Sunday 23 July 2017

TRIP TO SEOUL, KOREA: 1-6 APRIL 2017 - Day 1

Alhamdulillah....Kali ini mari kita melancong ke destinasi pelancongan sebuah negara yang terkenal dengan K-POP nya iaitu Korea. Jangan salah faham, kami hanya pergi ke South Korea dan bukannya North Korea! Anyhow, kami bersetuju untuk memilih Seoul sebagai tumpuan libur dan juga atas permintaan Kak Mah untuk melawat Pulau Nami yang juga terletak di Seoul.

Kali ini, Miss Ita tidak dapat menyertai trip ke Seoul, Korea memandangkan Ita so caught up with her working schedules but .....introducing Mira, the petite yet chicky girl with the world to conquer. Mira decided to follow us just in a few weeks prior to the travel date and both of us were more than happy to have her in our travelling circle. Welcome Mira. Maybe someday Ita and Mira  dapat berjumpa dan melancong bersekali. Btw, trip ni juga dioffer kan kepada my avid traveller Miss Shima  but she was too busy with her HRV car. Maybe next time!!

Perjalanan ke Seoul, Korea bermula di Terminal KLIA 2. Penerbangan kami dijangkakan pada pukul 7.00pagi. Makanya, kami bertiga perlu tiba di terminal seawal pukul 5 pagi memandangkan terdapat keperluan untuk luggage check in dan juga untuk mengelakkan kesesakan di kaunter daftar masuk kelak. Seperti biasa, saya tetap menjadi orang pertama tiba di terminal dan diikuti oleh Kak Mah (agak tersesat jugak mula-mula tiba di terminal) dan seterusnya Mira. 

Walaubagaimanapun, urusan daftar masuk bagasi berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. Kemudiannya kami terus masuk ke boarding lounge/gate sementara menunggu pengumuman boarding seterusnya daripada petugas syarikat penerbangan. 

Untuk makluman jua, makanan ketika penerbangan juga terlebih dahulu ditempah seawal beberapa minggu sebelum hari kejadian. Hal ini dapat menjimatkan kos trip kami. 

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam 20 minit. Boarding time adalah pada pukul 7.00 pagi dan penerbangan bermula pada pukul 8.00 pagi. Kami dijangkakan tiba di Incheon International Airport (ICN)  pada pukul 3.20 petang. Perbezaan waktu di Malaysia dengan di Seoul, korea adalah hanya 1 jam iaitu Seoul lebih awal 1 jam. Tak lah jet lag sangat.


During flight

Alhamdulillah, teruja pula bila pilot mengumumkan penerbangan mula descending dan kami dijangka tiba di ICN awal 20 minit. 

Sampai sahaja di KLIA 2 terus check  maklumat di FIDS

  FIDS: Cuba cari maklumat 08.00 D7 0504 Seoul Incheon T

 Pukul 5.00 pagi pun orang dah ramai

 Tiket penerbangan kami with luggage tag

 Di sebelah hujung Kak Mah adalah Mira. Mata Mira macam bengkak sahaja. Tak biasa bangun tido awal ke?


 Maklumat penerbangan di screen perlu sentiasa di semak bagi memastikan penumpang berada di boarding gate  yang tepat memandangkan KLIA 2 sangat luas and it might takes time to walk between boarding gates should you arrived at the wrong gate.


 Apsal tak pakai baju sejuk tu? Atau memang trend sekarang hanya perlu hug the sweater?!

 Time ni kami mendengar pengumuman boarding. Jom ke Seoul, Korea.

 Selfie dulu sebelum penerbangan bermula. 

 Declaration Card yang perlu diisi oleh semua orang.

 Layan magazines dulu.

 Makanan pun tiba. Sweet and Sour Meatballs with Garlic Rice. Delicious!

 Blur sikit foto disebabkan air turbulance.

Satu kemestian menonton movies to kill the time. Sempat layan 2 movies.



ARRIVAL

Alhamdulillah, kami tiba awal seperti yang diumumkan oleh pilot sebelum ini. Teruja sangat nak explore bumi Seoul nih!! Memandangkan Kak Mah dan Mira duduk secara berasingan, makanya saya perlu menunggu mereka di dalam terminal iaitu berdekatan dengan pintu kapal terbang.

 Landed in Seoul, Korea

 Mira dengan mata masih bengkak. Kompem tido dalam flight.

 Selfie satu atas walkalator. Kak Mah siap block lagi petugas terminal. Beg pink tetap dipegang erat. Gegurl sangat!?


 Selfie lagi. Kak Mah dengan muka crazily confident  di bumi Seoul ini. Terbaek! 

 Kami perlu menaiki train ke terminal utama memandangkan ICN ini merupakan antara lapangan terbesar di dunia.

 Menunggu train tiba

 Selfie dalam train yang sesak dengan passengers

 Diam-diam snap gambar kaunter imigresen Korea. 

 Selesai urusan di kaunter imigresen, kami segera ke baggage reclaim area. 

 Beg Mira yang tercedera iaitu agak dented sedikit. 

 Close up on the dented area. Mira tetap tak mahu pergi buat aduan. Positif sangat mood melancong. Chayok!

 Kami tiba di terminal ketibaan. Ketika ini terdapat orkestra Korea yang sedang memainkan muzik yang sangat mengasyikkan.

 Kami dalam perjalanan menuju ke tempat pertemuan di mana pick up shuttle van menunggu untuk dibawa ke hotel penginapan...yes you heard it..Hotel!! Perkhidmatan ini perlu lah diuruskan terlebih dahulu seminggu awal dari hari perjalanan.

 Tunggu shuttle van. Kak Mah dengan beg yang besar dengan sarung beg bermotifkan peta dunia lagi. Globe trotter la katakan.

 Selfie dalam Shuttle van. Gegurl sangat kat belakang tu.

 Bila lagi nak merasa Korean jadik driver 

 Perjalanan mengambil masa hampir 20 minit ke Hotel penginapan. But don't worry, we were not in a rush.

 GPS yang digunakan untuk detect speed trap and speed limit. 

 Melalui pekan-pekan terancang yang mula dibangunkan.

 Juga melalui kawasan perumahan orang Korea. Parking space di Korea untuk rumah berbentuk apartment  terletak di bawah tanah. Makanya agak sukar untuk melihat kereta-kereta dipakirkan ditepian jalan. 



 Tibanya di Hotel penginapan, kami segera menuju ke kaunter daftar masuk hotel. Petugas disini extremely friendly and attentive. Sopan giler!! Mira dan Kak Mah teruja banget!! Difahamkan hotel ini baru beroperasi 2 minggu. Memang orang sangat sedikit. Tujuan sebenar kami memilih hotel ini kerana tidak mahu terlibat dalam aktiviti mengheret luggage ke sana-sini mencari guesthouse bagai dan juga adalah penting untuk travel in style according to Kak Mah. Tengok muka Mira tu, dah macam tak sabar nak explore.

 Bilik penginapan

 Mira dan Kak Mah menonton TV Korea. Faham ke bahasanya?

 Condiments and Mineral Water. Sebelah tu sweater Mira!! Bawah tu pulak beg tangan gegurl Kak Mah!



 Shower room


 Amenities

 Dapur ajaib Mira

 Air cond yang masih belum boleh digunakan. Sekiranya memerlukan suhu yang sejuk, bukak je tingkap. Suhu diluar adalah 2 darjah Celsius. Haha!

 Bath Robes

 Safety Fire Extinguisher. Mira tahu ke nak guna?

 Jom Kak Mah and  Mira. Kita Merayau di sekitar Hotel.

5 Star - Royal Emporium Hotel located at Eunhasu-ro, Jung-gu, Incheon.

 Menuju ke lif

 Lobi Hotel yang sangat menarik

 Kemas dan elegant

 Black and Bold


 Convenient Store iaitu bersebelahan dengan Hotel penginapan kami. Memandangkan baru dibuka operasinya, Maka kedai ini tidak beroperasi 24 jam. Hanya buka seawal  pukul 6.00 pagi dan tutup pada pukul  2.00 pagi. Kelihatan 2 orang pelancong mengGegurlkan diri sendiri. Boring!!

 Yes.....baru seimbang.

 Memandangkan hari semakin petang dan dengan keletihan disebabkan long flight hours, kami hanya merayau disekitar hotel penginapan sahaja. Walaupun begitu, terdapat banyak tarikan berdekatan seperti dermaga kapal dan taman rekreasi yang mengadap laut. Ternyata indah dan mengagumkan.

 Petugas Convenient store. Sangat friendly. Kak Mah behave.


 Susu kegilaan Kak Mah dan Mira. Pelbagai perisa seperti perisa Epal, Pisang dan Asli.

 Perkhidmatan bas juga disediakan untuk ke lapangan terbang di mana akan kami naiki untuk ke lapangan terbang sebelum menaiki train  menuju ke bandar Seoul. Petugas Hotel banyak membantu kami. Thanks guys. Excellent Service.


 Sampai jugak kami di Korea.


 Sekitar dermaga yang menarik.


 Belakang to adalah public toilet dan dihadapan tu Mira yang ceria semacam usai keluar berlari anak dari public toilet tu. Magis bebenor!!

 Da macam orang Korea dah. #JgnKecam

 Coffee House

 Sunset by the dock . Breathtakingly ours..

 Ceria semacam Mira ni. Belakang tu merupakan feri yang membawa kenderaan dan sedikit penumpang ke pulau di seberang sana.

 Sunset in Seoul. 

 Mengujakan

 Laluan ke perkhidmatan feri



 Memang terbaeklah permandangan di sini.

Sebelum senja, kami segera pulang ke Hotel penginapan untuk berehat sebelum memulakan perjalanan yang penuh dengan aktiviti melancong dan merayau. Jumpa lagi esok. Jom Kak Mah and Mira. Balik...BALIK!!...










No comments:

Post a Comment