Alhamdulillah...berdasarkan perancangan sebelum ini, this morning we woke up very early. After done with the praying, the three of us decided to meet up on the rooftop to catch the glimpse and more, of the famous hot air balloons' show in the sky...the Kapadokya Hot Air Balloons. Huhu!!
Sempat juga yours truly menyediakan Turkish Tea panas untuk dinikmati di rooftop kelak. Untuk maklumat blog readers semua, terdapat 2 buah meja kecil dengan beberapa kerusi kayu yang disediakan oleh pihak hotel agar pemandangan sekitar Kapadokya dapat dirasai sepenuhnya. Suhu di luar ketika ini adalah sekitar 10 Celsius dan Turkish Tea yang disediakan sebentar tadi segera dinikmati.
Subhanallah, dari kejauhan kelihatan kelip-kelip bewarna merah perlahan-lahan terbang dari daratan dan dibelakangi oleh gunung yang mula disinari oleh cahaya suria pagi. Belon-belon udara panas di sini mula beroperasi seawal pukul 4 pagi. Satu pengalaman yang terlalu indah untuk diungkapkan melalui perkataan dan pastinya, insyaallah, kekal sebagai antara kenangan terindah sepanjang bergelar pengembara ini. Kak Mah & Ita pun share the same feelings.
Berikut merupakan foto-foto yang sempat diambil untuk tatapan pembaca blog yang setia ini. Silakan.....
Pemandangan yang sungguh breathtaking lagi mengujakan
Kak Mah dah datang, jom minum teh Turki sambil menikmati pemandangan Kapadokya di waktu pagi. Ita mana?
Keli-kelip 1
Keli-kelip 2
Keli-kelip 3
Magnificent in every way.
Cuba bayangkan, bangun pagi di bumi asing sambil menghirup teh Turki yang panas dan menyaksikan tarian si 'kunang-kunang' di langit tinggi. Subhanallah
Speechless.
Juga dapat dilihat melalui jendela dari dalam bilik penginapan.
Sebaik sahaja matahari mula terbit satu pertiga, kami semua segera pulang ke bilik masing-masing untuk bersiap sedia turun ke bawah hotel untuk bersarapan pagi.
Sarapan pagi disini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan menu hidangan masakan Turki yang sememangnya sedap mata memandang dengan plating techniques yang mempesonakan. Rasa makanan di sini? Datang sini dan nikmati sendiri. Hehe..
Restoran yang bertentangan dengan bilik penginapan kami.
Saudara Mustaffa yang turut membantu menyediakan hidangan sarapan pagi untuk kami dan penghuni hotel yang lain.
Kecur liur melihat plating presentation.
Pelbagai jenis roti dan manisan.
Menarik Kebaboom!!
Amboi Ita nampak makanan terus transform jadik kanak-kanak. Kak Mah tahu la lapar!!
Love the fruits and cucumber.
Pelbagai jenis keju dan Salami yang enak.
Lagi keju.
Menu Kak Mah.
Menu Ita. Tahap bagi makan saka ni. Banyaknye!!
My menu, always the healthiest ones. Silakan makan semua. Bismillah ye.
Restoran yang sangat cantik susunatur dan decor dalamannya. Rustic yet elegant in nature.
Usai bersarapan pagi, kami kembali ke bilik penginapan masing-masing untuk bersiap sebelum memulakan aktiviti lasak sepanjang hari. Pagi ini kami akan diambil oleh van pelancongan akan membawa kami ke beberapa tempat menarik di Kapadokya ini. Jom ikut kami!!!
Terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan tempatan Kapadokya ini dengan pelbagai tarikan yang tersendiri. Anda juga boleh customize sendiri pakej aktiviti yang ditawarkan mengikut kesesuaian anda dengan harga yang amat berpatutan.
Pada pengembaraan kali ini, kami bersetuju untuk tidak menaiki belon udara panas Kapadokya ini dan akan melakukannya pada pengembaraan yang akan datang.
Pagi ini kami telah diambil oleh van pelancongan tepat pada pukul 8.45 pagi. Terdapat seorang pemandu pelancong yang bernama Ikurt (sebutan 'I could' - tak pasti ejaan nama tu betul..hehe) yang disediakan sepanjang perjalanan kami ini. Aktiviti hari ini dijangka tamat pada pukul 6 petang. Insyaallah...Jom?!..
Barikut merupakan aktiviti yang akan dilakukan oleh kami:
1. Melihat panorama Go'reme
2. Melawat Pigeon Valley
3. Melihat pameran dan jualan Onyx
4. Berjalan kaki menelusuri Ihlara Valley
5. Makan tengah hari di Belisirma
6. Mendaki Lembah Selime Monastery
7. Melawat dan menjelajah Derinkuyu Underground
8. Melawat kedai manisan Avanos dan pulang ke penginapan
Fuh.....giler banyak aktiviti yang kami akan lakukan hari ini. Para pembaca blog ini jangan bimbang, akan saya ceritakan setiap kawasan yang kami lawati...Mari ikut kami?!
Melihat panorama Go'reme
Perjalanan kami bermula dengan van pelancong mengambil penumpang di beberapa hotel berdekatan. Dari amatan saya, mereka terdiri dari pelancong yang datang dari negara Jepun (nama Suu Ci-siap travel seorang lagi, Ita ada berani?), Amerika, China, UK, India, dan Malaysia (kami lah tu..plus 2 orang Malaysia lagi Chayook!!)
Destinasi pertama kami adalah melihat panorama sekitar Gerome' iaitu satu pekan kecil di Kapadokya yang terletak di tengah-tengah Turkey. Di sini kami dapat menyaksikan formasi batu yang unik lagi menarik hasil daripada proses geologi yang bermula sejak berjuta-juta tahun dahulu apabila debu dari gunung berapi berkumpul dan bercampur dengan debu dari tanah dan juga air. Seterusnya paduan debu-debu ini mengeras dan diselaputi dengan basalt iaitu batuan dari lava gunung berapi. Melalui proses luluhawa, lapisan luar basalt ini terhakis sehingga membentuk batu berbentuk cendawan yang terletak di atas 'tiang' batu setinggi 40 meter. Maka terjadilah apa yang dilihat oleh kami iaitu fairy chimneys.
Kawasan Fairy chimney yang terletak di Gerome' ini merupakan 'Laluan Sutera' para pedagang. Berkurun tahun lamanya dahulu juga, laluan ini di rampas oleh empayar-empayar yang terkenal iaitu, Empayar Eropah, dan kemudiannya Hitties, Persians, Alexander the Great, Romans, Byzantines, dan akhir sekali di ambil oleh empayar Ottoman.
Land of Beautiful Horses
Pada kurun ke 21 sebelum Masihi, kawasan ini dikuasi oleh empayar Hitties. Empayar ini bertahan sehingga penaklukan empayar Parsi iaitu pada kurun ke 6 sebelum Masihi. Kawasan ini kemudiannya dinamakan sebagai Cappadocia iaitu membawa maksud parsi Land of Beautiful Horses. (tak pastu pulak ada kuda tak time tu). Pada kurun ke 332, Alexander the Great dengan empayar Rome nya telah menewaskan kerajaan Parsi. Pada pertengahan kurun pertama selepas Masihi, Raja Cappadocia dilantik yang kemudiannya dijatuhkan oleh askar-askar Roman. Raja Cappadocia tersebut meninggal dunia pada kurun ke 17 selepas Masihi dan Cappadocia menjadi sebahagian daripada semenanjung Rome.
Pada kurun ke 3 selepas Masihi, Kristian datang ke Cappadocia dan menukarkan kawasan ini sebagai pusat pendidikan. Walaubagaimanapun, wujud kebangkitan dari penduduk setempat untuk melawan pihak Kristian yang mengambil kesempatan menyebarkan agama dan doktrin Kristian. Mubaligh Kristian ini kemudiannya lari ke kawasan lembah pergunungan sebagai tempat perlindungan yang bernama lembah Ihlara di mana gereja-gereja kecil dibina dalam gua-gua sekitar (sehingga kini boleh dilihat bukti peninggalannya).
Pada kurun ini juga, empayar Arab menjajah kawasan ini dan mula memberi kesan negatif kepada pengaruh Kristian termasuklah di Anatolia, iaitu dari Armenia sehingga ke Cappadocia. Pada kurun ke 11 selepas Masihi, Cappadocia jatuh ke tangan Seljuk Turks sehinggalah terbinanya Empayar Ottoman di mana Cappadocia telah bertukar nama ke Kapadokya. Namun masih ramai masyarat dunia mengenali kawasan ini dengan nama Cappadocia. (Sebab itulah saya beli fridge magnet dengan perkataan Cappadocia dan Kapadokya...okay bye). Kapadokya juga telah diiktiraf sebagai kawasan UNESCO World Heritage Site pada tahun 1985.
Melawat Pigeon Valley
Sesuai dengan namanya, kawasan destinasi popular pelancongan di Kapadokya ini dinamakan bersempena dengan jumlah rumah burung merpati yang banyak terdapat di sini. Rumah - rumah ini di bentuk daripada formasi batu-batu di sekitar. Terdahulu, burung-burung merpati ini digunakan sebagai pengutus berita (atau penghantar surat - posto-posto!!Sorry kelaut sikit) dan najis burung-burung merpati ini digunakan sebagai baja subur dan juga sebagai bahan letupan. Ketika lawatan hanya terdapat sedikit burung merpati yang kelihatan berkeliaran dan kebanyakkan dibela sebagai binatang kesayangan oleh masyarakat Kapadokya.
Membelakangi Lembah Burung Merpati. Ketika ini memang panas terik.
Ita sempat lagi mencari camera. Ciss!! Abang di belakang yang berbaju biru tu lah Ikurt, pemandu pelancong kami.
Belakang kami ni adalah Blue Evil Eye Tree. Tak tahulah siapa yang beli souvenir bentuk macam mata syaitan ni. Rasanya Ita ada beli!!?? The hanging blue amulets are believed to be used to chase away evil.
Mulanya Kak Mah & Ita tak nak beli topi walaupun cuaca di luar tu panas giler. Selepas diberi tazkirah dengan ayat 'nak beli topi atau nak beli ubat bila demam nanti' baru lah berebut cari topi di kedai berhampiran. Cuba tengok kat belakang tu, sibuk men'try' sakan.
Ha dapat dah?! Kak Mah topi dah macam hiasan padi dah (Roman la kononnya) dan Ita siap ada bling-bling di tepi topi yang akhirnya tercabut. Ita Why Ita, always ha?! Heheh...gurau sendi okay. Jangan marah nanti bertambah umur tu yang sememangnya...opss.. okay bye...
Pigeon Valley ni sememangnya panas gilerrrr.!! Siapa yang tak tahan boleh cuba elakkan untuk berjemur macam kami ni, bimbang boleh pitam.
Sempat jugak menuruni lembah di bawah tu. Tapi tak buat lagi dah. Penat seh.
Belakang saya tu dah macam staff nursery dah..
Rehat dulu sementara Kak Mah & Ita berborak dengan pelancong Malaysia yang kebetulan menyertai rombongan kami ni. Belakang tu 'mata syaitan'. Tengok betul-betul.
Belakang tu jugak adalah kedai di mana Kak Mah & Ita beli topi keramat masing-masing. Hehe...nak tackle Ikurt la tu.
Selfie dulu walaupun tak beli.
Hi!!..Bawah tu kedai cenderahati ..Meh la beli..
Kak Mah enterframe.
Kak Mah dengan newly found style of posing. Tangan mesti dihujung topi. Erk..
Belakang kami adalah Lembah Merpati
Ita pulak enterframe.
Semua tak mo turun...tak kisah nak turun jugak lembah itu..
Ita mana. sibuk ber selfie la tu.
Panas terik melampau sampai semua foto kena pakai cermin mata gelap
Kak Mah mata dah tengok buah delima ...No Kak Mah no!!
Kak Mah & Ita nun jauh di belakang. Tak berani turun la tu?!
Sesekali Nur...subhanallah...
I was here!!!
Melihat pameran dan jualan Onyx
Kami kemudiannya di bawah ke sebuah kedai jualan Onyx (iaitu sejenis batu hiasan yang unik di Kapadokya ini) yang terletak di atas bukit, kira-kira 20 minit perjalanan dari Pigeon Valley. Kami disambut oleh empunya kedai dan kakitangannya yang kemudiannya membawa kami masuk dan memberikan sedikit taklimat. Kedai yang luas ini antara lain menjual barang-barang kemas wanita dan cincin lelaki yang bertatahkan batu Onyx. Terdapat juga aksesori diri dan lain-lain cenderamata.
Goreme' Onyx Jewellery di belakang tu bukan kedai yang kami pergi...kedai di belakang tu opposite Pigeon Valley. Kedai yang kami akan pergi sebentar lagi terletak di atas bukit lagi tinggi. Macam berlagak pun ada ayat ni. Mashaallah.
Lady yang pakai baju hitam tu adalah Suu Ci yang berasal dari Jepun. Dia travel seorang sahaja. Respect!!
Walaupun kami sibuk berselfie namun Kak Mah tekun mendengar taklimat tentang Onyx.
Ler...baru puji Kak Mah, dah hilang fokus...
Batu Onyx
Tak dengar sangat taklimat ni, maklumlah dari kepanasan di Pigeon Valley tadi masuk dalam kedai aircond, memang layan ler sejuknya...
Confuse pulak mana satu orang Jepun..
Style mesti ada walaupun tak beli apa pun hehe..
Ita kat belakang tu siap try shades lagi. Kat mata tu pun dah ada....Ita..Ita...Kahwin je la dengan tokey kedai..opss
Kegilaan semakin menghampiri Kak Mah...Jangan.......
Nice
Semakin ke dalam kedai ni kami masuk.
Ita mesti nak cuba keluarkan sisi makanan celah gigi kan sampai tersembul cam tu bibirnya!!..Chow...
Eh...nak jugak budak Jepun ni.
Usai melawat ke kedai jualan batu Onyx ini, kami dibawa ke Ihlara Valley iaitu perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 9 minit sejauh 83km. Ikurt memberi sedikit taklimat perjalanan dan mencadangkan kami untuk tidur dahulu dan Ikurt akan kejutkan kami apabila tiba kelak. Katanya lagi sepanjang perjalanan tiada apa-apa yang menarik untuk dilihat....Hehe...tapi saya tak tidur dan sempat menikmati pemandangan aktiviti harian penduduk setempat dari dalam bas pelancongan ini. Maybe Ikurt dah biasa. Mana taknya, Ikurt adalah penduduk asal Kapadokya, cuma belajar di Istanbul dalam Ijazah Sarjana Muda Pelancongan. Terbaek Ikurt!!.
Berjalan kaki menelusuri Ihlara Valley
Ihlara Valley adalah lembah yang terletak di tengah -tengah Mount Hasan dan Mount Melendez (iaitu antara gunung berapi di Kapadokya) dengan kedalaman 100m dan terbentuk oleh sungai Melendez beribu tahun dahulu. Sungai ini bermula di Ihlara Valley dan berakhir di Selime Monastery iaitu di perkampungan Selime. Lembah ini mempunyai beratus-ratus gua kecil yang dijadikan gereja decorated with frescoes (lukisan di atas dinding dan siling). Terdapat 4 pintu utama ke Ihlara Valley dan satu daripadanya merupakan laluan yang kami gunakan yang memerlukan kami menuruni sebanyak 300 lebih anak tangga ke lembah tersebut.
Di lembah ini kami akan berjalan kaki sejauh 3km (kata Ikurt lah, tapi rasa macam 10 km) dan laluan pilihan yang lain adalah sejauh 7km. Perjalanan kami menelusuri lembah-lembah dan sungai Melendez yang sejuk lagi jernih disamping melihat frescoes yang dibuat oleh para mubaligh Kristian (sewaktu melarikan diri dan bersembunyi di lembah ini dari askar Ottoman yang hendak membunuh mereka). Perjalanan yang dilakukan ini agak memenatkan mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas namun terdapat banyak pokok-pokok yang dapat memberi teduhan.
Setelah penat berjalan, kami berehat seketika dan saya mengambil kesempatan ini untuk memesan jus buah oren yang diperah segar dengan bayaran TL3 dan duduk berborak dengan pemandu pelancong yang lain. Mereka sangat ramah dan menyenangkan. Kemudiannya Kak Mah & Ita pun memesan jus oren yang sama. Promo skit terus nak. Haha...
Sepanjang perjalanan selepas itu merupakan perjalanan yang sangat menakjubkan. Terdapat kincir air, jambatan kecil dan kami diakhiri dengan makan tengah hari ala smorgasbord (dihidangkan/bufet) di Belisirma (middle of village) iaitu sebuah restoran terbuka yang terletak di pinggir sungai Melendez. Wow...Hebat tu!!
Kami makan tengah hari dengan Kak Mah & Ita memesan menu hidangan berasaskan ikan dan saya pula menu ayam panggang ler. Kami berkongsi meja dengan pelancong Amerika dan India serta dengan penyengat yang berterbangan like nobody's business. Segera kakitangan restoran membawa bakhoor untuk menghalau wasp tersebut. Satu pengalaman yang sangat sarat dengan elemen kenangan. Alhamdulillah.
Perjalanan ke Ihlara Valley
Kawasan perumahan penduduk tempatan
Ada masjid kat hujung tu.
Rumah orang Turki
Menarik
Kawasan parkir van pelancongan
Jom jalan ke Ihlara Valley
Bawah tu adalah lembah Ihlara..jom?!
Ihlara Valley yang terletak di kawasan Aksaray. Kami sampai dah disini. Kat belakang tu adalah penduduk tempatan yang menjual local produce. Juga di sini, mengikut Ikurt (taklimat yang diberikannya dalam bas ketika Kak Mah dan Ita tidur lena) penduduk disini menanam sejenis labu yang buah tersebut dijadikan baja untuk tanaman yang lain. Wow. Sustainable fertilizer.
Kak Mah gaya jalan macam Koboi dah.
Belakang tu Ikurt sedang panggil kami...dengan kod panggilan 'Mata-Mata'..
Pintu masuk ke Lembah Ihlara. Kak Mah kemain ye?!
Jom masuk ke Lembah Ihlara
Aksi topi pegang hujung Kak Mah. Trademark la tuh!
Dengar taklimat dulu sebelum turun 300 anak tangga ke Lembah Ihlara.
Ita pun gaya cam Kak Mah juga.
Dan lagi...
Menuruni tangga yang tinggi.
Stamina Ita...stamina.
Budak kecil pun nak jugak dibawa...
Latarbelakang yang menakjubkan. Ada lagi budak kecik tu?
Ita cari Kak Mah...
Siapakah itu?
Jom masuk ke gereja kecil dalam gua....kawasan bersejarah.
Ikurt pun nak jugak...
Berlatarbelakangkan frescoes yang indah
Fresco 1
Fresco 2
Fresco 3
Pemandangan dari dalam gereja kecil
Fresco 4
Fresco 5. Mengikut Ikurt, ini merupakan lukisan malaikat Jibrail.
Fresco 6
Fresco 7
Mengikut Ikurt lagi di atas sekali adalah Virgin Mary dan di bawah tu adalah Trinity
Selfie di luar gereja
Direction
Selamat datang ke Lembah Ihlara
Sungai Melendez
Menelusuri lembah
Canyon di belakang yang sangat menarik.
Terik...Topi bukan sekadar gaya. Iklan.
Wow!!
Sungai Melendez
Ladang Jagung or Gandum?
Pondok-pondok kecil yang dibina di atas Sungai Melendez iaitu di kawasan kami berhenti untuk berehat seketika.
Jus Oren
Gerai Jus Oren yang menjual jus Oren dan diperah segar.
Ketua pemandu pelancong di Kapadokya. Time selfie terus dia muka serius, masa borak merapu abes. Ciss kena game.
Kincir Air
Di tengah-tengah Sungai Melendez
Gaya jurukamera yang melampau.
Nak jugak gambar kat Sungai Melendez ni. Okay, no problem.
Indah
Ita larat lagi ke?
Macam Indiana Jones pulak.
Makanan celah gigi lagi.
Perkhidmatan menaiki keldai dengan bayaran minima
Kedai souvenir yang di jual di penghujung lembah Ihlara
Manakah antara berikut bukan buah tembikai?
Makan tengah hari di Belisirma
Jom ke restoran Belisirma
jalan cepat sikit..lapar..
Restoran Belisirma yang menyediakan masakan campuran Turki dan western.
Makan di tepian Sungai Melendez
My menu - Grilled Chicken Kebab with Humus
Kak Mah & Ita dengan menu ikan bakar
Restoran Belisirma
Mendaki Lembah Selime Monastery
Perut pun dah kenyang, ayuh kita ke Lembah Selime pulak. Jom!? Lembah Selime merupakan sebuah lembah di penghujung Lembah Ihlara iaitu 28 km dari Aksaray. Lembah Selime ini pernah menjadi rumah bagi orang Hittite, Assyrian, Persian, ROman, Byzantine, Danisment, Seljuk dan Ottoman. Kawasan ini terletak bertentangan dengan Selime Monastery kerana ianya pada masa dahulu dijadikan sebagai rumah ibadat kaum Kristian. Di sini juga terdapat peninggalan rumah-rumah ibadah Kristian yang terbesar di Kapadokya. Terdapat binaan dalam gua yang menyerupai binaan dalaman rumah biasa termasuklah, ruang dapur, tempat istirehat paderi-paderi dan terdapat jugga kandang-kandang keldai.
Lembah Selime ini juga dijadikan pusat pertemuan para mubaligh Kristian dahulu termasuklah majlis mesyuarat ketenteraan.
Walaupun kami semua baru lepas makan tapi memandangkan tempat-tempat sebegini sangat rare, kami daki jua sambil tutup telinga dari mendengar Ita asyik membebel dek perut kenyang panjat bukit. Mujurlah bebelan Ita hanya di kaki bukit sahaja. Else, 'pungai' je ke sebelah jalan.
Kami kemudiannya bertolak menuju ke Derinkuyu Underground. Jom?!
Melawat dan menjelajah Derinkuyu Underground
What? Bandar bawah tanah? Betul okay. Kawasan ini merupakan kawasan yang amat bersejarah di Kapadokya ini. Para pembaca yang ingin mengunjungi Turkey wajib untuk memasukkan lawatan ke Derinkuyu Underground City ini dalam itinerary perjalanan masing-masing. Perjalanan dari Lembah Selime ke kawasan ini adalah sejauh 56 km yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kawasan ini terletak di pekan kecil Derinkuyu iaitu 40 km jaraknya dari Goreme' (30 minit jika menaiki kenderaan).
Terdapat sebanyak 600 pintu luar ke bandar bawah tanah yang sedalam 85 meter ini. Di dalam nya terdapat bilik-bilik, stor simpanan barang, gereja, tempat simpanan arak, tempat simpanan binatang ternakan seperti keldai, lembu,kambing dan kuda, dan juga kawasan tandas..pada ketika dahulu. Dengan bayaran TL25, anda boleh menikmati tamadun bawah tanah ini. Hati-hati kerana, seperti yang dimakumkan oleh Ikurt, walaupun bandar bawah tanah ini mempunyai 7 tingkat dalam, namun hanya tingkat 1 hingga ke 5 sahaja yang dapat digunakan. Ini adalah kerana kedalaman pada tingkat ke 6 dan ke 7 adalah merbahaya dan ditutup dek retakan struktur dindingnya. Memandangkan bandar ini adalah binaan bawah tanah, ianya sangat sejuk dengan sistem pengudaraan yang sangat baik. Terasa bagai ada penyaman udara sejuk yang sedang menghembus masuk ke dalam gua. Juga para pengunjung haruslah bersabar kerana laluan masuk dan keluar ke dalam hanya boleh digunakan pada satu-satu masa sahaja disebabkan faktor laluannya yang sempit.
Settel je aktiviti dalam gua, kami mula keluar dari bandar bawah tanah ini dan sempat lagi membeli-belah termasuklah Kak Mah yang berjaya haggle bagi sebuah lampu Turki berwarna putih yang kemudiannya dijual pada saya kerana nak beli lampu Turki yang lebih besar. Haha!!?
Usai aktiviti di Derinkuyu, kami dibawa ke kedai membeli-belah di Avanos sebelum pulang ke hotel penginapan. Jam di handphone menunjukkan pukul 5 petang. Ayuh bergerak!!??
Kami tiba semula ke hotel penginapan sekitar pukul 6 petang. Walaupun agak letih tetapi kami tetap keluar cari makan di pekan berdekatan untuk bersiar-siar dan dinner.
Perut pun dah kenyang, ayuh kita ke Lembah Selime pulak. Jom!? Lembah Selime merupakan sebuah lembah di penghujung Lembah Ihlara iaitu 28 km dari Aksaray. Lembah Selime ini pernah menjadi rumah bagi orang Hittite, Assyrian, Persian, ROman, Byzantine, Danisment, Seljuk dan Ottoman. Kawasan ini terletak bertentangan dengan Selime Monastery kerana ianya pada masa dahulu dijadikan sebagai rumah ibadat kaum Kristian. Di sini juga terdapat peninggalan rumah-rumah ibadah Kristian yang terbesar di Kapadokya. Terdapat binaan dalam gua yang menyerupai binaan dalaman rumah biasa termasuklah, ruang dapur, tempat istirehat paderi-paderi dan terdapat jugga kandang-kandang keldai.
Lembah Selime ini juga dijadikan pusat pertemuan para mubaligh Kristian dahulu termasuklah majlis mesyuarat ketenteraan.
Walaupun kami semua baru lepas makan tapi memandangkan tempat-tempat sebegini sangat rare, kami daki jua sambil tutup telinga dari mendengar Ita asyik membebel dek perut kenyang panjat bukit. Mujurlah bebelan Ita hanya di kaki bukit sahaja. Else, 'pungai' je ke sebelah jalan.
Lembah Selime. Dari jauh pun boleh nampak lubang-lubang gua yang dibuat rumah dan sebagainya.
Dah sampai ke Selime
Kak Mah ni nak ambil gambar ke nak berteduh. Topi kecik sangat!?
Jom daki?!
Ita bila pegang kamera, bebelan pun berhenti. Pegang lama-lama sikit okay Ita?!
Ada saka pulak mengekori. Tersembul di belakang!?
Jom masuk gua dan naik atas lagi.
Kat bawah tu Kak Mah.
Pelancong India
Pelancong Jepun
Pelancong Amerika
Pelancong Malaysia
Ikurt
Belakang tu adalah pemandangan yang memukau mata
Kak Mah & Ita kat bawah tu. Guys...faktor umur ke? Cepat deh!?
Berlatarbelakangkan lukisan
Kak Mah dengan bisikan hati ' I've made it!'.
Ita tengok siapa tu? Ikurt?
Rumah dalam gua
Ita kepanasan ke? Kami pada ketika ini berada di puncak Selime.
Tangga masuk ke dalam gua
Sejuk dalam ni
Aerial photo
Dah jom turun semua...Ita enough!
Cepat ......
Terbaek!!
Di Penjara 'Cinta'
Lambat naw dieorang ni?!
Pintu masuk Selime
Nah ambik. Koboi Gegurl dah mari!!
Lintas jalan dari Lembah Selime adalah Selime Monestery
Tanah Perkuburan Selime
Lembah Selime dari bawah
Kawasan Selime
Nak jugak?!
Kami kemudiannya bertolak menuju ke Derinkuyu Underground. Jom?!
Melawat dan menjelajah Derinkuyu Underground
What? Bandar bawah tanah? Betul okay. Kawasan ini merupakan kawasan yang amat bersejarah di Kapadokya ini. Para pembaca yang ingin mengunjungi Turkey wajib untuk memasukkan lawatan ke Derinkuyu Underground City ini dalam itinerary perjalanan masing-masing. Perjalanan dari Lembah Selime ke kawasan ini adalah sejauh 56 km yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kawasan ini terletak di pekan kecil Derinkuyu iaitu 40 km jaraknya dari Goreme' (30 minit jika menaiki kenderaan).
Terdapat sebanyak 600 pintu luar ke bandar bawah tanah yang sedalam 85 meter ini. Di dalam nya terdapat bilik-bilik, stor simpanan barang, gereja, tempat simpanan arak, tempat simpanan binatang ternakan seperti keldai, lembu,kambing dan kuda, dan juga kawasan tandas..pada ketika dahulu. Dengan bayaran TL25, anda boleh menikmati tamadun bawah tanah ini. Hati-hati kerana, seperti yang dimakumkan oleh Ikurt, walaupun bandar bawah tanah ini mempunyai 7 tingkat dalam, namun hanya tingkat 1 hingga ke 5 sahaja yang dapat digunakan. Ini adalah kerana kedalaman pada tingkat ke 6 dan ke 7 adalah merbahaya dan ditutup dek retakan struktur dindingnya. Memandangkan bandar ini adalah binaan bawah tanah, ianya sangat sejuk dengan sistem pengudaraan yang sangat baik. Terasa bagai ada penyaman udara sejuk yang sedang menghembus masuk ke dalam gua. Juga para pengunjung haruslah bersabar kerana laluan masuk dan keluar ke dalam hanya boleh digunakan pada satu-satu masa sahaja disebabkan faktor laluannya yang sempit.
Settel je aktiviti dalam gua, kami mula keluar dari bandar bawah tanah ini dan sempat lagi membeli-belah termasuklah Kak Mah yang berjaya haggle bagi sebuah lampu Turki berwarna putih yang kemudiannya dijual pada saya kerana nak beli lampu Turki yang lebih besar. Haha!!?
Usai aktiviti di Derinkuyu, kami dibawa ke kedai membeli-belah di Avanos sebelum pulang ke hotel penginapan. Jam di handphone menunjukkan pukul 5 petang. Ayuh bergerak!!??
Jom ke bawah tanah.
Ini merupakan corong pengudaraan bawah tanah.
Kaunter tiket. Ikurt uruskan.
Kami dah sampai sini. Anda bila lagi?
Tiket
Belakang Tiket
Mulakan langkah masuk dengan Bismillah..
Ita kenapa teruja sangat tu? Nak jumpa kawan lama kat bawah ka?
Ita kena bukak topi sebab sangkut dalam gua.
Bawah tanah
Kenapa Kak Mah senang je melalui lorong-lorong dalam gua ni ha?
Sempat lagi Selfie
Kak Mah terlekat ke macam mana tu?
Sejuk di dalam/bawah ni.
Ini merupakan rubbish chute seperti yang dimaklumkan oleh Ikurt.
Pengudaraan yang bersambung ke laur bandar bawah tanah ini
Terowong gelap
Bukan Cik Ponti tapi pelancong yang sedang melalui laluan sempit
Kak Mah steady je. Err..ader conference ke kat bawah ni Kak Mah?
Ikurt menunjukkan kepada Kak Mah dan Ita rubbish chute
'Mata-mata'...Ikurt dah panggil tu.
Ngeri
Jom keluar
laluan keluar ke atas..
Jom beli apa yang patut di Derinkuyu.
Seterusnya kami menuju pulang ke hotel penginapan di mana perjalanan pulang ini melalui Avanos, iaitu kawasan terletaknya kedai manisan. Wow?! Jom.
Restoran Kitchen
Menu Ita & Kak Mah
My menu
Selepas dinner merayau dulu. Ketika ini badan saya mulai rasa kurang okay dan sedikit demam. Tapi buat tak tahu je sebab nak explore pekan kecil ni punya pasal. Kedai Homemade pottery runs under family business and the owner of the shop's wife named Aisyah. She was very informative and polite. But still cannot escape the skillful haggling power of Kak Mah. Hats down Kak Mah and thanks for the beautiful 'tree of life' plate.
Survey lampu Turki sikit. Memang lawa giler!!?
Ni kedainye!!?
Kami tidak explore habis kedai-kedai yang ada di pekan Kapadokya ni memandangkan kaki masing-masing mulai buat perangai. Lagipun tujuan sebenar keluar juga adalah nak beli selipar Ita katanya hilang. Ok Ita....whatever.
Esok merupakan hari santai dan bersiar-sirar sekitar pekan Kapadokya ini. Malam ini saya demam panas dan badan mulai sakit. Makan ubat ler jawabnye dengan tepek pelekat gel sejuk tu. Apapun kalau sakit-sakit badan lagi terpaksalah cari tukang urut di Turki ni. Mengada tul. Okay...selamat malam. Jumpa lagi esok. Kak Mah & Ita, sleep tight and don't let the bed bugs bite. Ciao....
No comments:
Post a Comment