Friday, 1 May 2015

PERJALANAN UMRAH 18 - AL ETLALAH RESTAURANT

Bagi para jemaah yang memilih Pakej Umrah Hilton Andalusia, pihak Andalusia menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di Al Etlalah Restaurant. Restoran ini terletak bersebelahan tower tempat penginapan para jemaah, namun ianya masih lagi berada di dalam bangunan hotel Hilton.

Berikut merupakan jadual waktu makan di restoran ini:

Breakfast :6.00 AM - 9.30 AM
Lunch      : 1.00 PM - 3.00 PM
Dinner    : 7.00 PM - 10.30 PM


Peringatan: Menjadi peraturan Kerajaan Saudi Arabia, bahawa kesemua premis perniagaan dan makanan perlu menutup premis masing-masing menjelang waktu solat fardhu 5 waktu, termasuklah menutup lampu premis. Adalah menjadi perkara biasa sekiranya jemaah sedang menjamu selera di restoran ini, lampu restoran dimatikan secara tiba-tiba dan pintu ditutup, dan para jemaah diusher keluar bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan juga menghormati waktu solat fardhu.


Seperti juga menu masakan yang terdapat di Hotel Mubarak Silver, Al Etlalah Restaurant di Hilton Hotel  ini juga menggunakan perkhidmatan tukang masak Indonesia, maka menu makanannya juga berorientasikan masakan Indonesia. Namun di sini masakannya lebih baik dari segi rasa, persembahan, dan pilihan makanan

Al Etlalah Restaurant 

Jadual waktu makanan

Pintu masuk Al Etlalah Restaurant 

Ruang makanan Al Etlalah Restaurant 

Salad Table

Menu masakan berorientasikan masakan Indonesia

Pelbagai pilihan jenis roti

Cereal Bar

Pilihan makanan saya untuk  Breakfast

Jemaah kami menamakan meja ini sebagai The View sebab bangunan Masjidil Harem terus dapat dilihat dari dalam Al Etlalah Restaurant ini

Laluan masuk Al Etlalah Restaurant 

Dinner

Menu dinner bagi jemaah kami. Air jus mangga telah menjadi kewajiban bagi setiap waktu hidangan sama ada untuk breakfast, lunch, or even dinner. Mashaallah, sunggup menyelerakan air mangga ini.

The View. Breathtaking!! Subhanallah

Dalam gambar kelihatan Mak, Kak Mah and Kak Naha sedang menjamu dinner masing- masing. Air warna merah tu air jus Delima. Mashaallah.

The View. Breakfast after Subuh Prayer

No comments:

Post a Comment