Tuesday 24 March 2015

Perjalanan Umrah 6- Hari Berangkat ke Tanah Suci dan Ujian 3

Untuk makluman jua, kesemua bakal jemaah hendaklah berada di KLIA (Kuala Lumpur International Airport) 2 jam sebelum berangkat. Bagi jemaah kami, penerbangan terus ke Medina dijangka berlepas pada pukul 2 petang 26 Januari 2015. Sebulan sebelum tarikh tersebut saya telah menempah tiket pergi-balik Pen-Kul dan Kul- Pen melalui tempahan online menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan MAS. Alhamdulillah berjaya mendapat tiket tersebut pada harga promosi.

Tiket MAS yang ditempah awal pada harga promosi

Saya dan mak berlepas dari PIA (Penang International Airport) pada pukul 8.10 pagi. Kami telah bertolak dari rumah sebelum waktu subuh (subuh di airport) dan diiringi oleh kesemua anggota keluarga termasuklah anggota keluarga kakak saya. Manakala Kak Mah and the sisters dijangka akan bertolak dari rumah mereka di Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi menaiki teksi ke KLIA. Alhamdulillah bertemu juga kami di KLIA. Para jemaah SV829 Hilton (diklasifikasikan sebagai jemaah sedemikian bagi memudahkan urusan pihak Andalusia) tidak begitu ramai iaitu kurang dari 35 orang. Jemaah diminta untuk menunggu di Kaunter K Aras 5 KLIA pada pukul 11 pagi untuk urusan check in dan ticketing. Selesai berurusan di Kaunter Saudi Airlines (Kaunter K), jemaah kami diminta untuk mendengar taklimat di Ruang Legar berdekatan Anjung Tinjau di Aras 5 MTB (Main Terminal Building) dan tag pengenalan diri jemaah juga akan diberikan ketika taklimat berkenaan beserta passport, tiket kapal terbang dan beg berisi makanan dan buku surah yasin. Memandangkan saya terlebih dahulu mengambil pas jemaah, passport dan tiket kapal terbang, kami hanya mendengar seketika taklimat yang diberikan dan terus menuju ke balai pelepasan (departure hall) dan ke imigresen sebelum menuju ke biarding gate. Alhamdulillah sempat juga best friend saya seperti Amal, Linda dan Fiza datang untuk mengucapkan salam selamat kepada jemaah kami. Terima kasih semua. Doa kalian antara yang memudahkan perjalanan umrah jemaah saya. Alhamdulillah.

 Sebaik sahaja tiba di PIA, adik-adik terus serang KFC...alhamdulillah rezeki

 Sebaik sahaja pesawat MAS mendarat di KLIA saya dan mak menunggu beg di baggage carousel

 Jika boleh lihat penerbangan kami SV829 ke Medina transit di Riyadh pada pukul 2 petang

 Inilah Kaunter K iaitu Kaunter Saudi Airlines di mana para jemaah diminta berkumpul


Tag Pengenalan Diri yang diberikan oleh Petugas Syarikat Andalusia ketika di KLIA sewaktu menunggu bagasi. Ada juga yang diberika ketika taklimat akhir Umrah di Anjung Tinjau, Main Terminal Building, KLIA

 Kak Mah dan Kak Naha sedang menunggu penuh sabar dan tawadduk di hadapan kaunter Saudi Airlines untuk mengambil tiket dan check in  bagasi. Jemaah saya beratur pada giliran pertama. Alhamdulillah. Early birds get bigger worms... ya macam tulah...

 Tiket penerbangan Saudi Airlines

Mak sedang menuju ke pintu kapal terbang dengan penuh keterujaan memandangkan ini merupakah ibadah Umrah pertamanya...insyaallah kalau ada rezeki kita pergi lagi...ya Allah ya tuhanku, murahkan lah rezeki jemaah kami ini..Aameen


Ujian 3

Ketika pada sesi taklimat pada pukul 12 tengah hari sebentar tadi, jemaah Andalusia diberitahu oleh pihak pengurusan Andalusia Kuala Lumpur bahawa mutawif (Ustaz Khairullah) yang sepatutnya membawa jemaah kami tidak akan ikut sekali di dalam penerbangan SV829 ini kerana beliau terpaksa membantu jemaah pada penerbangan sebelah malamnya. Walaubagaimanapun ustaz dari syarikat Fai'zin iaitu 'anak syarikat' Andalusia akan menemani kami. 

Bagi jemaah yang telah beberapa kali mengerjakan ibadah umrah dan haji, berita sedemikian tidak memberi impak yang besar kepada mereka namun bagi jemaah first timer, berita ini merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan. Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku namun yang demikian saya percaya bahawa penambahbaikan secara berterusan perlu diberi penekanan oleh pihak Andalusia dan dalam apa jua portfolio yang kita kerjakan, pasti ada ruang untuk pembetulan dan istiqamah...insyaallah...

Memandangkan ustaz dari syarikat Fai'zin terpaksa mengendalikan jumlah jemaah yang agak besar (campuran jemaah dari dua syarikat iaitu Andalusia dan Fai'zin), terdapat jemaah yang lambat memasuki ke dalam kapal terbang. Walaubagaimanapun penerbangan SV829 berlepas mengikut jadual menuju ke Jeddah dan seterusnya ke Medina....Alhamdulillah.....

Bersambung....

No comments:

Post a Comment