Saturday, 24 February 2018

THE GREAT ESCAPE: TURKEY DAY 5-7 Contd...

Hari ini bersamaan 4 September 2017 iaitu hari ke - 3 kami berada di Cappadocia. Pagi ini saya bangun dengan high fever. Seluruh badan terasa sakit especially my back pain. Must be the long walk that I took yesterday with Kak Mah & Ita. 

Seperti waktu pagi sebelum ini, kami bersarapan pagi di restoran penginapan ini dan sempat berbincang untuk meneroka pekan Cappadocia dan mendapatkan beberapa cenderamata. Ita sangat teruja kerana 'dipercayai' ramai staff di office yang minta dibelikan souvenirs Cappadocia

Lebih kurang pukul 9 pagi, kami bertiga segera melawati pekan Cappadocia yang sememangnya sangat unik dan tersendiri. Memandangkan Mr. Yours Truly demam dan sengal-sengal badan, makanya bertambah satu lagi misi selain membeli cenderamata, iaitu misi mencari Hamam. Hamam merupakan tempat mandi/urut yang amat terkenal di Turkey. Rugi rasanya bagi mereka yang datang ke sini tidak mencuba Hamam. Kak Mah & Ita banyak membantu mencari Hamam yang sesuai dan saya hanya duduk di tepian kedai. Energy hanya tinggal 20%. Begitu juga kedua-dua cellphone saya yang terlupa dicas semalam. 0% energy. Kesudahannya, gambar-gambar pada hari ini hanya bergantung ihsan kepakaran Kak Mah & Ita. 

Alhamdulillah, saya dapat merasai keunikkan Hamam Turkey yang terletak berdekantan penginapan kami  di samping melegakan badan yang sengal-sengal itu. Kak Mah menawarkan diri menunggu di ruangan menunggu Hamam sementara selesai urusan saya di Hamam tersebut. Manakala Ita balik ke bilik penginapan untuk berehat.

Waktu tengah hari kami masing-masing memasak bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia memandangkan masing-masing kepenatan. Walaubagaimanapun, kami bersetuju untuk makan malam di luar kelak.

Nadi pekan Cappadocia ini adalah perniagaan. Sekiranya para pembaca blog ini datang melawat, pastikan urusan membeli belah seperti karpet buatan tangan, cenderamata, batu permata, tasbih batu dari Avanos, lampu-lampu hiasan dalaman, seni tembikar unik Cappadocia dan bermacam-macam lagi ada dijual di sini dengan harga yang jauh lagi murah dari Istanbul.

Sempat juga kami mendapatkan barangan yang berkenan di hati untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Ita boleh dinobatkan sebagai Ratu Cenderamata kerana telah berjaya memborong dengan jumlah yang mengagumkan saya dan Kak Mah. Hebatlah !? 


 Sekitar pekan Cappadocia aerial view

Tengah berehat sambil berborak dengan Ita. Foto ini hasil kreativiti Kak Mah selaku Mamarazzi Internationale'

The rest of the day was pretty much a ,strolling by the local shops' day and we were starting to miss Cappadocia. That night we managed to have our unforgettable dinner at the local restaurant and it was a blast. You know...that kind of a dinner in a foreign land far away from the bustling city, talking about our next great escape...it was so mesmerizing and vivid that I am closing my eyes and thinking that tomorrow we will be flying to Cappadocia again...YeeHaa!! 

Kak Mah & Ita...u guys up for the challenge? 

Next day was our last day in Cappadocia s we will be travelling to Kayseri Airport by tourist van. After hugs and kisses with Mustafa, the assistant to Ibrahim Budak ( the resort that we were staying), we we brought to the airport. Throughout the journey to the airport, I was everything but sleep, trying to capture every single details of Cappadocia's beauty as I could...and wish someday....I will come back and 'reunited' with its splendour. Insyaallah.

Next trip..Istanbul...here we go!!..














No comments:

Post a Comment