Wednesday, 10 June 2015

PERJALANAN UMRAH KE 21 - BERANGKAT PULANG: MENUJU KE KING ABDUL AZIZ AIRPORT


Alhamdulillah..syukur kepada Allah Yang Maha Besar  dan berkuasa ke atas segala sesuatu. Jemaah saya telah berjaya menunaikan umrah sebanyak 3 kali. Allahuakhbar.

6 Februari 2015 merupakan tarikh perpisahan 'sementara' (insyaallah) jemaah kami dengan tanah suci dan Masjidil Harem kerana pada hari ini para jemaah akan mula berangkat pulang ke tanah air, Malaysia.  

Ketika melakukan/ usai melakukan tawaf Wida', hati bagaikan direntap oleh rasa penuh kerinduan yang amat disulami dengan perasaan syahdu/sayu kerana mengetahui bahawa 'perpisahan' akan berlaku sebentar lagi.

Saya, Mak, Kak Mah and the sisters memilih melakukan tawaf wida' di lingkaran tawaf bertingkat (tingkat paling atas). Alhamdulillah suasana ketika itu tidak begitu sesak dan ini memudahkan perjalanan ibadah kami semua. 

Usai tawaf wida' para jemaah dinasihatkan oleh mutawif agar tidak kembali ke hotel masing-masing dan bersenang/ tidur. Kebanyakan para jemaah mengambil peluang mengunjungi restoran makanan yang berdekatan dengan Hotel Hilton untuk makan tengah hari kerana pihak hotel tidak lagi menyediakan kemudahan makan tengah hari memandangkan hari ini merupakan hari check out para jemaah dari Hotel Hilton. 

Para jemaah diberitahu oleh mutawif yang bertugas agar menunggu di kawasan lobi Hotel Hilton (pukul 2.30 petang sebelum berangkat bersama-sama menunggu di stesen bas bawah tanah kota Mekah yang kemudiannya para jemaah akan di bawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz yang terletak di Jeddah.

Waktu penerbangan pulang para jemaah adalah sekitar pukul 11.25 pm waktu Saudi Arabia (6 Februari) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada pukul 1 petang (7 Februari). Sekali lagi para jemaah akan menggunakan perkhidmatan penerbangan pulang bersama Saudi Airlines.

Perjalanan dari Kota Mecca ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Ustaz Khairullah juga mengedarkan tiket penerbangan para jemaah di dalam bas dengan bantuan jemaah lelaki yang juga merupakan jemaah di dalam bilik penginapan saya sewaktu di Medina dan Mecca. Beliau merupakan pelajar tahfiz dari Universiti di Yamen yang berasal dari negeri Kelantan (datang dengan ibu dan adik-adiknya). Ustaz Khairullah juga memberi maklumat bahawa beliau telah melabelkan (nama jemaah) semua air zam-zam 5 liter untuk para jemaah  yang akan di check-in bersekali dan boleh di ambil di baggage carousel setibanya di KLIA.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, para jemaah diberikan makanan iaitu berupa bungkusan Nasi Ayam (Indonesian style which is delicious, alhamdulillah) dan air mineral. Surprisingly, makanan ini dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam holding lounge melalui security checks and immigration counter

Ruang menunggu di dalam bagi para jemaah sebelum berlepas adalah luas, selesa dan lengkap dengan kemudahan seperti tandas, kawasan untuk solat bagi jemaah lelaki dan wanita, restoran makanan dan juga kedai menjual cenderahati seperti chocolates, sweets, memorabilia and many more. Namun kawasan khas mengambil wuduk tidak disediakan. Para jemaah hanya mengambil wuduk di dalam tandas.

Terdapat sedikit kekeliruan ketika para jemaah hendak berlepas kerana pintu perlepasan yang dimaklumkan melalui public announcement system tidak sama dengan pintu pelepasan yang dibuka. Terjadilah senario di mana terdapat 2 barisan menunggu di pintu masing-masing. Walaubagaimanapun, akhirnya masalah ini dapat diselesaikan dengan pihak penerbangan membuka pintu tambahan dan para jemaah dibawa ke kapal terbang dengan menggunakan shuttle bus yang besar (tetapi sedikit kawasan tempat duduk). Kapal Terbang di parking di remote bay iaitu tidak menggunakan aerobridge tetapi menggunakan mobile staircase yang lebar dan dilengkapi dengan cahaya lampu. Alhamdulillah, hal ini banyak membantu para jemaah terutama yang membawa barang dan juga yang mengalami masalah rabun malam.

Setibanya di dalam perut kapal terbang, saya ditempatkan di seat yang paling depan sekali di dalam kelas ekonomi. Memandangkan para jemaah dibenarkan untuk menukarkan seat mengikut keselesaan untuk bersama anggota keluarga masing-masing, maka saya berunding dengan jemaah yang duduk disebelah saya dan alhamdulillah berjaya menempatkan Mak saya dan Kak Jem bersekali di dalam seat rows yang sama manakala jemaah tersebut tadi bersama isterinya juga di seat paling hadapan di sebelah hujung kiri.

Seperti biasa, inflight service yang diberikan sepanjang penerbangan Saudi Arabia ini amat memuaskan.

Para jemaah tiba di KLIA pada pukul 1 petang iaitu bersamaan 7 Februari 2015. Setelah melepasi pemeriksaan imigresen, mengambil bagasi dan air zam-zam masing-masing, serta melepasi pemeriksaan kastam, saya dan Mak berpisah dengan Kak Mah, Kak Naha dan Kak Jem. Saya dan Mak akan meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang dengan mengambil penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 4 lebih petang manakala yang lainnya tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan  pulang dengan menggunakan perkhidmatan teksi.

Alhamdulillah, pada pukul 5 lebih petang, saya dan Mak selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan disambut oleh anggota keluarga yang telah menunggu di lapangan terbang ini. 

Di sini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu jemaah saya sepanjang perjalanan ibadah suci ini. Sumbangan yang diberikan amatlah dihargai dan semoga kita bertemu semula terutamanya di tanah suci, insyaallah. Saya juga ingin memohon maaf di atas kekhilafan diri dan juga penulisan perjalanan ibadah umrah ini seandainya ada.

Akhir sekali, setinggi-tinggi peghargaan kepada Kak Mah, Kak Naha dan Kak Jem kerana banyak membantu saya terutama assisting Mak saya sepanjang 'perjalanan' ini. Insyaallah, doa saya sentiasa bersama kalian. By the way, I just got to know (about last month or so) that Kak Jem had given my mom a beautiful black head scarf that she often wears on almost every outdoor occasions.  Syukran dan terima kasih. TAMAT.


Mula bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz

Perjalanan pulang

Perjalanan pulang

Perjalanan pulang

Tiket kapal terbang Saudi Airlines

Suasana di dalam bas, kebanyakkan para jemaah mengambil kesempatan untuk merehatkan badan

Kak Mah dan Kak Naha menikmati perjalanan pulang dengan melihat pemandangan luar bumi Saudi Arabia

Kawasan perumahan 

Kilang

Kilang 

Bangunan Hijau ni mungkin rumah pangsa

Lagi kawasan perumahan

Kawasan perumahan

Taman permainan di kawasan perumahan

Bandar kecil

Poliklinik

Gym

Deretan Kedai

Stesen Minyak

Deretan Kedai

Deretan Kedai

Bangunan Indah

Mendekati lapangan terbang

Airport eateries

Pizza; harga SAR17 per slice. Ambik bau je...

Suasana di kaunter daftar masuk dan kawasan menunggu

Kaunter daftar masuk

Mak dan Kak Mah sedang menunggu makanan di sekitar kawasan menunggu sebelum masuk ke holding lounge

Information Counter, a bit unfriendly though

Sebaik sahaja melepasi pemeriksaan imigresen dan seterusnya sekuriti, para jemaah akan melalui kedai cenderahati sebelum tiba di holding lounge

Tempat menunggu di holding lounge

Kawasan solat lelaki

Para penumpang 

Nasi Ayam Indonesian style

Kak Mah, Mak, dan Kak Jem serta hujung sekali Kak Naha

Kawasan solat Lelaki

Pintu pelepasan

Penumpang kecil

Kedai Cenderahati

Cenderahati

Flight Information Display System

Kawasan solat wanita

Pandangan dari luar kawasan solat lelaki

Solat berjemaah


No comments:

Post a Comment