Tuesday 24 March 2015

Perjalanan Umrah 8 - Menjejak Kaki di Bumi Anbiya


Alhamdulillah......kami berjaya mendarat di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Medina dan terus menghampiri kaunter Imigresen. Urusan di imigresen amat mudah iaitu hanya mengambil masa kurang dari 2 minit. Seterusnya kami menuju di bahagian baggage reclaim dan menunggu di baggage carousel. Ketika ini para jemaah perlu mengambil beg sendiri. Troli yang disediakan oleh pihak pengurusan airport dapat membantu para jemaah untuk mengambil dan membawa beg masing-masing. 

Selepas mendapatkan beg di baggage carousel, beg-beg tersebut perlu diimbas/ scan di kaunter Kastam. Selesai urusan tersebut barulah para jemaah akan dihampiri oleh mutawif Andalusia yang memakai jaket pengenalan syarikat Andalusia (Biru dan Kuning). Para jemaah hanya perlu membawa beg di atas troli masing-masing dan mengikuti mutawif Andalusia berkenaan. Kesemua beg akan dimasukkan ke dalam perut bas yang sedia menunggu di luar airport. Adalah dinasihati agar troli para jemaah dikendalikan sendiri tanpa meminta bantuan pekerja airport tersebut kerana dikhuatiri dikenakan bayaran perkhidmatan yang mahal oleh mereka....

Selesai semua proses memasukkan bagasi para jemaah ke dalam perut bas, kami dibawa menuju Hotel Mubarak Silver iaitu hotel di mana kesemua jemaah Andalusia akan menetap sepanjang berada di Medina ini. Perjalanan mengambil masa sekitar 25 minit. 

 Memandangkan penerbangan SV829 ini menggunakan wide body aircraft, dan airport ini tidak menyediakan kemudahan aerobridge untuk jenis pesawat ini, maka aircraft stand digunakan. Namun yang demikian, aircraft stand ini merupakan yang paling luas anak tangganya dan dicahayakan untuk kemudahan para penumpang turun dari kapal terbang. Alhamdulillah...

 Disediakan sebanyak 2 aircraft stand

 Kami dibawa menaiki shuttle (bas perantara) menuju ke Imigresen setelah keluar dari kapal terbang. Tiba sudah...

 Selesai urusan di Imigresen, kami menunggu bagasi untuk tiba. Ketika ini jam menunjukkan hampir pukul 9 malam waktu Saudi Arabia

 Baggage Carousel

 Lagi baggage carousel  dan masih menunggu 

 Masih menunggu dan setelah hampir 30 minit barulah bagasi pertama keluar. Alhamdulillah

 Perjalanan menaiki bas menuju ke Hotel Mubarak Silver yang mengambil masa 25 minit.

 Sempat lagi  merakamkan kenangan dari dalam bas dalam perjalanan menuju ke hotel penginapan

Ahamdulillah... dengan izinMu ya Allah, jemaah kami dan rombongan jemaah umrah SV829 selamat tiba di bumi Medina. Jarak antara hotel ini dengan Masjidil Nabawi adalah sejauh 250 meter. Alhamdulillah... Alhamdulillah....perasaan tetiba terasa sayu....

Bersambung...

No comments:

Post a Comment