurang pukul 7.30 malam, bas yang kami naiki berhenti ke perhentian rehat yang bernama Wadi Qudaid. Perhentian ini adalah untuk membolehkan para jemaah menunaikan solat jamak qasar, refresh, dan juga untuk menikmati makan malam yang telah disediakan oleh pihak Andalusia. Dari amatan saya, di dapati hentian ini mempunyai stesen minyak, surau, dan beberapa restoran. Para jemaah dibawa oleh Ustaz Khairullah untuk memasuki satu daripada restoran tersebut. Dilihat Ustaz Khairullah memesan makanan di dalam talam (tray makanan disediakan bersama sudu/garfu) berserta air minuman. Pesanan dilakukan mengikut kumpulan jemaah yang terdiri daripada 4-5 orang satu kumpulan. Makanannya alhamdulillah sedap tetapi harus dijaga nafsu makan kerana setibanya di kota Makkah, para jemaah akan dibawa terus untuk mengerjakan ibadah tawaf dan saie'. Sekiranya perut penuh......fikir-fikirkanlah...

Apapun jemaah saya kebanyakkan mengambil keputusan untuk jamak qasar di kota Makkah sahaja demi mendapatkan fadhilat pahala bersolat di tanah suci....Alhamdulillah....Walaubagaimanapun terpulang kepada para jemaah lain untuk mengatur perjalanan masing-masing...Insyaallah...

Jangan Lupa ziarah Wida ya ke makam Rasulullah SAW.

 Al-Quran yang sempat diwakafkan bagi pihak yang berhajat

 Lagi Al-Quran yang diwakafkan ke Masjidil Nabawi

 Wakafkan Al- Quran pada pukul 2 pagi

 Ambulance yang selalunya kelihatan sekiranya terdapat jenazah yang akan disolatkan selepas solat fardhu di Masjid Nabawi.

Beg mak yang telah dilabel. Alhamdulillah

 Bagasi yang 'dikumpulkan' di satu tepat mengikut label yang telah dilekatkan di dinding iaitu Bas No. 1 bagi jemaah kami. Bagasi juga telah dilabel sendiri oleh para jemaah.

Saya memilih seat paling belakang untuk keselesaan mak kerana ruang kaki yang luas disamping hanya kami sahaja di sini.

 Pemandangan di dalam bas dalam perjalanan menuju ke Bir Ali.

 Pemandangan yang sempat diambil dari dalam bas.

 Ustaz Khairullah sedang memberi sedikit taklimat mengenai perjalanan ke kota Makkah dan setibanya di sana nanti.

 Kesesakan trafik ketika hendak keluar dari kota Medina.

 Setibanya di Bir Ali.

 Kak Mah, Kak Naha dan Mak...Mana Kak Jem?

 Tempat Letak kasut di Masjid Bir Ali.

 Dalam Masjid Bir Ali untuk solat sunat Ihram.

 Al-Quran yang juga disediakan untuk kemudahan Umat Islam.

 Situasi di luar Masjid Bir Ali.

 Pintu Masuk/Keluar ke dalam Masjid Bir Ali bagi jemaah wanita.

 Tempat ambil wuduk bagi jemaah wanita.


 Meneruskan perjalanan ke kota Makkah.

 Perjalanan diisi dengan talbiah dan berehat.

 Perhentian Wadi Qudaid.

 Mak sedang menuju ke restoran di perhentian Wadi Qudaid.

 Setibanya di Wadi Qudaid.

 Menuju ke restoran.

 Dataran open-air restoran.

 Restoran untuk jemaah Malaysia.

 Para jemaah boleh memilih untuk makan bersila di atas platform berkarpet atau makan di meja makan secara berkumpulan mahupun mengikut famili masing-masing.


 Air minuman.

 Tray Makanan

 Mak, Kak Mah  and the sisters sedang menunggu makanan dengan penuh tawadduk.

 Makanan dah tiba.

 Selesai makan jemaah menuju kembali ke bas No. 1. walaubagaimanapun terdapat juga jemaah yang menunaikan solat fardhu secara jamak qasar berjemaah mahupun bersendirian.

 Pemandangan masjid dari jauh.

 Stesen minyak berdekatan restoran.

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke kota Makkah.
  

No comments:

Post a Comment