Kali ini saya tidak berhajat untuk menerangkan secara detail mengenai persediaan yang perlu dilakukan namun hanya akan menyentuh keperluan asas sahaja memandangkan segalanya akan dimaklumkan kepada para bakal jemaah ketika berkursus umrah nanti...insyaallah....
Bagi bakal jemaah wanita pula pihak Andalusia ada menyediakan kursus khas yang antara lain akan membincangkan permasalahan wanita dan keperluan khusus untuk mengerjakan ibadah umrah ini..
Pihak Andalusia juga ada memberikan saguhati kepada para jemaah; beg troley besar, beg troley kecil, beg sandang, beg kecil yang berisi makanan dan buku surah yasin (diberikan di lapangan terbang KLIA) dan buku kursus Umrah.
Saguhati-saguhati tadi kecuali beg kecil berisi makanan dan buku surah yasin, akan diberikan di pejabat Andalusia melalui pengumuman yang akan dibuat dari masa ke masa. Keutamaan akan diberikan kepada para bakal jemaah yang akan berangkat pada tarikh yang terdekat.
Berikut adalah keperluan ASAS bagi jemaah lelaki
1. Berus gigi
2. Ubat gigi
3. Sabun mandi
4. Sabun mencuci pakaian
(Kos dobi di Medina adalah sehelai SR4 -Mubarak Silver Hotel- manakala di Mekah sehelai boleh mencecah sehingga SR24 iaitu di Hotel Hilton)
5. Gunting (untuk memotong rambut) tetapi lagi afdal sekiranya bercukur
6. Losyen tumit kerana cuaca yang terlalu sejuk dan terlalu panas akan menyebabkan tumit merekah dan terdapat jemaah yang kekeringan tumit yang serius sehingga mengalami tumit berdarah)
7. Kain ihram sepasang (2 helai) atau pun 2 pasang (4 helai)
8. Baju dan seluar sebanyak 2 salinan (di Medina dan Mekah ada menjual baju dan seluar pada harga yang jauh lebih murah dari Malaysia)
9. Duit yang mencukupi termasuk standby duit sekiranya diperlukan untuk membayar Dam
10. Tukaran duit kecil SR1 sekiranya berhajat memberi sedekah di tanah suci
11. Menerima suntikan Meningococcal Meningitis - ACYW135 (pihak Andalusia ada juga menyediakan suntikan ini melalui visiting doktor yang dipanggil hadir ke pejabat mereka ketika hari bakal jemaah berkursus Umrah)
12. Passport yang masih sah tempoh lakunya
13. Gambar berukuran passport dengan berlatarbelakang putih
14. Sekiranya membawa isteri yang berumur di bawah 45 tahun mahupun anak perempuan atau anak lelaki di bawah 19 tahun, perlu menyediakan salinan surat nikah dan sijil beranak mereka dan mendapat pengesahan khas daripada Pejabat Agama
15. Lain-lain sekiranya perlu
16. Passport, gambar, dan buku/surat suntikan perlu diserahkan kepada pihak Andalusia secepat mungkin dan bayaran penuh pakej yang dipilih perlu dilunaskan 44 hari sebelum berangkat
17. Ubat-ubatan yang diperlukan
Keperluan ASAS wanita
Syukur kepada Allah swt kerana Kak Mah banyak membantu mak saya di dalam urusan keperluan persediaan ke tanah suci. Di samping itu juga, para bakal jemaah boleh melawat kedai-kedai yang menjual barangan keperluan haji dan umrah dan terdapat juga kedai yang menyediakan senarai kelengkapan yang boleh dirujuk. Insyaallah....
Bersambung....
No comments:
Post a Comment