Sunday, 4 June 2017

THE GREAT ESCAPE: DAY 8-12: DUNEDIN RAILWAYS

Selain daripada melawati Cadbury World, kami juga berkesempatan melawat satu daripada tempat bersejarah di bandar kecil Dunedin ini iaitu Dunedin Railway Station yang direka bentuk oleh arkitek bernama George Troup dan merupakan stesen keretapi yang ke 4 di sini. Kerana stesen keretapi ini lah, arkitek nya diberikan jolokan nama Gingerbread George. Stesen keretapi ini dibina pada tahun 1906 iaitu sudah berusia 111 tahun ini. Binaan stesen ini sungguh menakjubkan dengan sentuhan rekabentuk dalaman yang amat mengujakan hasil sentuhan senibina dan rekabentuk English. Di dalam bangunan stesen keretapi ini terdapat beberapa tingkat yang setiap satunya dengan tarikan tersendiri. Ketika kami berkunjung ke sana, terdapat pameran hasil lukisan dan hasil seni murid-murid sekolah rendah dan menengah sekitar Dunedin yang dijual pada harga yang amat berpatutan. Pameran ini adalah anjuran Otago Art Society Inc. yang ditubuhkan sejak 1876 iaitu kini telah berusia 141 tahun. Subhanallah. Kamera tidak dibenarkan dalam kawasan pameran dan jualan ini. Sorry folks. Selain daripada itu, terdapat perpustakaan, kafeteria, dan bermacam-macam lagi tarikan disini. Tidak keterlaluan sekiranya saya menggambarkan pengalaman berkunjung ke stesen keretapi Dunedin ini merupakan sesuatu yang sangat priceless dan tidak lengkap percutian anda ke Dunedin jika tidak berkunjung ke sini. Untuk makluman lanjut berkaitan stesen keretapi ini, anda boleh melawati alamat website ini: https://nzhistory.govt.nz/media/photo/dunedin-railway-station-0

Senibina Dunedin Railway Station yang indah. Macam kat KL pun ada jugak.

 Kami disambut oleh taman bunga di hadapan Dunedin Railway Station yang baru berkembang setiba nya kami disini.

 Priceless.

 One of the doorways to the Railway Station.

 Entrance to the Dunedin Railway Station.

Dunedin Railway Station ini dibuka setiap hari walaupun pada cuti umum iaitu dari pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

 Kak Mah sempat melontarkan idea untuk bergambar dengan local Dunedin people. Gambar ini di ambil di atas jambatan landasan keretapi. 

 Dunedin Railway Station. Enough said.

 Rekabentuk dalaman yang sangat mengujakan.

 1. Monumen keretapi yang dipamerkan disini.

 Priceless.

 2. Monumen keretapi yang dipamerkan disini.

 Jom berkunjung ke sini. Pengalaman yang sungguh mengujakan.

 Menunggu keretapi di Dunedin Railway Station ke?

Erk Kak Mah, bukan macam tu menahan keretapi. Kena beli tiket dulu!

 Jom naik tangga ke pameran lukisan dan hasil seni.

 Laluan ke Sport Hall of Fame di Dunedin Railway Station.
 Sport Hall of Fame. Anda akan dikenakan bayaran tiket untuk memasuki kawasan ini.

 Rekabentuk cermin bangunan yang indah.

 Setelah penat merayau sekitar Dunedin Railway Station ini, barulah Ita join kami untuk berselfie. Bebas sangat Ita ni!

Ita bersukan ke?

No comments:

Post a Comment