Tuesday, 24 March 2015

Perjalanan Umrah 5 - Persediaan Rohaniah dan Jasmani (Fizikal)

Persediaan Rohaniah

Para jemaah dinasihati untuk perbanyakkan solat sunat Taubat dan solat sunat Tahajud. Di samping itu juga perbanyakkanlah amalan zikrullah serta membaca buku tatacara mengerjakan Umrah yang dihadiahkan oleh pihak Andalusia. Tidak salah jika para jemaah ingin membuat rujukan lain mengenai tatacara mengerjakan umrah, namun dinasihati agar merujuk bahan bacaan yang sahih maklumatnya agar tidak terkeliru dengan tatacara yang berlainan yang diperolehi dari sumber yang lain. Insyaallah...

Terdapat juga dikalangan bakal jemaah umrah yang hadir berkursus, telah beberapa kali diberi kelapangan oleh Allah SWT untuk mengerjakan ibadah umrah setiap tahun. Mereka juga boleh dijadikan sumber rujukan kerana mempunyai explicit knowledge yang diperolehi melalui pengalaman yang mereka sendiri tempuhi ketika mengerjakan ibadah umrah pada tahun-tahun yang lalu....contohnya seperti Kak Mah and the sisters (atau Mommas' seperti yang di gelarkan oleh mereka sendiri kepada Pak Arab ketika sesi tawar-menawar di kedai sekitar mekah....lucu pun ade jugak...:)...Jesteru itu bolehlah para jemaah berkenalan sesama jemaah yang lain ketika menunggu kedatangan Ustaz iaitu sebelum kursus Umrah bermula. Jangan bersembang ketika kursus berlangsung dikhuatiri item-item sembang tersebut akan muncul ketika di tanah suci sewaktu mengerjakan ibadah umrah nanti....nauzubillah.....


Persediaan Jasmani (Fizikal)


Adalah lebih baik bagi jemaah yang akan berangkat pergi ke tanah suci mengerjakan ibadah umrah untuk melakukan persediaan dari segi jasmani. Bagi jemaah yang kali pertama akan menjejak kaki ke tanah suci, senaman ringan seperti berjalan kaki sejauh 2.4 km adalah sesuatu yang digalakkan sebagai persediaan untuk tawaf dan saie' di mekah nanti. Juga untuk membiasakan diri berjalan jauh sebagai persediaan perjalanan dari hotel ke masjid baik di Masjidil Nabawi (Medina) mahupun di Masjidil Harem (Makkah). Insyaallah...


Kesihatan diri juga hendaklah dijaga. Pengambilan Vitamin C dan multivitamin sebulan sebelum berangkat adalah amat digalakkan. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, saya tidak diserang selsema mahupun demam dan batuk sepanjang berada di sana kerana mengambil langkah berjaga-jaga seperti pengambiln vitamin C sebulan sebelum berangkat dan penggunaan face mask ketika di tanah suci. Face Mask ini boleh didapati di farmasi dan pasaraya-pasaraya lain seperti pasaraya Mydin. Juga memandangkan ubat-ubatan di tanah suci adalah terlalu mahal, para jemaah dinasihati membawa ubat-ubatan sendiri dari Malaysia seperti ubat batuk, ubat selsema, ubat demam, cool fever, ubat sapu untuk kelenguhan, ubat mata, ubat alergik, dan ubat-ubat lain difikirkan perlu......Adalah lebih baik ubat-ubatan ini dibawa di dalam kuantiti yang kecil (peraturan penerbangan Restriction on Liquid, Aerosol, Gel over 100ml via hand carry luggage) bersama beg sandang yang dipakai di badan sebagai persediaan berkemungkinan berlakukanya sesuatu yang memerlukan ubat-ubatan tersebut oleh para jemaah ketika di dalam kapal terbang. Ubat-ubatan dalam kuantiti yang besar boleh dimasukkan ke dalam beg besar  dan di daftar masuk (check in) bersekali.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment