2 September 2017 merupakan hari di mana kami akan berlepas ke Kayseri. Kali ini kami menggunakan penerbangan domestik Turkish Airlines yang akan berlepas dari Ataturk International Airport pada pukul 12.20 tengah hari.
Memandangkan kami perlu menghantar kereta sewa terlebih dahulu di terminal pelepasan antarabangsa, maka kami check out dari hotel penginapan agak awal iaitu sekitar pukul 8.30 pagi. Usai kereta sewa di handover kepada syarikat pengendali semula, kami meminta bantuan mereka untuk menghantar ke terminal penerbangan domestik yang berdekatan. Alhamdulillah, permintaan kami ditunaikan.
Kami tiba agak awal di terminal penerbangan domestik dengan check in counter ke destinasi Kayseri masih belum buka.
*******
Insiden di baggage security screening
Seperti biasa, Kak Mah and I melepasi tapisan beg dengan jayanya sekali. Namun perkara yang sama tidak berlaku kepada Miss Ita Glam. Hand carry luggage Ita tidak melepasi tapisan dan akhirnya membawa kepada situasi di mana ianya perlu diperiksa secara manual oleh pegawai yang bertugas. Rupanya Ita terlupa mengasingkan vanity kit ke dalam check in luggage sewaktu packing up di hotel sebentar tadi. Ita, again please behave.
Memandangkan kami tidak berkesempatan untuk breakfast di hotel, makanya kami segera mengunjungi restoran makanan segera yang terdapat di lapangan terbang ini sementara menunggu check in counter ke Kayseri dibuka.
Dipendekkan cerita, pesanan Ita tidak sampai dan setelah berulang kali Ita menanyakan pesanan yang dibuat (dah bayar pun), namun petugas di restoran ini gave the 'i don't care attitude'. Though it was very uncalled for and the service was rather bad plus Ita was very sad, we managed to comfort her thanks to our persuasion skills and Ita's visit to the Ladies. Within a jiffy, her travelling mood was up again. Go Ita!!
*******
When the check in counter opened, we were very happy as the counter guy was very friendly. Once we were done with the luggage processing, we headed up to the waiting lobby. I offered Ita some breakfast...and by the time she finished with it, she was energetic and was okay with the whole situation. That a girl!!
We learned that our Turkish Airlines aircraft was situated in a remote parking bay and that a transfer coach will be used to ferry us to the aircraft. That was okay...another experience that I like. The unprecedented ones that makes the whole travelling journey worth remembering and cherished.
Penerbangan ke Kayseri menaiki Turkish legacy airlines ini mengambil masa 1 jam 25 minit. Usai berlepas, kami dihidangkan dengan snek makanan ringan iaitu roti, air mineral dan jus oren. Ita tak sentuh makanan tersebut sebab baru lepas makan. Katanya nak makan di Kapadokya nanti. Ok Ita no problem.
Selepas penerbangan kami mendarat, kawasan baggage reclaim segera dituju. Kak Mah ditugaskan duduk dikerusi diam-diam sambil menjaga beg saya dan Ita, sementara kami berdua pergi mendapatkan '2 ekor anak gajah' kepunyaan Kak Mah dan Ita.
Usai mendapatkan bagasi masing-masing, kami meneruskan perjalanan ke Kapadokya. Untuk makluman pembaca juga, perjalanan ke Kapadokya dari Kayseri Erkilet Airport dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan van pelancong yang sangat besar yang terlebih dahulu ditempah dari Malaysia. Perjalanan kami ke hotel penginapan mengambil masa 1 jam 6 minit dengan jarak lebih kurang 76km iaitu melalui Nevsehir, Avanos (kawasan yang terkenal dengan craft pottery) sebelum tiba di Goreme', Kapadokya. Huhu.
Satu perjalanan yang mengujakan. Ketika dalam van pelancong yang besar tersebut, saya amati terdapat 2 pasangan pelancong yang turut serta. Namun mereka tinggal di hotel penginapan yang lain dan maklumat ini diperolehi sewaktu van pelancong ini menurunkan penumpang ke hotel penginapan masing-masing.
Hotel penginapan kami terletak di atas bukit dan kami merupakan penumpang yang terakhir diturunkan. Setibanya di hotel penginapan yang telah ditempah, kelihatan seorang lelaki berbangsa Turki telah sedia menunggu di pintu gerbang memasuki kawasan hotel. Mustaffa namanya. Mustaffa merupakan saudara Ibrahim Budak iaitu pemilik hotel penginapan kami ini. Beliau sangat ramah dan fasih berbahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, menurut Ita, Mustaffa tak handsome. Ita, beauty is in the eye of the beholder, mind you. Alhamdulillah Mustaffa was very friendly and attentive and help us with the luggage. He then brought us to the hotel lobby for some documentation before assisting us with our accommodation. which was extremely beautiful overseeing the mountains and rock formations pass the local village. Breathtaking!!
Hotel penginapan kami merupakan sebuah bukit yang telah diubahsuai untuk dijadikan rumah peranginan. Ianya terletak di atas bukit. Terdapat tangga di sisi bangunan penginapan kami yang jika dinaiki, akan membawa anda ke atas rooftop sempat juga kami bergambar ketika waktu menjelang senja.
Pada sebelah malamnya, setelah usai solat maghrib, kami segera menuju ke Avanos untuk menyaksikan persembahan kebudayaan Turki sambil menikmati hidangan makan malam ala Turki iaitu di Evranos' A. Persembahan dan hidangan makan malam adalah di dalam gua yang ternyata sangat selesa dan sejuk. Meja makan malam kami telah ditempah terlebih dahulu dengan pelbagai hidangan yang menarik namun tidak menepati selera makanan kami.
Keseluruhan persembahan yang memukau ini bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Sementara menunggu Mustaffa untuk mengambil kami pulang, saya mengambil kesempatan untuk merayau di sekitar kawasan. Kak Mah dan Ita kekal menunggu Mustaffa di hadapan Evranos' A. Suhu ketika ini adalah sekitar 12 Celsius.
Setibanya kami di hotel penginapan, sempat lagi berselfie sakan di beberapa kawasan photo bomb. Though we were spent, but today was a very exciting and productive day. All of us agreed on that. Masih banyak aktiviti yang akan kami lakukan keesokkan harinya. Jumpa lagi esok ya!!
Muka Ita selepas vanity kit kena rampas. Hehe. Kak Mah steady and composed je. Chayook!!
Check in siap!!
Belakang Tiket. Sila rujuk.
FIDS ke Kayseri. 50 minit lagi sebelum penerbangan. Sempat merayau lagi di sekitar airport.
Makin ramai orang di holding area.
Kak Mah & Ita dalam shuttle bus going to the aircraft. Banyak naw beg Ita.
Penerbagan Turkish Airlines yang akan kami naiki sebentar lagi. Semua bawa bersabar ya?
Ita apsal tutup window shades tu? Bukak balik? Kak Mah memang gemar mentelaah ye?
Complementary Turkish Chocolate yang diberikan sempena Hari Raya Kurban di Turki.
Hidangan ringan dalam flight
Tan Sri Mah dah turun. Sarat dengan muatan.
Ita seperti biasa lambat turun. Hati-hati ok?
Kak Mah & Ita cam confident je kat Kayseri ni? Beg tu PWP ke?
Jom ambil beg?
Baggage Reclaim Area
TK 2012
Pemandangan 1: Perjalanan melalui beberapa kawasan di Kayseri
Pemandangan 2
Pemandangan 3
Antara kunci bilik hotel
Queen Size
Shower room
Nak ambik juga!!
Pemandangan dari dalam bilik tembus melalui jendela.
Pemandangan senja dari atas roof top 2
Pemandangan senja di luar bilik
Memang terbaik!!
Pemandangan dari atas roof top. Kalau dapat dilihat di kejauhan sana terdapat bendera Turki berwarna merah. para pembaca juga boleh menaiki puncak di sana untuk mendapatkan pemandangan waktu senja dan waktu matahari terbit yang mengujakan.
Kak Mah dah tak sabar ke Evranos' A la tu sampai tak sepat tengok lensa kamera..
Jom bergerak dapatkan Mustaffa yang akan bawa kita ke Evranos' A
Mustaffa sempat enterframe
Foto sekitar Hotel yang dibuat dari batu-batu bukit
Indah
Walaupun letih tetapi teruja dengan persembahan malam ini. Bukan both of em', tapi dari local people la.
Ok jom pergi ke Avanos
Perjalanan ke Avanos menaiki kereta yang dipandu Mustaffa
Perjalanan yang tidak banyak kenderaan
Dah sampai...
Evranos' A
Laluan memasuki de dalam bukit
Menuju ke kawasan meja hidangan yang telah ditempah
Starters da ready
Berdua boring
Baru berseri. Ita apsal mulut 'Bebeh?'
Menunggu untuk meja dipenuhi sebelum persembahan bermula. Di sini adalah lokasi yang betul-betul berada di tengah-tengah gua.
Tak tahu nama makanan apa but boleh la rasanya tu.
Memang banyak...boleh habiskan ke?
Buah-buahan
Free flow drinks. Mintak je seberapa kerap pun.
Foto dari tempat kami duduk.
Sangat menarik
Kerusi mula dipenuhi
Memang mewah makanannya.
Persembahan Darwish bermula.
Ita, viewcam pun bawak.
Persembahan budaya 1
Persembahan budaya 2
Spinning Lady
Sesi free and easy
Persembahan Budaya 3
My Menu
Menu Ita. Bukan nasi tau. Humus namanya.
Penari budaya
Sempat lagi bergambar dengan penari budaya. Backstage Pass.
Belly Dancer sedang mengajar pelancong dari Jepun cara-cara menari
Nak datang lagi...
Tengah tunggu Mustaffa datang ambil.
Kak Mah sempat lagi berposing usai habis persembahan budaya
Kak Mah lagi?
Ita pun sama? Dah jom balik.
Suasana di hotel penginapan
Suasana di luar bilik
Ole-ole yang sempat dibeli di Avanos tadi.
Hari pun dah lewat malam. Nak tidur dulu. Recharge tenaga untuk aktiviti esok yang lebih power & enthralling. Good Night!!...
No comments:
Post a Comment