Alhamdulillah.....subhanallah....alhamdulillah....hanya ungkapan inilah yang mampu saya ucapkan di dalam hati bila menerima teks mesej daripada bos merangkap kak mah yang berhajat ikhlas memberi sedekah half-sponsor umrah saya untuk tahun 2015 ini....Masih ingat lagi pengalaman Haji saya yang pertama pada tahun 2010 (akan di kongsi kemudian....insyaallah) di mana saya sempat menunaikan umrah sebanyak 3 kali sebelum waktu Wukuf di Arafah. Ketika itu, sempat juga saya berdoa di beberapa tempat mustajab di sekitar kaabah untuk dipanggil semula ke sana.......syukur pada Allah SWT sekali lagi saya dijemput ke Tanah Suci.....begitulah buktinya bahawa Allah S.W.T sesungguhnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang.....alhamdulillah....segala pujian hanya bagi Mu ya Allah.
Jemaah Umrah 2015 kali ini terdiri daripada saya dan emak, Kak Mah, Kak Naha dan Kak Jem (kedua-dua merupakan kakak kepada Kak Mah)....alhamdulillah mereka diberikan rezeki menunaikan umrah setiap tahun....maka kefahaman mengenai tatacara mengerjakan umrah memang mereka telah mahir dan tambahan pula mereka semua telah mengerjakan fardhu Haji sekitar tahun 2002...alhamdulillah...
Syukur pada Allah SWT dengan limpah kurniaNya menyentuh hati Kak Mah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan urusan umrah 2015 ini...maka bermulalah usaha mencari syarikat yang menyediakan perkhidmatan Umrah ini....dipendekkan cerita jemaah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan syarikat daripada syarikat Andalusia.....
Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian, setelah berbincang dengan pilihan tarikh, hotel, penerbangan yang ada, semua bersetuju untuk mengambil pakej Umrah Kuala Lumpur-Madinah (berangkat) dan Jeddah-Kuala Lumpur (pulang) dengan menggunakan penerbangan Saudi Airlines kerana hanya syarikat penerbangan ini sahaja yang menyediakan perkhidmatan direct flight dari Malaysia ke Madinah. Kenapa memilih direct flight ini? Tentu ada sebabnya dan adalah seperti berikut:
1. Penerbangan terus Kul-Med mengambil masa penerbangan hanya 9-10 jam dan transit 45 minit di Riyadh (tak perlu keluar dari perut kapal...tunggu je untuk pertukaran cabin crew dan pilot)....
2. Sekiranya penerbangan turun di Jeddah, maka jemaah yang ingin ke Madinah terlebih dahulu perlu mengambil bas yang disediakan oleh syarikat umrah dan mengambil masa perjalanan sebanyak 5-8 jam
3. Kurang kesesakan ketika di imigresen jika turun di Madinah terlebih dahulu.... dan dari lapangan terbang Madinah ke hotel Andalusia Mubarak Silver hanya mengambil masa perjalanan 20 minit sahaja. Amat sesuai jika mempunyai jemaah yang mempunyai faktor umur dan kesihatan untuk dititikberatkan....insyaallah...
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment