Monday 2 October 2017

TRIP TO SEOUL, KOREA: 1-6 APRIL 2017 - DAY 3-2 & Day 4 :Petite France, Hanok Village & Namdaemun

Usai melawat keseluruhan Namiseom, kami mula berangkat keluar dari pulau tersebut dengan menaiki feri sekitar pukul 4.45 petang waktu Korea. Perjalanan dari Jeti Checkpoint ke Namiseom menuju ke destinasi seterusnya iaitu Petite France mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menaiki teksi. Kami dibawa menelusuri kawasan perkampungan di Gapyeong dan juga melalui jalan yang berbukit yang sememangnya ternyata sebuah pengalaman yang unik dan tersendiri.

Untuk makluman para pembaca blog ini, kami terlebih dahulu merancang beberapa details sebelum memulakan perjalanan ke Namiseom iaitu dengan bermalam di Goseong-ri, Oeseo-myeon iaitu sebuah kawasan terpencil di Gapyeong-gun di mana terletaknya Petite France. Hotel Cello menjadi pilihan di atas faktor proximity nya iaitu 2 minit berjalan kaki ke Petite France.

Memandangkan kami tiba di Hotel Cello sekitar 5.45 petang makanya kami bergegas menuju ke Petite France. Selepas bertanya kepada kaunter tiket Petite France, kami dimaklumkan waktu operasinya adalah dari pukul  9.00 pagi- 6.00 petang (Ahad-Khamis) dan 9.00 pagi-8.00 malam (Jumaat-Sabtu). 

Sempat juga kami bertemu pelancong dari Singapura lalu bertanya akan tarikan di dalam Petite France ketika mereka keluar dari melawat kawasan tersebut. Jawapannya "Not Worth It". Memandangkan harga tiket untuk memasuki Petite France ini adalah KRW 6000 iaitu bersamaan RM 22, dan hanya tinggal 5 minit lagi sebelum ianya ditutup, makanya kami decided to just stroll along the road and taste the very vibes of Korean's village and the sea breezes. Pesisir pantai juga dinamakan Mediterranean Coast dan digagahi dengan banjaran Piedmont Alps.

Sempat juga kami membeli Fresh Strawberries dengan harga KRW 4000 iaitu bersamaan RM 15 ketika menuju pulang ke hotel dan seterusnya menikmati strawberi segar tersebut di atas rooftop hotel sambil melihat hills upon hills facing the sea with a few village houses here and there. We also managed to catch the sunset which was extremely breathtaking and mesmerizing.


 Mira dah tak sabar la tu nak ke Petite France

 Selfie dulu

Petite France

Petite France merupakan kampung budaya perancis yang dibina di perkampungan Korea iaitu di Goseong-ri, Oeseo-myeon. Ianya menawarkan pengalaman budaya perancis di samping bertindak sebagai pusat kemudahan latihan untuk golongan belia Korea iaitu Goseong Youth Training Center. Petite France mempunyai 16 bangunan dengan rekabentuk binaan Perancis di mana para pengunjung dapat menikmati pengalaman hidangan makanan, pakaian, dan barangan rumah ala Perancis.

Konsep Petite France adalah diilhamkan dari bunga, bintang, dan putera raja. Perkampungan Petite France ini juga mempunyai dewan peringatan yang didedikasikan kepada Saint-Exupery iaitu penulis novel tersohor Perancis, Le Petite Prince (1943) dan maka dengan itu lahirnya Petite France.

Silalah berkunjung ke sini dan please datang awal ya?

 Sekitar entrance Petite France

 Pintu gerbang. Kak Mah dan Mira buat pe tu dengan jari?

Dah lewat, jadi tak boleh masuk.

 Le Petite Prince

 Bangunan Petite France

 Kak Mah sempat membeli Strawberi segar

 Fresh Strawberry dengan harga asal KRW 6000 tetapi Oppa tu kasi Kak Mah dengan harga KRW 4000. Tak adil.

 Yes we know you got discounts Kak Mah.

 Berjalan menuju perkampungan Korea yang berdekatan

 Hillside and alps

 Alps

 Tengah jalan kampung kot. Mira lah ni!!

 Belakang tu laut 

 Jeti air


 Selfie dengan hotel

 Hotel Cello

 Driveway Hotel Cello. Tu tangan Kak Mah enterframe

 Dah dapat bunga Cherry Blossoms pun masih emo lagi?

 Borak pe tu? Gossip kot?

 Rooftop Hotel Cello

 Menunggu sunset

 Fresh Strawberries for all...



 'LOVE' ke tu Mira?

 Aerial view of Petite France and nearby villages

 Mamarazzi buat keje dah!!

 Senja di perkampungan Korea

 Priceless

Kak Mah Di Timpa Tragedi
Keheningan pada malam tersebut telah dikejutkan dengan bunyi kaca pecah yang kuat. Segera saya menuju ke punca bunyi tersebut dan meneliti kawasan kejadian. Kelihatan Kak Mah tenggelam di sebalik tilam tebal dan Mira seakan-akan melompat riang di atas tilam tersebut. Setelah diamati, barulah sedar akan kejadian sebenar. Ya, Kak Mah telah memecahkan sebotol pelembap kulit. Amboi Kak Mah, nak look youthful diam-diam ye. Mira partner sangat. Guys....do enjoy the hilarious photos...Hehe..

 Cari ape tu Kak Mah? Jeneral Nami kat Namiseom.

 Mira dah besar k, jangan lompat..tak mau!!

 Operasi Tenggelam Korea

 Sekitar suasana pagi di Hotel Cello

 Kit menyelamatkan diri sekiranya terperangkap dalam kebakaran di bilik

 Cakuk keselamatan penggantung tali untuk keluar melalui tingkat dalam keadaan kecemasan dan kebakaran

 Complimentary ke?

 Jalan kaki tunggu bas

 Buah ape tu Kak Mah?

 Beli air dulu dan kopi panas

 Bye-bye Petite Prince

  Bye-bye Petite France

 Jumpa lagi

Alhamdulillah selamat tiba di gapyeong Station

Unfortunately, kami terlepas bas yang sepatutnya membawa kami ke Gapyeong Station tetapi terima kasih kepada oppa penjual buah-buahan, kami dibantu oleh Oppa tersebut dengan memanggil kawannya untuk menghantar kami ke stesen tersebut. TQ Oppa. We will never forget you.

Jom pergi Namdaemun pulak....tempat membeli-belah yang murah dan terbesar....

To be continue


No comments:

Post a Comment