Nikmat
Para jemaah yang berhajat untuk menggunakan perkhidmatan umrah bersama syarikat Andalusia digalakkan berbuat demikian lebih awal bagi mendapatkan tarikh penerbangan yang diingini. Syarikat Andalusia juga menawarkan rebat sebanyak RM300 sekiranya tempahan dibuat bersama yuran deposit sebelum Januari 2015. Alhamdulillah jemaah kami menggunakan kelapangan ini untuk menempah pakej yang diingini pada bulan Oktober 2014 dan dapat menjimatkan kos sebanyak RM1,500.
Syarikat Andalusia juga menyediakan Kursus Umrah setiap Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 1 petang (kecuali cuti umum atau sekiranya dinyatakan). Jadual kursus umrah tersebut juga disediakan dalam bentuk leaflet/kertas bagi memudahkan rujukan para bakal jemaah. Alhamdulillah.
Ujian 1
Alhamdulillah kurang dari 2 minggu saya telah menerima sepucuk surat daripada pihak Andalusia yang antara lain menyatakan pengesahan maklumat pakej Umrah yang dipilih. Terdapat sedikit perbezaan tempahan harga iaitu harga pakej yang ditempah dinaikkan sebanyak RM100. Segera saya menghubungi syarikat Andalusia di Kuala Lumpur (IbuPejabat) dan dimaklumkan bahawa sekiranya bersetuju dengan bayaran tambahan RM100, pihak Andalusia akan menambah bilangan perjalanan umrah bagi pakej yang kami pilih iaitu sebanyak 1 hari, menjadikan keseluruhan perjalanan adalah 13H 11M (sebelum ini 12H 11M).
Setelah berbincang, jemaah kami bersetuju menerima tawaran tersebut. Alhamdulillah......Berikut adalah surat yang diterima.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment