Tuesday 24 March 2015

Perjalanan Umrah 7 - Penerbangan Saudi Airlines

Jemaah kami memilih penerbangan bersama Saudi Airlines di atas sebab-sebab yang dinyatakan sebelum ini...berikut merupakan kenangan yang sempat dirakam ketika di dalam pesawat. Juga penerbangan ini merupakan penerbangan yang sungguh selesa dan sebelum berangkat, alunan doa menaiki kenderaan/ memulakan perjalanan melalui touch screen  di setiap ruang duduk penumpang berkumandang. Alhamdulillah.....

 Ruang cabin yang luas dan selesa dengan touch screen panel. Para jemaah boleh menggunakan pelbagai aplikasi yang tawarkan seperti  bacaan ayat-ayat Al-Quran, movies, games,  dan juga boleh melihat pemandangan dari bawah kapal terbang dan dihadapan kapal terbang hasil teknologi camera yang dipasang di badan kapal terbang ini.

 Blanket dan bantal juga disediakan namun untuk keselesaan yang maksimum bolehlah membawa sekali headrest pillow.

 Touch Screen Panel (TSP)

 Lokasi terkini penerbangan juga dimuatkan didalam TSP ini

 Sempat juga mengambil gambar permandangan luar kapal terbang

 Jemaah kami yang mungkin banyak bersabar dengan jurufoto novice  ini. 

Perjalanan yang mengambil masa yang agak panjang. Para jemaah digalakkan berzikir dan beristghfar. Insyaallah...

 Lagi gambar ruang kabin

 Pesawat penerbang SV829 mendarat di bumi Riyadh selama 45 minit untuk perkhidmatan pembersihan kabin, pertukaran krew kabin dan pilot. Pada ketika ini para jemaah bolehlah bersolat di ruang solat yang disediakan di dalam penerbangan ini iaitu di bahagian belakang didalam pesawat ini...

 Penerbangan berlepas semula

 Meninggalkan bumi Riyadh dan menuju ke bumi Medina

 Informasi kedudukan di skrin

Pada mulanya terkejut sebab Pilot  menyediakan makanan untuk para penumpang, namun setelah diamati rupanya cabin crew lelaki berpakaian seperti pilot. Risau juga sekiranya pilot yang menyediakan makanan....apa jadi di ruang cockpit....:)


Bersambung...

No comments:

Post a Comment