Friday 27 March 2015

Perjalanan Umrah 11 - Makam Rasulullah dan Raudhah

Tidak lengkap rasanya menjejak kaki di bumi Madina Al Munawarah tanpa mengunjungi Masjidil Nabawi dan seterusnya melawat makam Rasulullah SAW dan Raudhah.

Dikatakan juga bahawa lokasi Makam Rasullullah SAW dan kawasan Raudhah merupakan antara lokasi yang jika para jemaah berdoa dengan penuh keikhlasan akan dimakbulkan doa oleh Allah SWT.

Sememangnya saban hari, bulan , mahupun tahun  jutaan umat islam datang ke sini lebih-lebih lagi memberi penghormatan kepada Rasullullah dengan mengunjungi makan baginda Rasullullah SAW dan kawasan Raudhah. Maka adalah tidak asing jika lokasi-lokasi ini sentiasa menjadi tumpuan jutaan para jemaah yang berkunjung ke bumi Anbiya ini.

Kerajaan Arab Saudi juga telah mengaturkan jadual waktu lawatan bagi para jemaah lelaki dan wanita secara berasingan dan juga mengikut benua (Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dianggap satu benua). Kebiasaannya, waktu yang ditentukan untuk jemaah wanita berkunjung ke lokasi-lokasi ini adalah selepas solat fardhu Subuh, Zohor dan Is'ya sahaja setiap hari. Bagi para jemaah lelaki pula adalah waktu-waktu selain dari yang dinyatakan tadi. Insyaallah.

Walaubagaimanapun, pihak Andalusia ada menyediakan perkhidmatan mutawif (ustaz dan ustazah) yang akan membawa para jemaah ke lokasi-lokasi tersebut (termasuk di dalam semua pakej umrah). Bagi mereka yang diberi kelapangan dan rezeki oleh Allah SWT untuk mengerjakan umrah setiap tahun, bolehlah bergerak sendiri pada waktu yang difikirkan sesuai.

Pihak Andalusia juga ada menyediakan tag pengenalan diri untuk para jemaah umrahnya. Adalah digalakkan untuk memakai tag tersebut setiap kali hendak keluar dari bilik penginapan. Di hadapan tag tersebut ada tertera foto pengenalan diri jemaah tersebut manakala di sebelah belakang tag tersebut tertera maklumat penerbangan, kumpulan umrah, jenis pakej yang di ambil, hotel penginapan di Mekah serta nombor telefon mutawif bagi kumpulan jemaah tersebut. Maklumat ini adalah amat berguna kerana sekiranya jemaah tersesat di sekitar kota Madinah mahupun pengsan secara tiba-tiba disebabkan kesesakan jemaah yang melampau di tambah pula dengan cuaca yang panas kering, maka pengenalan inilah yang akan digunakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengenali jemaah tersebut dan seterusnya menghantar jemaah tersebut kepada mutawif kumpulan/ ke hotel penginapan jemaah tersebut.

Memasuki ke kawasan makam Rasullullah dan Raudhah sememangnya menjadi antara impian bagi para jemaah yang menjejak kaki ke Masjidil Nabawi lebih-lebih lagi bagi jemaah first timer. Adalah dinasihatkan para jemaah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan tidak berasak-asak ataupun menolak para jemaah lain hanya untuk berada di kedua-dua tempat tersebut. Harus diingat bahawa perjalanan penyucian jiwa ini telah bermula dari kali pertama kita mendapat panggilanNya. 

Sekiranya diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk berkesempatan melawat makam Rasullullah SAW dan kawasan Raudhah, maka bersolat sunatlah sebanyak 2 rakaat atau lebih, bergantung kepada keadaan kesesakan pada ketika itu. Sedikit nasihat, para jemaah bolehlah menggunakan rakaat terakhir ketika bersujud untuk berdoa panjang lebar sebelum memberi salam. Sekiranya para jemaah hanya mengangkat tangan untuk berdoa setelah selesai solat, dikhuatiri akan diusir oleh para jemaah lain terutama dari negara timur tengah (middle east country).

Masih teringat ketika saya berhajat untuk berada di saf pertama di dalam masjid tersebut dan alhamdulillah berjaya mendapat saf  kedua untuk mengerjakan solat Subuh. Strateginya adalah saya pergi seawal pukul 2 pagi. Kali pertama saya berjaya mendapat saf kedua berdekatan makam Rasulullah SAW dan hari berikutnya berjaya mendapat saf kedua juga berdekatan dengan Imam. Alhamdulillah...Subhanallah....

This time I really deprived myself from drinking liquid too much to just to prevent myself from frequent visit to the gents. Hal ini adalah penting kerana sekiranya jemaah keluar saf maka tiada jaminan saf tersebut akan masih kosong lagi setelah jemaah pulang dari mengambil wuduk semula.

Kesempatan berada di saf kedua ini digunakan sebaik mungkin oleh saya untuk berkali-kali mengerjakan solat sunat taubat dan solat-solat sunat yang lain.

Selang beberapa hari saya pergi mengunjungi kawasan raudhah pula dan berjaya mengerjakan solat dan berdoa di kawasan ini. Strateginya tetap pergi pada pukul 2 pagi. Bilangan jemaah pada ketika ini tidak sesak namun perlu juga menunggu giliran untuk bersolat kerana kebanyakan saf hadapan di dalam kawasan raudhah ini telah dipenuhi oleh jemaah dari timur tengah yang pada anggapan saya mereka mungkin itikaf di masjid ini. Kelihatan ada yang tersengguk-sengguk, bermata merah, menahan dari ujian mengantuk. Subhanallah......Alhamdulillah....

 Tandas lelaki/ tempat mengambil wuduk yang ditempatkan di dataran masjid di bahagian bawah tanah dan dihubungi dengan kemudahan escalator.

 Menuju ke tandas lelaki/ tempat wuduk

  Menuju ke tandas lelaki/ tempat wuduk

  Tempat wuduk

  Pintu memasuki ke kawasan tandas lelaki/ tempat wuduk (Toilets & Ablution)

 Kelihatan para pekerja masjid sedang membersihkan dan mengilatkan tiang emas di luar kawasan mengambil wuduk. Sekiranya jemaah berhajat memberi sedekah kepada pekerja-pekerja masjid ini, bolehlah berbuat demikian. Insyaallah.

 Menaiki escalator keluar dari kawasan tandas/ tempat wuduk.

 Antara pintu memasuki Masjidil Nabawi yang ditutup.

 Air zam-zam disediakan oleh pihak kerajaan Saudi Arabia untuk kemudahan para pengunjung masjid ini. Ianya percuma, boleh di bawa balik iaitu para jemaah bolehlah menggunakan cawan plastik yang disediakan dan memasukkan air zam-zam ke dalam botol yang telah dibawa sendiri. Sekiranya tertumpah, jangan bimbang kerana para pekerja cleaner masjid tidak akan marah malah ada yang membantu lagi memasukkan air ke dalam botol para jemaah dengan menggunakan cawan plastik yang disediakan. Cawan plastik yang telah digunakan bolehlah dibuang ke dalam slot silinder bersebelahan dengan tempat cawan plastik yang bersih. (Lihat di atas iaitu slot silinder yang kosong tersebut)

 Al- quran yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi mahupun yang diwakafkan oleh para jemaah dan pengunjung masjid ini sentiasa tersedia (di dalam pelbagai saiz) untuk dibaca. 
Difahamkan hanya al-quran keluaran Kilang Al-Quran Arab Saudi sahaja yang boleh diwakafkan di masjid ini. Terdapat pekerja masjid yang ditugaskan untuk memantau keadaan ini. Al-Quran yang mula lusuh ataupun Al -Quran  yang tidak dibenarkan berada di masjid ini akan dikeluarkan dan di wakafkan kepada masjid-masjid lain sekitar bumi Madinah. Ruang jaring besi yang diperbuat daripada emas (rujuk gambar di atas) merupakan saluran dimana udara sejuk (aircond) keluar. Subhanallah.

 Jam Analog waktu Solat yang terletak di pintu masuk utama Masjidil Nabawi


 Pukul 2 pagi menuju ke kawasan Raudhah dan Makam Nabi Muhammad SAW

 Foto diambil pada ketika saya berada di saf kedua. Alhamdulillah. Jika dilihat pada gambar di atas, terdapat Queue-rope yang menandakan bahawa laluan untuk Imam keluar dari kamarnya.

 Keadaan semakin sesak iaitu pukul 3 pagi di kawasan makam baginda SAW.

 Queue-rope dan gambar lokasi saf kedua


 Jam Digital Waktu Solat

 Menuju ke kawasan Raudhah

 Kawasan Raudhah seawal pukul 2 pagi

 Raudhah

 Mimbar di Raudhah

 Kawasan Raudhah yang ditandakan oleh karpet yang bewarna hijau.

 Kawasan luar Raudhah (dalam masjid) yang ditandakan dengan karpet merah

 Karpet warna merah menandakan kawasan di dalam masjid
 Al-Quran yang disusun baik memudahkan para jemaah untuk menggunakannya

 Laluan jalan kaki yang ditandakan dengan tidak berkarpet

Kelihatan makam baginda rasulullah SAW
Kawasan Karpet merah dan hijau menandakan kawasan Makam baginda SAW

 Hiasan bumbung di sekitar saf hadapan Masjidil Nabawi berdekatan Makam baginda SAW

 Lagi hiasan kaligrafi islam ayat-ayat suci al-quran

 Saf hadapan yang dipenuhi oleh kebanyakan jemaah dari timur tengah
.
 Lagi gambar saf hadapan

 Makam baginda SAW

 Lelaki yang memakai jubah bewarna brown tersebut merupakan Imam Masjidl Nabawi dan akan memulakan pimpinan solat Subuh.

 Sempat membeli al-quran di luar perkarangan masjid pada pukul 1.45 pagi untuk diwakafkan kepada Masjidil Nabawi - harga di dalam lingkungan SR20-SR100. (Ada juga teman-teman yang mengirim duit untuk wakafkan al-quran bagi pihak mereka). Alhamdulillah.

Suasana Masjidil Nabawi sebelum solat Subuh pada pukul 1.50 pagi


EDISI JEMAAH WANITA: MEMASUKI RAUDHAH

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, memasuki kawasan Raudhah bagi jemaah wanita merupakan sesuatu yang menuntut kesabaran. Jemaah wanita di letakkan di dalam kumpulan yang akan dipanggil mengikut giliran. 

Jemaah wanita perlu menunggu di staging area yang melibatkan sekurang-kurangnya 4 kawasan (port). Adalah dinasihati pada waktu kesesakan yang tinggi ini, para jemaah wanita perlu memakai tag pengenalan diri dan bolehlah juga mengenakan beg sandang yang telah diberikan oleh syarikat Andalusia memandangkan staging area melibatkan sekurang-kurangnya 4 port, maka mobility para jemaah wanita adalah tinggi (berubah-ubah tempat sehingga ke port terakhir sebelum memasuki kawasan Raudhah.

"Sobar..Sobar..Sobar ya ibu." iaitu teriakan para lady security officer atau guard mak arab (bahasa kebanyakan jemaah Malaysia yang digunakan bagi pengganti diri Arab Security Officer yang berjubah dan berhijab) akan kerap kali kedengaran kerana para jemaah wanita khususnya dari timur tengah dan Indonesia (ada juga jemaah dari Malaysia yang berjaya melolos masuk kedalam kumpulan jemaah dari negara lain contohnya memasuki group jemaah Pakistan semata-mata ingin kehadapan dan cepat memasuki kawasan Raudhah; ada juga jemaah dari Malaysia yang berjaya ditangkap oleh mak guard maka terdengarlah laungan "Sobar..Sobar..Sobar ya ibu.") yang mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memasuki ke kawasan Raudhah dalam apa jua keadaan walaupun terpaksa berasak dan menolak jemaah wanita yang lain.

Disinilah kesabaran diuji oleh Allah SWT ke atas jemaah di mana bukan hanya keberadaan jemaah di kawasan Raudhah sahaja yang diambil kira tetapi proses yang terlibat di dalam memasuki kawasan suci ini juga diambil kira sebagai sebahagian daripada ibadah. Sekiranya menyakiti mahupun menolak jemaah lain merupakan sesuatu yang biasa bagi sesetengah jemaah, namun amalah disyukuri kerana rata-rata jemaah yang datang dari Malaysia amat tertib dan berhemah di dalam perjalanan mengerjakan ibadah Umrah mereka. Alhamdulillah..

Perasaan lega bagi mak, Kak Mah and the sisters jelas tergambar usai melawati kawasan Raudhah dan menunaikan solat sunat di sana. Sebaik sahaja keluar dari kawasan Raudhah ini, para jemaah wanita dinasihati untuk SEGERA mencari saf-saf yang kosong (kawasan solat jemaah wanita) untuk menunaikan solat fardhu yang semakin hampir. Mengikut maklumat daripada Kak Mah dan mak saya, jemaah wanita yang masih menunggu giliran dan di dalam proses memasuki kawasan Raudhah ini membuat bising malah ada di antara jemaah yang melaungkan Greek battle cry. Keadaan bising ini benar-benar mengganggu jemaah lain yang usai melawat kawasan Raudhah dan ingin menunaikan solat di dalam masjid dan juga jemaah yang sedang menunaikan solat pada ketika itu. Saya juga terdengar kebisingan yang datang dari jemaah wanita ketika ingin memasuki kawasan Raudhah (ketika menunaikan Haji Tamattuk pada tahun 2010 yang lalu). Pada ketika itu saya melihat jemaah lelaki yang lain hanya mampu tersenyum sambil memberi komen di dalam bahasa masing-masing. Subhanallah.

Antara sebab kenapa jemaah wanita tidak dibenarkan membawa kamera mahupun cell phone yang mempunyai fungsi kamera mungkin adalah kerana disiplin kebanyakan jemaah wanita yang ditunjukkan. Ada juga mak guard yang melakukan body search untuk menangkap suspect yang disyaki menyeludup barang-barang ini. 

Berbeza dengan jemaah lelaki di mana kami dibenarkan untuk membawa cell phone dan mengambil gambar di mana-mana sahaja di kawasan dalam masjid termasuklah di kawasan Raudhah. Namun pengambilan gambar adalah terhad di kawasan Makan Nabi Muhammad SAW. Jemaah hanya dibenarkan mengambil gambar dari jauh dan tidak betul-betul di dalam lubang emas yang memperlihatkan Makam Baginda SAW. Pak guard arab akan menegur " Haji...Haji.......No...No picture."




 Mak bersama Kak Naha dan Kak Jem sedang berada di staging point di dalam Masjidil Nabawi sebelum memasuki kawasan Raudhah. Kak Mah mana? Dipercayai adalah Jurufoto gambar ini. Pro jugak..

 Usai memasuki kawasan Raudhah dan mengerjakan solat sunat

Antara staging point yang disediakan untuk jemaah wanita. Jika dilihat adalah lebih selesa sekiranya lawatan ke kawasan Raudhah dilakukan pada waktu matahari tidak memancar. Juga lebih selesa untuk jemaah Malaysia yang pergi sendiri untuk menziarahi ke kawasan Raudhah melakukan demikian usai makan malam (pukul 9 malam) dan terus bertolak dari hotel ke kawasan Raudhah. Insyaallah jemaah wanita akan selesai menziarahi kawasan Raudhah sekitar jam 12-12.30 tengah malam. (Tips dari Kak Mah)


*Disebabkan kesesakan yang tinggi di kawasan Raudhah pada waktu slot jemaah wanita, juga dinasihatkan agar jemaah wanita tiba awal untuk mengelakkan dari jemaah tidak sempat memasuki kawasan Raudhah kerana pintu Raudhah telah diTUTUP.




No comments:

Post a Comment