Sunday 23 July 2017

THE GREAT ESCAPE: DAY 18-22 Sept 2016: GOLD COAST BACK TO MALAYSIA

G'Day Mate!!

Kami tiba sebelah malam di Gold Coast Australia. Kastam dan Imigresen disini tidaklah seketat di Perth. Lagi mesra pelancong saya fikirkan. Usai urusan imigresen kami segera menaiki teksi ke penginapan kami di pantai Gold Coast iaitu di Surfers Paradise. 

Penginapan 2 hari pertama kami disini agak kurang selesa kerana rumah penginapan kami diuruskan oleh pelajar. Makanya kebersihan dan kekemasan rumah tumpangan adak terabai. Selepas 2 hari disini kami segera berpindah ke rumah penginapan yang jauh lebih baik iaitu bersebelahan dengan pantai Gold Coast namun masih lagi dalam enclave Surfers Paradise. Di sini, kami bertemu Rika dan suaminya yang merupakan tuan rumah penginapan yang kami tempah. Kami tiba di rumah Rika awal iaitu sebelum waktu check in. Makanya kami menunggu di lobi terlebih dahulu. Namun demikian, alhamdulillah rupanya mat salleh yang passing by dan melihat kami lepak di lobi penginapan tersebut merupakan suami Rika. Menyedari akan situasi ini, Rika segera menghubungi saya dan meminta kami terus naik ke rumah penginapanya untuk simpan luggage kami sementara beliau dan suaminya mengemas rumah.

Rika yang berasal dari Jepun sangat sopan dan ramah. Beliau memberikan kunci rumah kepada kami dan memberi pilihan sama ada kami terus masuk ke rumah penginapan dan menunggu beliau dan suaminya mengemas rumah atau keluar bersiar-siar di pantai Surfers' paradise ini. Kami memilih pilihan kedua. Terima kasih Rika.

Surfers Paradise merupakan destinasi pelancongan utama di Gold Coast ini. Terdapat pelbagai tarikan disini termasuklah makanan, street performers, pusat membeli belah dan bermacam-macam lagi. Pada sebelah malamnya kami berpeluang mengunjungi pasar malam di tepi pantai Surfers Paradise. Sungguh mengujakan. Kak Mah sempat lagi membeli cadar tilam yang unik dan menarik.

Keesokkan paginya kami merayau menaiki tram untuk mengunjungi pusat membeli-belah terbesar di Gold Coast dan membeli sedikit makanan. Saksikan beberapa foto yang sempat diambil untuk kenangan dan juga untuk my blog readers


 Cranberries Juice...Yummy

 Mengalahkan Puan Sri Kak Mah nih. Ita pun cam Dato' Vida

Views from the Balcony

 Hiasan dalaman di rumah penginapan. Lengkap dengan Washer & Dryer. Kak Mah & Ita tak habis-habis guna mesin-mesin nih. Boring.

 Dapur rumah Rika

 Living Room

 Tea time at the balcony facing the Gold Coast's sea

 Jom merayau!?

 Tram yang kami guna untuk ke pusat membeli belah terbesar di Gold Coast

 Pusat Beli-Belah

 Segar

 Murah




 Pancake gergasi

 Muka Ita kalau lapar

 Muka Ita jumpa restaurant

 Tunggu order

 Organic mango juice

 Coleslaw ke?

 Chicken Mendy

 Bedal je Ita nih.

 Halal Certificate

 Rumah penginapan kami dari jauh

 Cuba teka tingkat mana satu?

 Entrance ke rumah penginapan

 Kad Tram

 Facing the Gold Coast's sea. What a view!

 Makanan tengah hari. Beli di supermarket WoolWorths and balik masak sendiri. Kuah kacang adalah dibawa dari Malaysia. Thanks Kak Mah.

 Beras balance dari NZ. Style Arab. Makan di atas plastik. 

 Semakin happening waktu malam di GC

 Ripley's

 Merayau ke Gedung membeli-belah

 Disini lah Kak Mah went Amok over ice-cream yang ketika di Dunedin polite sangat. Kembung abes pipi menahan kesedapan ice cream Gellatosimmo

 Amokkan Kak Mah

 Ita apsal 'herot' tu

 Ita main cahaya macam kucing

 Pasar Malam tepi pantai

 Kain yang Kak Mah beli. Memang menarik

 Pilihan corak

 Kak Mah selepas membeli cadar tilam

 Perlu topi ke Ita?

 Kak Mah kurang tido ni...

 Paradise Centre

 Cavill Mall

 Tepon sapa plak?

 Sampai jugak ke Surfers Paradise (Checklist ticked)

 Pantai yang sangat bersih

 Surfers yang siap sedia beraksi di ombak

 Kak Mah & Ita tak layak jadik life guard. Mintak Maaf na!!

 Ita jeling-jeling merapu.

 Life Guard

 Overnya Ita. Mulut masuk pasir pantai ke?


 Priceless

 Priceless lagi

 Amaran

 Countdown to XXI Commonwealth Games: Gold Coast 2018 (#GC2018)

 Ita da macam anak KOALA dah...

 Bank Zaman Koboi

 Entrance Ripley's

 Kak Mah amok lagiiiiiiii

 Max Brenner Chocolate Bar. Famous Chocolatier.


 Polis GC

 HRC GC

 Lunch


Street Performers

 Di GC Airport untuk pulang ke Malaysia

 Beaten up Kak Mah.

 Jom Balik Malaysia

Alhamdulillah pengembaraan kami yang mengambil masa selama 16 hari menjelajah Australia dan NZ sungguh mengujakan dan sesuatu yang sangat ternilai pengalamnya. Kak Mah dan Ita merupakan team traveller yang sangat serasi dan mudahan kita dapat travel lagi bersama-sama menjelajah destinasi dunia yang lain. Ita walaupun gedik but unik. Kak Mah walaupun polite tapi nampak ice cream  terus amok. 

Love you guys....


No comments:

Post a Comment