Tuesday 24 March 2015

Perjalanan Umrah 9 - Hotel Mubarak Silver, Madinah Al Munawarah

Memandangkan kami tiba di Hotel penginapan Mubarak Silver pada sekitar pukul hampir 11 malam, maka kami mengambil keputusan untuk terus berehat dan hanya mengunjungi Masjidil Nabawi keesokkan paginya ketika hendak mengerjakan solat Subuh. Saya ditempatkan bersama jemaah lelaki yang lain di Tingkat 6 bilik bernombor 613 manakala jemaah saya iaitu mak saya, Kak Mah and the sisters ditempatkan di bilik bersebelahan. Alhamdulillah....

Hotel Mubarak Silver ini dilengkapi dengan kemudahan 6 set lift namun ruangan di dalam lift ini agak kecil. Untuk makluman jua, hotel ini juga didiami oleh jemaah dari Yamen. Terdengar juga rungutan daripada jemaah Malaysia yang lain akan tingkahlaku yang kasar dipamerkan oleh jemaah Yemen ini...Subhanallah...

Hanya satu kunci bilik diberikan bagi setiap bilik penginapan. Maka, bagi memudahkan para jemaah sebilik keluar-masuk bilik penginapan, adalah dinasihatkan agar kunci ditinggalkan di kaunter reception di ruangan lobi hotel.

Bagi jemaah yang tidak berkesempatan mengaktifkan talian telefon kepada international roaming mode, para jemaah boleh memilih alternatif untuk membeli perkhidmatan internet dan panggilan, menggunakan local service provider. Perkhidmatan sedemikian boleh didapati di cawangan ZAIN atau pun Mobily iaitu kedua-duanya merupakan pembekal bagi perkhidmatan tersebut. Sekiranya para jemaah ingin memudahkan cara, kad-kad sim juga dijual di setiap aras penginapan melalui cleaner yang sentiasa standby di aras berkenaan. Kos bagi satu sim kad adalah sebanyak SR50. Perlu dimaklumkan bahawa perkhidmatan internet dan perkhidmatan panggilan perlu dibeli berasingan dan didatangi di dalam bentuk 2 sim kad berbeza. Satu sim kad untuk perkhidmatan internet dan satu sim kad lagi untuk kemudahan panggilan.

Para jemaah tidak perlu risau kerana di Mezanine level (di mana terletaknya restoran Andalusia) ada menyediakan free wifi dan password yang dipaparkan pada setiap dinding berhampiran pintu lif - Lobby level.

Di Hotel Mubarak Silver ini, kebanyakkan jemaah ditempatkan di dalam bilik dengan penghuni seramai 4 orang. Jika diamati, bilik tersebut sesuai ditempatkan seramai 3 orang sahaja iaitu pada kadar maksima pada satu-satu masa.

Suhu di Medina adalah pada 9 Celsius iaitu suhu sepanjang kami berada di sana. Kebanyakan jemaah wanita memakai baju berlapis 2-3 bagi memanaskan badan. Bagi jemaah lelaki yang sudah biasa dengan cuaca bersuhu rendah, memadailah dengan memakai sehelai seluar dan baju serta disarung dengan jaket. Insyaallah.....

 Ruangan di dalam bilik penginapan yang memuatkan 4 orang jemaah

 Bilik Air

 Tandas Duduk

 Shower

 Kunci bilik boleh ditinggalkan di Kaunter Resepsi

 Sekitar ruangan lobi yang sentiasa dipenuhi para jemaah

 Kaunter Resepsi

 Dari lobi hotel ke pintu keluar 
 TV Flat Screen
 Program Andalusia bagi jemaah kami, maklumat sebegini haruslah diambil maklum setiap hari bimbang jika terdapat perubahan waktu program

 Nombor bilik

 Aras 6

 Lampu Bilik

 Boleh menukar ke siaran di dalam kawasan sekitar makan Nabi Muhammad saw, Masjidil Nabawi dan seterusnya para jemaah boleh merancang waktu yang sesuai untuk mengunjungi Makam Nabi Muhammad saw dan Raudhah.

 Dinding pengumuman

 Dinding Pengumuman

 Perkhidmatan Dobi

Iqbal (menyediakan perkhidmatan dobi iaitu sehelai SR4 dan perkhidmatan menjual sim kad) bersama jemaah yang berkongsi bilik dengan saya iaitu Abg Zainal yang datangnya dari Pahang. 

No comments:

Post a Comment