Sunday 3 December 2017

THE GREAT ESCAPE: TURKEYE - DAY 3

Keesokkan paginya, yours truly bangun awal sebab waktu solat subuh masuk pada pukul 4.55 pagi. Cuba dengar bunyi kalau-kalau ada di bilik sebelah. Sunyi je? Kak mah & Ita x bangun lagi ke? Pada ketika ini suhu diluar agak sejuk iaitu sekitar 16 Celsius. 

Sempat juga ambil beberapa gambar waktu pagi dari hotel balcony. Memang sungguh cantik pemandangan matahari terbit.

Seterusnya, pagi itu kami berkumpul di luar bilik hotel dan turun ke lobi serta bertanyakan kepada pegawai resepsi akan convenience store  dan kedai makan yang berdekatan. Selepas mendapatkan beberapa barangan keperluan termasuklah air dan roti, kami segera memandu ke Blue Mosque dan Aya Sophia. Kami parkir kereta di sebelah kaki bukit berhampiran lebuhraya pesisir pantai Istanbul. Kemudiannya kami berjalan kaki menaiki bukit untuk tiba ke destinasi tujuan. Sepanjang perjalanan ini, kami sempat menikmati kawasan perumahan penduduk Turkeye yang kebanyakkan rumah mereka di convert kepada guesthouses, restaurants, convenience shops, souvenir shops, dan bermacam-macam lagi. 

Setibanya di atas, kami melawat Aya Sophia dan Blue Mosque yang sedang menjalani pemuliharaan secara berperingkat. Taman di antara kedua-dua binaan gergasi ini sangat cantik dan dipenuhi dengan para pelancong serta penduduk setempat yang tidak balik beraya Korban di kampung mereka.

Setelah penat melawat kawasan sekitar, Kak Mah memberikan idea untuk naik Bosphorus Cruise. Dengan kepakaran haggling Kak Mah, kami berjaya mendapatkan tiket Bosphorus Cruise pada kadar yang lebih murah dari kebiasaan. Sementara menunggu 1 jam menaiki cruise tersebut, kami bersetuju untuk makan tengah hari terlebih dahulu agar atas cruise  nanti baru benar-benar makan angin. Huhu!!

Kemudiannya, kami dan para pelancong yang lain dibawa menuruni bukit (laluan dakian kami sebentar tadi) oleh pemandu pelancong ke dermaga di mana cruise menunggu. Sampai di dermaga tersebut, kami pula yang tunggu cruise. Hahah.

Di atas cruise tersebut kami dibawa melalui selat asia dan eropah iaitu antara tarikan di Istanbul ini. Perjalanan cruise ini dipandu dengan maklumat yang diberikan oleh pemandu pelancong berbahasa Inggeris.

Alhamdulillah, perjalanan kami hari ini sangat santai namun kami berjaya melawat beberapa kawasan yang diidamkan selama ini.

 Pandangan dari atas bilik hotel. Restoran makanan tempatan.

 Kelihatan juga penduduk tempatan keluar bekerja di hening pagi.

Pemandangan epic. Speechless..Lihat tingkap dibawah...sengaja dimasukkan sekali untuk lebih sentuhan 'tempatan'.

Pegawai resepsi hotel. Ita mcm ada taman dalam hati. Bye.

Rileks dulu sebelum kami keluar merayau jalan kaki di sekitar hotel

Lobi hotel yang mewah.

Hari ini merupakan Qurban Bayrami. Makanya keadaan sekitar agak lengang.

Ita tak habis-habis. Ok do your job!!

Di Kasya Market di mana Kak mah sedang sibuk beli air mineral dan Roti Arab (macam baguette)

Sambil makan sambil jalan. Hehe sorry semua sebab kurang sopan.

Pemandangan sekitar pesisir pantai Istanbul.

Fokus Ita...jangan tak fokus!!

Nice

Ita sebelah tu kacau ja!

Kak Mah sedang bergambar ke atau berteduh.

Laluan dakian kami menuju Blue Mosque dan Aya Sophia

'Street hustlers' sangat

Di tengah-tengah dakian ada rectangle-bout. Sangat menarik.

Pun jadi!!


Rehat dulu, tunggu Kak Mah & Ita.

'Nur' sangat. 

Asal sempat Ita nih.

Walkway

Sikit lagi Kak Mah nak sampai ...

Kak Mah nak ke mana tu?

Local Feel

Rumah mana la kami ambil gambar ni?

Signboard di belakang itu menunjukkan kami dah sampai di Istanbul. Terbaek dowh!!

Tengok kat belakang tu. Busy naw!!

Kak Mah nak ketuk pintu rumah siapa tu?

Nice

Restoran.

Kak Mah tak panas ke tu?

Hagia Sophia atau Aya Sophia (as told to us by local people).

Kak Mah sedang beli Simit iaitu sejenis Turkish bagel atau roti liat yang juga dikenali sebagai makanan segera di zaman Ottoman dahulu. Ianya selalu dimakan oleh penduduk tempatan sebagai sarapan pagi yang diambil dengan teh hitam. Sedap dimakan ketika panas kerana teksturnya yang lembut. Kalau sejuk...memang macam chewing gum liat.

Pelbagai perisa dan ya..memang macam chewing gum liat.

Kak mah tengah haggle dengan abang Turkeye on Bosphorus Cruise tickets.

Jangan lupa jus delima merah. Bagus untuk kesihatan dan jangan beli yang masam macam Ita terbeli okay? Kak Mah, bismillah dulu ya?


 Restoran berhampiran Hagia Sophia. Lunch sebelum menaiki Bosphorus Cruise.


 Menu Kak Mah

 Menu Ita

 Muncung ja mulut tu. Panas ke pedas agaknye?

 Sementara menunggu cruise tiba. Gegurl berdua ni cari tempat teduhan.

 Jom beratur naik cruise. Dalam sangkar tu terdapat seorang wanita Turkeye yang jual air mineral dengan harga 1TL. Beli jangan tak beli.


 Sesak juga beratur.

 Dalam cruise tingkat atas. Habis berpeluh semua. Muka berminyak je. Cruise ini dipandu agak laju makanya angin memang kuat dan menyejukkan. Terbaek!!

 Rehat dulu sebelum bangun dan cari lokasi photo bomb untuk berselfie.

 Lawa 1

 Lawa 2

 Lawa 3

 Lawa 4

 Lawa 5

 Lawa 6

 Lawa 7

Lawa 8

 Balik dari menaiki Bosphorus Cruise, giliran ita memandu ke hotel penginapan.

Setibanya di hotel, kami terus balik kebilik masing-masing untuk berehat. Sebelah malam pula kami keluar untuk dinner a la fine-dine memandangkan esok merupakan hari kami mula bertolak menuju Attaturk International Airport untuk ke destinasi yang lebih gah iaitu Kapadokya. 

Usai solat maghrib iaitu selepas pukul 7.37 malam, kami segera turun ke lobi hotel dan bertanyakan lokasi restoran yang boleh dicadangkan sedap makanannya. Kami hanya berjalan kaki memandangkan suhu sekitar pada waktu malam sejuk dan sedikit berangin. Jalan punya jalan, restoran yang dicadangkan tak juga jumpa. So kami decided untuk makan je restoran yang kami nampak sebelum ini. Restoran ini agak eksklusif kerana ianya sebuah restoran Hotel 4 bintang. Jom cuba Ziyafet Restaurant?!


 Classic ambiance with rustic feels...perfect to end the night here.

 Plating memang A!!

 My menu

 Menu Kak Mah sama ja but dengan Youghurt pelik lagi memilukan. Haha!!

 Cheers...

 Ita dah macam Dancing with the stars dah...

 Kak Mah boleh habis big portion dinner? Hats Up!!


 Ziyafet Restaurant.

Jom balik dulu. Esok merupakan hari yang lebih mengujakan. Selamat malam.

No comments:

Post a Comment