Thursday 26 March 2015

Perjalanan Umrah 10 - Masjidil Nabawi

Kini tiba masanya saya, mak, Kak Mah and the sisters, menjejak kaki di Masjidil Nabawi atau dikenali sebagai Masjid Nabi. Walaupun waktu subuh di sini sekitar 5.45 pagi (waktu Saudi Arabia) iaitu kurang 5 jam dari waktu Malaysia.

Para jemaah dinasihati berada seawal pukul 3 pagi di masjid terutama bagi para jemaah wanita disebabkan ruang solat untuk kawasan wanita yang agak terhad jika dibandingkan dengan ruang solat bagi jemaah lelaki.

Sekiranya para jemaah tidak berkesempatan untuk menunaikan solat di dalam Masjidil Nabawi, bolehlah mengerjakannya di perkarangan masjid yang terhampar luas. Namun terdapat perbezaan pendapat atau pun kekhilafan di antara ulama seperti berikut:

Pendapat 1
Jemaah perlu mengerjakan solat di dalam Masjidil Nabawi bagi mendapatkan fadhilat solat di masjid nabi ini

Pendapat 2
Para jemaah masih boleh mendapatkan fadhilat solat di Masjidil Nabawi ini walaupun bersolat di luar masjid iaitu di perkarangan masjid kerana ianya dianggap sebagai sebahagian daripada kawasan masjid

Pendapat 3
Fadhilat yang sama akan diperolehi seperti mengerjakan solat di dalam Masjidil Nabawi walaupun bersolat di kawasan perkarangan masjid selagi saf tidak terputus yang bersambung bermula dari dalam Masjidil Nabawi

Apapun, adalah lebih tenteram dan tenang sekiranya para jemaah datang awal ke Masjidil Nabawi ini bagi mengelakkan kesesakan dan bagi mendapatkan saf di dalam masjid.

Mungkin para pembaca blog ini ada tertanya apa istimewanya mengerjakan solat di masjid Nabi ini?

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik dari 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Harom.” (HR. Bukhari no. 1190 dan Muslim no. 1394, dari Abu Hurairah)

Pada waktu pagi terutamanya sebelum dan selepas waktu solat Subuh, cuaca adalah amat sejuk sehingga ke tulang-temulang. Kelihatan ramai jemaah yang memakai sekurang-kurangnya 2 helai baju bagi mengekalkan suhu badan yang ideal agar mudah untuk beribadat. 

Laluan ke kawasan solat wanita (di dalam Masjidil Nabawi) adalah dikhaskan oleh kerajaan saudi Arabia. Sebarang makanan mahupun minuman yang sudah dibuka mahupun yang belum dibuka adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam masjid. Penjaga masjid  yang ditempatkan di luar pintu masjid akan meminta jemaah meninggalkan di perkarangan masjid sahaja dan bertawakkal. Insyaallah, saya yakin bahawa barang-barang tersebut tidak akan hilang kerana Hudud diamalkan di sini.

Air zam-zam merupakan air yang terbaik di dunia dan disediakan secara percuma oleh kerajaan Arab Saudi di sekitar laluan di dalam masjid ini. Adalah dinasihati agar berhati-hati kerana peti besi yang mengandungi air yang diletakkan di perkarangan masjid bukanlah air zam-zam. Ianya hanyalah air yang disejukkan. Namun ianya juga percuma untuk dinikmati oleh para tetamu di Madinah ini.

Sempat juga seorang jemaah lelaki berpangkat pakcik yang bertanya kepada saya, "Kita nak buat apa kat sini?". Alhamdulillah, sesungguhnya Allah SWT sememangnya Maha Pemurah dan ingin memberi pahala kepada saya dengan cara yang paling mudah. Saya memberikan informasi yang secukupnya kepada pakcik berkenaan dan seterusnya kami menjadi kawan baik sehingga kini.

Sepanjang berada di sini, 'dinding kenyataan' perlulah selalu dirujuk bagi mengetahui aktiviti terkini yang disediakan untuk para jemaah oleh pihak Andalusia.

Memandangkan cuaca di sini sangat sejuk, bagi mereka yang tidak 'tahan' dengan cuaca sebegini dinasihati juga untuk mengenakan losyen bibir dan tumit kaki bagi mengelakkan bibir dan tumit daripada kering dan seterusnya berdarah. Penggunaan face mask juga adalah digalakkan bukan kerana habuk tetapi bagi mengelakkan daripada hidung berdarah (membrane di dlaam hidung menjadi terlalu kering) dan daripada dijangkiti penyakit batuk serta selsema daripada jemaah yang lain.

Berikut merupakan foto-foto yang sempat saya abadikan untuk kenangan peribadi dan tatapan pembaca blog semua.

Jadual Waktu Solat di Arab Saudi ini boleh dilihat di papan kenyataan berhampiran kaunter resepsi hotel Mubarak Silver

Jadual makan para jemaah

Lori sampah yang lalu dihadapan hotel pada pukul 2.30 pagi

Laluan menuju ke Masjidil Nabawi dari hotel Mubarak Silver

Hotel Mubarak Silver

Kedai berhampiran hotel yang masih tutup pada waktu sebelum subuh

Barang-barang yang dibiarkan oleh pihak pekedai yang penuh bertawakkal

Lagi laluan ke Masjidil Nabawi

Lagi laluan ke Masjidil Nabawi

Lagi laluan ke Masjidil Nabawi

Dataran Masjidil Nabawi

Dataran Masjidil Nabawi

Pemandangan di dalam Masjid Nabawi

Ketika siang payung hidraulik akan dibukak bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk mengerjakan solat di sekitar dataran masjid

Bumbung di dalam masjid yang pada hari-hari tertentu akan dibuka pada waktu malamnya

Keadaan kesesakan ketika selesai mengerjakan solat fardhu; para jemaah berpusu keluar dari dataran masjid

Pihak masjid menyediaan tempat letak kasut. Para jemaah boleh juga memasukkan kasut mereka ke dalam plastik yang disediakan oleh pihak masjid di sekitar dataran masjid, namun ianya adalah terhad.

'Dinding kenyataan' yang perlu dilihat setiap hari bagi sebarang 'update' mengenai aktiviti bagi sesebuah kumpulan jemaah tersebut

Payung dibuka seawal selepas solat Subuh

'Dinding Kenyataan'

'DInding Kenyataan'

Bumbung di dalam masjid yang belum dibuka

Bumbung di dalam masjid yang telah dibuka
Laluan menuju kawasan Raudhah dan Makan Nabu Muhammad SAW



No comments:

Post a Comment