Monday, 23 March 2015

Perjalanan Umrah 1



Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.....maka bermulalah urusan penempahan pakej Umrah bersama syarikat umrah Andalusia yang telah dipersetujui semua.....bersama mak (first time ke tanah suci menunaikan Umrah) yang dibawa sekali.....kami menuju ke pejabat Andalusia yang terletak di premis baru di Seberang Jaya....niat dihati ingin mak mempelajari juga urusan logistik ni supaya selepas ini sekiranya ditanya oleh bakal jemaah umrah yang lain pada masa terdekat mahupun akan datang nanti, insyaallah mak saya dapat berkongsi ilmu bukan sahaja mengenai tatacara pelaksanaan ibadah umrah, juga mengenai urusan logistiknya.....semoga allah berkati usaha saya ini dengan memberi ingatan yang kuat pada mak saya...insyaallah...

Bagi bakal jemaah umrah yang berhajat untuk menggunakan perkhidmatan Andalusia ini, penempahan pakej yang dipilih boleh dilakukan di mana-mana pejabat Andalusia dengan memberi deposit sebanyak RM300 seorang. Jika jemaah seperti kami yang terdiri daripada 5 orang, maka bayaran deposit yang diperlukan adalah RM1,500.

Setelah deposit diberikan maka pihak syarikat Andalusia (Cik Intan bagi urusan kami ini) akan memberikan resit seperti berikut:



Ketika saya dan mak berurusan dengan Cik Intan, kami disapa oleh pengurus Andalusia cawangan Seberang Jaya iaitu Puan Azza, Alhamdulillah beliau banyak memberi khidmat nasihat mengenai pakej yang kami pilih. Beliau juga sempat memberi beberapa cadangan pilihan mengenai tarikh berangkat ke tanah suci. Semoga allah memurahkan rezeki Puan Azza sekeluarga...insyaallah...aameen.

Setelah berbincang dengan Kak Mah (focal point untuk kedua-dua Kak Naha dan Kak Jem).....jemaah kami bersetuju untuk mengambil tarikh 26 Januari 2015-7 Februari 2015 untuk berangkat pergi. Sedikit study dilakukan dan berikut adalah sebab tarikh sedemikian dipersetujui:

1. Tarikh tersebut merupakan tarikh penerbangan Saudi Airlines direct  Kul-Med iaitu seminggu 2 kali penerbangan ...Isnin dan Rabu.

2. Saudi Airlines merupakan syarikat Pak Arab jadik seat yang disediakan sememangnya luas

3. Dinobatkan (oleh pihak antarabangsa baru-baru ini) sebagai syarikat penerbangan yang mengutamakan keselesaan untuk kelas ekonomi

4. Cuaca di medina pada tarikh ini adalah pada suhu 9 Celsius dan Mekah pada suhu 18-23 Celsius...memudahkan urusan ibadah

5. Tarikh penerbangan ini memberikan peluang pada jemaah kami untuk lebih lama berada di tanah suci iaitu 12 Hari 10 Malam.

Saya juga diberi informasi bahawa Kementerian Haji Saudi Arabia mengeluarkan peraturan bahawa jemaah hanya dibenarkan berada di Mekah maksima 6 hari sahaja. Mungkin kerana untuk mengelakkan kesesakan jemaah di sekitar Masjidil Harem dan mungkin juga memberi peluang kepada jemaah lain untuk berada di Mekah......insyaallah....

Bersambung.....






No comments:

Post a Comment