Monday 30 March 2015

Perjalanan Umrah 12- Ziarah

Untuk makluman para pembaca blog ini dan bakal jemaah umrah yang akan menjejak kaki di sini...insyaallah......pihak Andalusia ada juga menyediaan sesi ziarah ke kawasan-kawasan bersejarah dan tumpuan utama di sekitar bumi Madinah Munawarah ini.

Seawal pukul 7.30 pagi (iaitu selesai  sarapan pagi), para jemaah diminta untuk berkumpul di lobi hotel Mubarak Silver untuk persediaan menaiki bas yang telah disediakan. Setiap bas telah dilabelkan di cermin hadapan bad dengan maklumat penerbangan dan kumpulan jemaah umrah. Insyaallah jika keliru mengenai bas yang mana satu perlu dinaiki, maka lihatlah maklumat di hadapan cermin bas...insyaallah.

Kali ini para jemaah akan dipimpin oleh Ustaz Khairullah dan akan dibawa ke beberapa tempat di sekitar kota Madinah iaitu Masjid Quba (Masjid pertama yang dibina oleh Baginda SAW setibanya di bumi Madinah), Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Ladang Kurma dan kembali semula ke hotel penginapan sebelum Solat Asar.

Masjid Quba

Para jemaah dinasihati agar mengambil air wuduk dan menjaganya sehinggalah selesai solat sunat 2 rakaat di Masjid ini kerana: 

"Sesiapa yanb bersuci di rumahnya kemudian datang ke Masjid Quba serta solat di dalamnya satu solat adalah ganjaran untuknya seperti ganjaran satu umrah."

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ahmad bin Hambal, Al-Hakim dan At-Tabrani dengan sanad mereka Sahl Ibn Hanif r.a. sabda Rasullah SAW

 Setibanya di perkarangan Masjid Quba, para jemaah bergegas ke masjid ini untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat. Tempoh yang diberi oleh mutawwif adalah selama 45 minit.

 Mak, Kak Mah and the sisters.

 Suasana di dalam masjid. Jaring diletakkan untuk mengelakkan binatang seperti burung memasuki kawasan masjid dan seterusnya menjaga kebersihan masjid ini.

 Kelihatan ramai jemaah dari middle east.

 Lagi gambar di dalam masjid Quba.

 Jemaah yang sempat merakamkan kenangan di masjid ini.

 Masjid Quba.

 Ruang terbuka di dalam Masjid Quba.


 Kaunter maklumat yang disediakan oleh kerajaan Saudi Arabia.

 Bilangan jemaah semakin bertambah

 Ruangan kasut yang telah disediakan. Namun boleh juga dibawa bersama jemaah ke kawasan solat asalkan tiada najis di kasut tersebut.

 Laluan keluar dan masuk ke Masjid Quba. Agak sempit dan amat sesak.

 Kawasan menunggu di luar Masjid Quba.

 Kelihatan Mutawif dari negara-negara lain yang mempunyai strategi tersendiri untuk para jemaahnya mengenalpasti kumpulan mereka melalui penggunaan bendera yang besar yang diangkat tinggi.

 Lagi bendera pengenalan kumpulan umrah.

Bas jemaah kami.

Seperti yang dinyatakan pada awalnya tadi, Masjid Quba ini merupakan masjid pertama yang dibina oleh Baginda Rasullullah SAW setelah beliau berhijrah (diusir) dari kota Mekah ke kota Madinah dan masjid ini dibina di atas dasar taqwa. Masjid ini merupakan masjid yang ke-4 penting setelah masjid-masjid berikut mengikut susunan keterutamaan berserta fadhilat mengerjakan solat di masjid-masjid ini:

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ): Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari

1. Masjidil Harem di Mekah (100000 pahala solat sekali solat)
2. Masjidil an-Nabawi di Medina (1000 pahala solat sekali solat)
3. Masjidil Al-Aqsa di Jerusalem/ Palestin (500 pahala solat sekali solat)
4. Masjidil Quba (pahala satu umrah jika berwuduk dari rumah/hotel sehingga selesaikan menunaikan solat sunat)



Masjid Qiblatain

Kerana kesuntukan masa (jemaah lewat menaiki kembali ke dalam bas ketika di Masjidl Quba, jemaah kami hanga dibawa melalui majidil Qiblatain iaitu masjid di mana merakamkan peristiwa Baginda Rasullullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT ketika sedang bersolat di masjid tersebut dan dengan segera menukarkan Qiblat dari berkiblatkan Masjidil Al-Aqsa di baitul Muqaddis ke Kaabah di Masjidil Harem.

Masjid Tujuh pun tidak sempat untuk berkunjung yang merupakan tempat perlindungan tentera Islam ketika perang Khandak. Hanya mampu melihat dari dalam bas sahaja. 


Jabal Uhud

Jabal atau bukit Uhud merupakan lokasi yang paling utama di dalam Sirah Nabawiyah (sejarah para nabi). Lokasi Jabal Uhud ini merupakan antara lokasi tumpuan utama yang merakamkan beberapa peristiwa bersejarah sepanjang tempoh 23 tahun baginda rasulullah SAW menjadi Rasul Allah SWT. Antara peristiwa yang paling bersejarah di Jabal Uhud ini adalah peristiwa Peperangan UHud iaitu perang kedua di dalam Islam yang mengorbankan 70 orang muslimin termasuk bapa saudara baginda, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami kecederaan yang teruk di mana peperangan tersebut tidak berpihak kepada tentera Islam disebabkan keingkaran mereka kepada arahan baginda rasulullah SAW.

Jabal Uhud ini juga merupakan bukit yang berasal dari syurga dan sangat mengasihi baginda rasulullah SAW. Bukit ini tidak bersambung dengan mana-mana bukit dan agak terasing dengan bukit-bukit yang berada di sekitarnya.


 Jabal Uhud 

 Jabal Uhud

 Jabal Uhud

 Batu terutamanya untuk diikat pada cincin juga dijual di sini. Para jemaah bolelah berbelanja untuk meningkatkan ekonomi penduduk Islam disini.

 Gerai-gerai menjual buah-buahan kurma dari pelbagai jenis.

 Perkuburan Uhud yang di pagarkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengelakkan sebarang perbuatan syirik dikalangan jemaah.

 Papan kenyataan di sekitar Perkuburan Uhud

 Perkuburan Uhud di Jabal Uhud yang menempatkan para syuhada yang terkorban di dalam peperangan Uhud.

 Selesai berdoa, jemaah sempat bergambar di persekirataran kawasan perkuburan Uhud.

 Pasar yang menjual beraneka jenis jualan di sekitar kawasan Jabal Uhud ini.

Kak Mah and my mom. Alhamdulillah.


Ladang Kurma

Masuk je ke dalam kedai kurma ini yang bersanbung dengan ladang kurma bersaiz kecil, para jemaah terus disapa oleh penjual kurma yang berada di dalam kedai tersebut. Kurma! Kurma! Murah! Murah! Makan Free! Makan Free! Makan Free!.....Yes indeed kalau makan memeng free tapi kalau bawak balik kenalah bayar ya...Harhga disini agak mahal jika dibandingkan dengan pasar kurma tetapi lebih murah lagi kalau dibeli dari peniaga-peniaga disekitar luar kawasan Masjidil Nabawi yang berniaga menggunakan gondola-gondola.

 Pintu masuk ke kedai kurma

 Suasana di dalam kedai kurma

 Ladang kurma

 Gambar mak yang sempat dirakamkan di ladang kurma.

Mak, Kak Mah and the sisters sedang tunggu jemaah lain selesai shopping

No comments:

Post a Comment