Wednesday, 27 May 2015

PERJALANAN UMRAH 20 - HARI - HARI TERAKHIR DI KOTA MECCA

Subhanallah.....sesungguhnya masa adalah milik Allah SWT. Terasa seolah-olah baru sahaja tiba di Kota Mecca ini. Kini jemaah kami meniti hari-hari terakhir sebelum berangkat pulang. Alhamdulillah, saya, Mak, Kak Mah and the sisters mengambil kesempatan akan kesuntukan masa tersebut dengan melipat gandakan lagi ibadah-ibadah wajib dan sunat sepanjang berada di kota suci ini. Setiap masa diisi dengan pelbagai aktiviti agar beroleh 'bekal' untuk ke 'sana' kelak. Hanya seketika saja melelapkan mata dek keletihan yang amat. Segalanya untukMu ya Allah Ya Rabb.

Alhamdulillah, Kak Mah dan Kak Naha diberikan rezeki yang besar oleh Allah SWT untuk memasuki kawasan Hijr Ismail untuk bersolat sunat 2 rakaat dan bermunajat (mendekati Allah SWT secara rahsia dengan berdoa). Sebaik sahaja Kak Mah mengkhabarkan berita gembira ini pada saya, tiada ungkapan lain yg terdetik berulang kali di dalam benak hati saya melainkan kalimah Subhanallah...Allahuakhbar...Alhamdulillah. Sememangnya sukar untuk memasuki kawasan Hijr Ismail tersebut kerana kawasannya yang agak kecil dengan bilangan jemaah yang beratusan ribu banyaknya cuba memasuki kawasan ini. Ini lah rezeki Kak Mah dan Kak Naha. Ini lah takdir. Inilah bukti bahawa Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Teringat lagi saya pada hari-hari terakhir di kota suci ini, di mana kasut saya dan kasut Kak Jem telah hilang walaupun telah diisi di dalam uncang plastik yang disediakan oleh pihak pentadbir Masjidil Harem, dan diletakkan di tempat letak kasuk yang telah disediakan. Kasut Mak, Kak Mah, dan Kak Naha tidak hilang. Sebaik sahaja usai mengerjakan ibadah Umrah wajib, saya bergerak terlebih dahulu bersama Mak saya dan mendekati kawasan tempat letak kasut. Setelah mencari hampir 10 minit, saya declare dan redha yang kasut saya tidak boleh ditemui lagi. Seterusnya saya (bare foot) dan Mak terus ke kedai berdekatan namun kebanyakkan telah tutup memandangkan jam telah menunjukkan hampir pukul 1.20 pagi (waktu Medina).

Keesokan paginya, sekali lagi bersama Mak saya, kami pergi mencari kasut di kedai di bahagian bawah kompleks membeli-beli berdekatan iaitu Abraj Al Baik Shopping Complex. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah SWT dan saya beroleh kasut selipar baru dengan harga SAR5. Syukur alhamdulillah dan terima kasih pada Mak yang sudi menemani saya.

Pasti ada para pembaca blog ini tertanya akan tahap kesihatan para jemaah saya pada kali ini. Alhamdulillah kesemuanya beroleh kenikmatan kesihatan dariNya. Sakit seperti demam, batuk, dan sakit kaki adalah perkara biasa yang dengan pada kadar segera disembuhkan oleh Allah SWT untuk terus menghambakan diri kepadaNya.

Tips: sebulan sebelum berangkat pergi ke tanah suci, para jemaah dinasihati melakukan aktitivi seperti berjalan kaki atau berjogging, mengambil supplements seperti vitamin C dan Kalsium dll lagi. 

Berikut adalah kenangan yang sempat di ambil sepanjang hari-hari terakhir di kota suci ini.


 Ubat sapu yang berharga hampir SAR100. Kak Jem akan selalu membeli ubat ini bila tiba di kota suci Mecca kerana ianya tiada dijual di Malaysia. Alhamdulillah, selepas disapu di kaki, kesakitan pun lega. Saya sempat juga membeli untuk Mak saya, hasil marketing Kak Jem.:)

Kasut baru yang dibeli dengan harga SAR5 bagi menggantikan kasut saya yang hilang

Suasana di bawah lingkaran tawaf bertingkat iaitu berhadapan dengan Kaabah

Antara gambar yang sempat diambil sebelum saya mengerjakan tawaf sunat

Kaabah semakin hampir

Gambar yang sempat diambil sebelum menjatuhkan niat tawaf sunat.

Lampu yang berada di Hijr Ismail. Close up. Diambil usai tawaf sunat.

Pancur Emas

Kawasan di dalam Hijr Ismail yang sentiasa penuh sesak dengan para jemaah

Bagi mereka yang berhajat memasuki kawasan Hijr Ismail dan bersolat sunat serta bermunajat saya doakan agar dipermudahkan. Insyaallah.

Makan Nabi Ibrahim

Usai tawaf sunat saya segera mencari saf untuk menantikan solat fardhu Zohor

Para jemaah yang semakin ramai mengelilingi Baitullah

Kawasan tawaf (bahagian bawah) menjadi semakin kecil kerana semakin ramai jemaah yang usai tawaf mereka dan segera mencari saf untuk bersolat fardhu kelak

Ibadah tawaf

Ini merupakan antara camera video yang digunakan untuk memancarkan siaran langsung dari Masjidil Harem

Gambar diambil dari lokasi saf saya

Lagi gambar diambil dari lokasi saf saya

Kemudahan escalator

Keadaan di dalam restoran Al Etlalah yang semakin dipenuhi oleh jemaah yang baru tiba di kota suci Mecca ini

Influx of both pilgrims from Malaysia and Indonesia

Kawasan di dalam restoran Al Etlalah

Pemandangan dari luar Hotel Hilton iaitu tempat penginapan jemaah kami

Hilton Hotel

Lagi pemandangan Hilton Hotel

Masjidil Harem yang berdekatan dengan Hilton hotel iaitu kurang dari 50 meter

King Fahd door; merupakan laluan jemaah ke dalam Masjidil harem

ke King Fahd door

View dari atas kawasan Saie'

Projek pembesaran Masjidil Harem yang giat dijalankan

Masih dalam proses pembesaran masjid

Air Zam Zam ang disediakan secara percuma di dalam kawasan Masjidil Harem

Information Counter yang terletak di dalam Masjidil Harem iaitu berdekatan pintu masuk King Fahd

Mak, Kak Mah dan Kak Naha usai ibadah Umrah sunat. Gambar bukan blur tetapi kerana habuk dari kawasan pembinaan projek pembesaran Masjidil Harem

Pemandangan waktu malam bangunan kompleks membeli belah Abraj Al Baik dan juga hotel-hotel termasuklah hotel Pullman, Hajar Tower, Zam Zam Tower, dan lain-lain lagi

Suasana malam di sekitar luar Masjidil Harem

Rumah Allah SWT sentiasa dikunjungi setiap masa. Alhamdulillah.

Lingkaran tawaf bertingkat yang dibina sementara dan akan dirobohkan usai projek pembesaran Masjidil Harem

Hilton Hotel yang mempunyai lebih dari 6 towers

Kawasan saie'

Bilik di Hotel Hilton iaitu di tingkat 6. Didiami oleh jemaah dari negara Indonesia.

No comments:

Post a Comment