Sunday, 4 June 2017

THE GREAT ESCAPE: DAY 8-12: DUNEDINE - ITA WONKA & THE CHOCOLATE FACTORY

Alhamdulillah, we managed to make extremely full use during our stay in Dunedin. Kali ini saya akan menceritakan beberapa lokasi menarik yang wajib dilawati sekiranya anda semua berkesempatan melawati bandar kecil yang bernama Dunedin ini. Seperti tajuk posting entry kali ini, kami sempat berkunjung ke kilang coklat Cadbury di Dunedin ini. Ianya terletak ditengah-tengah bandar kecil Dunedin di jalan Cumberland Street iaitu bertentangan dengan Countdown Hypermarket. Dengan nama World of Cadbury: Chocolate-centric Exhibit & a Cafe', ianya sememangnya menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan dengan sedikit bayaran, pengunjung dapat menikmati lawatan ke kilang di dalam bangunan Cadbury World ini. Sukacita diingatkan, Cadbury World ini mempunyai 3 bahagian di dalamnya iaitu bahagian jualan coklat dan cenderamata, bahagian kilang (paid tour), dan bahagian Cafe'. Bagi yang beragama Islam, anda dinasihatkan untuk membaca label ingredients yang tertera pada coklat sebelum membelinya kerana dikhuatiri mengandungi ramuan yang tidak halal. Walaubagaimanapun, anda boleh juga pada bila-bila masa mendekati mana-mana petugas Cadbury World untuk menyemak ramuan coklat bagi memastikan ke Halalan Toyyiba nya. Insyaallah.

Seperti biasa, insan yang paling teruja dengan coklat adalah kak Mah dengan Ita lah. But I must say that Ita was like a kid in a candy store (Chocolate store in this case). Her face was gleaming with joy and Kak Mah within a minute entering the store...rushed towards the Chocolate Bars section and the rest was history. Huhu.


 Kebetulan selepas parking kereta di countdown parking lot, kami terjumpa orang Malaysia yang sudah 3 tahun menetap di Dunedin. Beliau bertugas sebagai Dr. gigi di Otago University. Malaysia Boleh. Kak Mah bila nak migrate dan buka kedai pastries di Dunedin?


 Bertentangan dengan Countdown Hypermarket adalah Cadbury World. Jom, singgah!

 Lot kedai Cadbury World 208

 Teruja dan tersampuk. Sampai juga kami disini. Alhamdulillah.

 Pintu utama Cadbury World. Belakang terdapat beberapa signage yang antara lain tertera Cadbury World 's website address. Sila lawati okay.

 Cadbury bunny yang Ita tak sabar untuk berselfie. Ita behave!

 Kak Mah was flaunting her gold bars. Meniaga pastries pun boleh jadi hartawan yang makan di pinggan, minum di cawan.

 A moment of solemn before Kak Mah went amok over chocolate.

 Ita sedang pegang Lip Balm made from chocolate. By the way, lip balm is a must for anybody who wish to travel to Dunedin in September.

 Kalau perhatikan betul-betul, Terdapat milk soft candies iaitu  Milk Bottles yang memang saya teruja nak beli tetapi setelah semakan dibuat, ianya tidak Halal. :(

 "Leave me alone with my chocolate", this is the part where Kak Mah had her conversation with chocolate.

 Terjumpa pelancong Malaysia dari Johor. Selfie jugak jawabnya!

 Kak Mah cakap, lain kali kalau datang di Cadbury World, dia nak beli purple sweater kat belakang tu. Well me too okay. Ita macam mana? Tak boring ke dengan sweater beige tu?

Janji Kak Mah.

 Terjumpa pelancong Malaysia dari Pulau Pinang yang datang dengan husband.  Difahamkan dalam honeymoon mode

 Inilah Fiona of Cadbury World. Dia banyak membantu dalam menyemak kehalalan coklat yang kak Mah nak beli. Terima kasih Fiona!

 Arrays of temptations.

 Kak Mah dengan hasil 'buruan'.




No comments:

Post a Comment