Alhamdulillah......syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memudahkan perjalanan umrah kami sampai ke tahap ini iaitu sudah masuk fasa berkursus....Kursus umrah ini dihadiri oleh kami setiap sabtu tanpa jemu terutama sekali jika tiba giliran Ustaz Fauzi dan Ustaz Asri. Untuk makluman pembaca blog ini, pihak Andalusia menyediakan beberapa penceramah berstatus Ustaz yang akan bergilir ganti menjalankan tugas mengajar para bakal jemaah umrah yang hadir.
Bagi yang bakal menghadiri kursus ini nanti, sekiranya mempunyai Ustaz yang diminati ceramahnya, bolehlah mendapatkan jadual ceramah daripada pihak Andalusia. Sekiranya terdapat perubahan waktu ceramah, pihak Andalusia akan memaklumkan kepada para jemaah melalui khidmat SMS.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil sebelum dan selepas kursus umrah yang dihadiri setiap minggu.
Ruang tingkat 2 di Pejabat Andalusia Seberang Jaya yang dijadikan ruang berkursus iaitu Kursus Umrah
Jauh di nun sana adalah mak saya yang sememangnya dibawa awal supaya dapat dengan selesa memilih lokasi tempat duduk (amat penting bagi mereka yang mengalami sakit belakang dan kaki mudah kebas). Walaupun kursus bermula pada pukul 9 pagi, namun dinasihati datang seawal 8.30 pagi iaitu pada ketika pintu pejabat Andalusia mula dibuka. Tetapi jangan serbu sebab perjalanan umrah telah bermula dan segala tingkah laku perlu dijaga dan didisiplinkan
Di bahagian hadapan merupakan ruang bagi jemaah lelaki
Bahagian hadapanReplika kaabah yang boleh dialih untuk membantu didalam proses kursus umrah
Jemaah mulai ramai terutama bahagian belakang di mana jemaah wanita berada
Menunggu Ustaz datang
Masih Menunggu
Projektor dipasang dan slides dipaparkan
Alhamdulillah kali ni Ustaz Asri (paling popular di Andalusia Seberang Jaya)
Tengah berceramah sambil dengan bersahaja menyelitkan isu-isu jemaah umrah yang membuatkan para jemaah yang hadir tidak kering gusi
Kursus Umrah akan berhenti seketika pada sekitar pukul 10.30 pagi sehingga 11 pagi dan para bakal jemaah yang hadir akan diberikan sedikit sarapan pagi
Bakal Jemaah Umrah sedang bersarapanAlhamdulillah
Usai sudah kursus Umrah pada hari ni
Ujian 2
Setelah beberapa kali menghadiri kursus umrah ini, seperti kebiasaan saya akan meneliti sekiranya terdapat maklumat terkini yang dipaparkan oleh pihak Andalusia Seberang Jaya di bahagian maklumat mereka. Kali ini para jemaah dikejutkan dengan 2 berita iaitu pertama kerajaan Saudi Arabia telah menghadkan jumlah air zam-zam yang boleh dibawa balik oleh jemaah umrah iaitu kepada 5 liter sahaja (sebelum ini 10 liter), dan keduanya kerajaan Saudi Arabia hanya membenarkan penerbangan schedule dan bukan lagi penerbangan chartered untuk mendarat di Medina. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana sekali lagi memudahkan urusan jemaah kami.
Disamping itu juga terdapat maklumat-maklumat lain yang amat berguna yang boleh diambil maklum oleh para bakal jemaah iaitu melalui bahagian maklumat yang disediakan oleh pihak Andalusia.
Maklumat berkaitan peraturan baru kerajaan Saudi Arabia
Maklumat Insurans, Elaun Bagasi dsb.
Elaun Bagasi
Maklumat Insurans
Maklumat Pembatalan Pakej
Dengan sendiri menyatakan maksudnya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment