Tuesday, 12 March 2019

The Great Escape: Cappadocia-Turkey & Tromso-Norway 3





Alhamdulillah dan syukur ke hadrat allah s.w.t....usai solat subuh, kami disajikan pemandangan yang terindah iaitu tarian 'si kunang-kunang' di langit Cappadocia. Subhanallah, sangat memukau dan menakjubkan.  Gambar di atas sengaja diletakkan pada permulaan posting ini untuk bersama-sama berkongsi pemandangan epic ini dengan para pembaca sekalian. Kami menghabiskan masa lebih dari 1 jam berada di atas rooftop penginapan untuk merakamkan kenangan yang sangat berharga. Kak Mah dan Shimah sangat teruja dan seperti biasa, saya melantik diri sendiri menjadi jurufoto profesional antarabangsa terkemuka (sought after) demi kepentingan rakan traveller yang ternyata busy and occupied mencuri gambar-gambar candid dan  berselfie demi Insta-worthy picture-gram...Peace!! Kak Mah sempat bereksperimentasi dengan pelbagai gaya kreatif nan tersendiri dek teruja dengan keindahan bumi Cappadocia tatkala menyambut kedatangan mentari pagi.

Untuk makluman pembaca semua, hari ini kami merancang untuk DIY ke pekan Derinkuyu menaiki bas. Derinkuyu merupakan pekan kecil yang mempunyai hidden gems tersendiri iaitu tamadun kota bawah tanah. Sekiranya pembaca semua berkesempatan tiba di Derinkuyu, sudah pasti lawatan ke kota bawah tanah ini menjadi satu kewajiban traveller yang tidak menghampakan. Untuk info tambahan, sila rujuk posting saya terdahulu berkaitan Derinkuyu. 

Ketika berada di kota bawah tanah tersebut, kami sempat juga berselfie sakan walaupun suasana agak kelam dengan pencahayaan yang minima. Suhu di bawah tanah ini sangat sejuk dengan pengudaraan asli bertaraf 5 bintang. Sangat selesa dan tenang.  

Usai lawatan tersebut, kami terus keluar dari kota bawah tanah dan seterusnya mengunjungi kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual cenderamata di kawasan sekitar. Memang ternyata barangan cenderamata yang dijual di sini sangat murah...diulangi sangat MURAH!!. Makanya, jika pembaca berjaya tiba disini, memang WAJIB mendapatkan cenderamata yang menawarkan harga yang amat rock bottom. 

Seterusnya kami terus menuju ke kawasan stesen bas untuk pulang ke Cappadocia yang terletak di Goreme. Sebelum itu, sempat juga kami singgah di gerai-gerai menjual minuman dan makanan bagi merasai air jus buah oren yang diperah segar di depan mata kami. Sungguh sedap dan wow!!. Kak Mah dalam sekelip mata pantas berfoto dengan makcik yang menjual makanan ala-ala murtabak turkey sambil berselfie. Agak enak dan berpatutan harganya sesuai dengan saiz makanan yang agak besar. Sementara menunggu bas tiba, kami menjamah murtabak Turkey dan mempelawa penumpang berketurunan turkey untuk turut merasai makanan kami sebelum kami menaiki bas pulang ke tempat penginapan.

Pada sebelah malamnya, kami turun semula ke pekan Cappadocia bagi merasai suasana malam di pekan kecil ini di samping survey lampu-lampu turkey yang sememangnya sarat dengan hasil seni yang bermutu tinggi. Kak Mah dan Shimah dengar cerita berhajat untuk menjadikannya koleksi deco di rumah masing-masing. Kami pulang ke kawasan penginapan dalam pukul 11 malam dengan penuh kepuasan pencapaian eksplorasi hari ini dan dengan penuh pengharapan agar keesokkan harinya lebih ceria dan penuh excitement. Insyaallah...

Kak Mah was really in the zone with her newly bought Poncho

Picture perfect...thanks to yours truly Mr. Photographer

Kak Mah was enjoying her drink basking in the glory of Cappadocia's atmosphere

Almost perfect momento minus the unique baby hand

The solemness of this picture gives eclectic melancholy experiences whenever you put your eyes on it

Dua orang kat belakang tu macam Duta Avanos dah

Pekan kecil Derinkuyu

Jom masuk ke kota bawah tanah...Derinkuyu Underground City

Laa posing lagi...jom...jom masuk

Love it!!

Dah keluar dari kota bawah tanah

Dah keluar dari kota bawah tanah...haus la pulak?!!

Air yoghurt macam boleh hilang dahaga but tak berani nak cuba....

Jus oren segar

Kak Mah belajar buat murtabak Turkey ke?

Kemain makcik ni beraksi

Dah hampir masak

Kita makan dulu

Ekspedisi mencari lampu Turkey bermula...

No comments:

Post a Comment