Saturday 8 October 2016

THE GREAT ESCAPE: DAY 1 - PERTH - AUSTRALIA (Cont.)

Alhamdulillah, sewaktu dalam perjalanan ke Perth, Australia, Pilot Malindo Air announced that our flight will be arriving early to Perth. 
Kami berada di Perth Australia selama 2 hari iaitu dari 7-8 September 2016. Flight keesokkan harinya adalah dalam pukul 10.25 pm di Perth Airport. Penginapan kami disini adalah di East Cannington iaitu satu kawasan kejiranan yang tenang. 


*********

TRAGEDI BUAH AVOCADO

Ha, ni adalah satu unprecedented case scenario. Kak Mah, izinkan saya story sikit ok. Mohon maaf in advance... Hehe. Alkisah bermula...

Sewaktu tiba di Perth International Airport, semua penumpang dikehendaki melalui beberapa tapisan iaitu tapisan Imigresen dan tapisan Kastam. Perth International Airport Immigration service adalah slightly above average sahaja dan kami semua melepasi tapisan imigresen dengan warna terbang (Flying Colors). 

Seperti yang telah dikhabarkan sebelum ini, semua penumpang especially pelancong macam kami, dikehendaki mengisi Declaration Form. Saya hanya declare ubatan yang saya bawa, Ita pula declare dry foods yang dibawa. Kak Mah pulak macam mana? Well, Kak Mah juga macam Ita, hanya declare dry food SAHAJA.

Memandangkan kami semua mempunyai item yang telah di declare, makanya sebaik sahaja melalui kawasan tapisan kastam, kami bertiga diarahkan untuk melalui laluan khas declaration. Kami bertiga (ada 2 orang lagi pasangan omputih) dikehendaki beratur dengan beg masing-masing diletakkan di bawah kecuali beg tangan bagi ladies. 

Inspection dilakukan dengan menggunakan bantuan anjing pengesan yang sangat besar dan tinggi. The dog was sniffing around...on us and on our bags. The Custom Officer with her hand tied to the sniffing dog via dog collar chains, did a circular inspection twice and TWICE the amount that the dog took its time sniffing Kak Mah's bag. The rest of us got the green light from the custom officer but Kak Mah was ordered to open up her bag for further inspection...that bag....that the dog sniffed twice.

I was wondering...apa masalah Kastam tu, but Ita was explaining to me that dalam beg Kak Mah ada 2 biji buah Avocado but Kak Mah tak declare dalam Declaraton Form. Untuk makluman blog readers, bagi negara Australia, ianya merupakan satu kesalahan yang boleh dikompaun iaitu sebanyak AUD 300 (lebih kurang dekat RM1000) jika membawa masuk buah-buahan segar dari luar.

Terkejut jugak time tu bila dengar penjelasan Ita but rasa geli hati mengatasi segala. Kami hanya mampu melihat Kak Mah dari kejauhan dan time tu Kak Mah sedang bertinggung dengan Custom Officer tersebut. Body language Kak Mah macam memberitahu yang Kak Mah terlupa nak makan 2 biji Avocado tersebut di dalam flight tadi. Alhamdulillah, Kak Mah dilepaskan dengan amaran oleh pihak Kastam Australia. Nasib baik, kalau tidak... terbang RM 1000. Jampi apa Kak Mah guna? No one knows up to this moment. Hehe. Walaubagaimanapun, saya tidak dibenarkan mengambil gambar ketika Tragedi Buah Avocado tersebut. My apology my beloved blog readers. Sorry to disappoint.


*********

Sebaik sahaja keluar dari Perth International Airport, kami segera mendapatkan perkhidmatan teksi ke rumah penginapan iaitu di East Cannington. Pemandu teksi tersebut merupakan seorang rakyat berbangsa Iran yang bernama Mr. Zamir. He was a friendly guy aged around late 50's. Mr. Zamir hantar kami semua right to the door step of our penginapan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 minit dari airport. Teksi tersebut bersaiz besar dan sangat selesa. Walaubagaimanapun suhu di luar ketika itu adalah sekitar 10-15 C dan ini saya rasa merupakan sebab kenapa Mr. Zamir tidak memasang aircond dalam teksi tersebut. Ita was like suffocating and in dire need of cold breeze, so she asked me to tell Mr. Zamir to switch on the air condition inside his cab. Mr. Zamir complied politely. 

Sebaik sahaja tiba di tempat penginapan di East Cannington, Mr. Zamir membantu mengeluarkan our luggage. Kami meminta nombor cell phone Mr. Zamir supaya urusan ke airport keesokan harinya menjadi lebih mudah.

Tuan rumah tempat kami menginap tiada di rumah ketika kami tiba. Walaubagaimanapun, kami diberi Passcode to the house. Adik kepada tuan rumah tersebut, Dillon, came back late afternoon and greeted us warmly. Dillon sangat friendly dan buat kami berasa macam rumah sendiri. Ahamdulillah.


*********
Brisk Walking

Petang itu, saya dan Kak Mah decided to have a brisk walk around the neighborhood. The air was windy and cold but we had our sweater on and we were fine. Both of us strolled along the East Cannington neighborhood and the fact that it was the beginning of springs season, there were flowers everywhere in the compound of almost each houses that we passed by.

Sewaktu kami berjalan-jalan, tetiba kami terdengar jeritan dari jauh. "Hey..Hey...Look here!!!". Kami tergelak lucu sebab rupanya a young chubby rosey cheeky girl was trying to get our attention so that she can show us her acrobatic moves, and she showed us just that. We were clapping our hands, praising her by saying "Good Job", and "Wow" (wow tu Kak Mah yang cakap, buat budak tu lagi teruja buat sideflip), before giving our 2 thumbs ups. She was extremely happy and waved in proudly. Such a Proud Mary. Haha...

Perjalanan balik balik dari brisk walking kami agak dalam keadaan bergegas memandangkan hujan renyai mulai turun ditambah pula dengan windy foggy air but still masih menyempat berselfie bagai di luar taman rumah orang. Kak Mah sangat teruja bila tengok flowers and flower beds. Sempat juga kami berborak dengan tuan punya rumah yang taman bunga dia sangat welcoming. "Your house and the flower garden are extremely gorgeous" we complimented her and she replied " Well, thank you, wait till you guys see in 2 weeks time." ....well esok dah nak balik....Heheh...


*********

Setibanya di rumah, Kak Mah dapat tahu yang Ita demam, sebab itu lah Ita tak follow kami. Walaubagaimanapun, ubat-ubatan tersedia untuk digunakan. Quite a boy scout am I eh mate.... Maybe badan Ita terkujat dengan suhu di Perth. 

Anyhow, kami segera prepare dinner dan berehat pada malam itu sambil menonton TV, melayan whatsapps sebab rumah tersebut dilengkapi free wifi yang laju, dan of course, berselfie bagai. Hehe...a very productive day, and we are looking towards more productive days ahead. Insyaallah...


 Ketika baru keluar dari kapal terbang menuju ke kawasan Imigresen. Kak Mah and Ita busy berborak. Avocado lupa ka Kak Mah. Hehe...


 Airport retails yang menyambut para pelancong. Siap ada retail assistance yang shouting friendly "Last chance to but attractive items at low price!!".

 Dry Concept Toilet.

 Retails


 At the baggage carousel area waiting for our luggage. Hey look!! Mine had arrived. Hehe....

 At Dillon's house. Kak Mah and Ita were scouring and getting familiar with the kitchen. 


Dinner at Dillon's. Pisang itu Dillon punya but he told us to have it. Memang habis la lepas tu . Hehe...

 It's selfie time with Dillon.

 Selfie depan rumah orang.

 Rumah dengan taman bungan yang gorgeous.

 Lagi angle rumah yang sama dengan taman bungan yang gorgeous.

 Ita yang kesejukan but kami okay ja.

 Kak Mah enjoying herself. Reminiscence back on the Tragedi Buah Avocado. Hehe...

 Ita busy making dinner. Sedap ke?


 Dinner Kak Mah. Soto Noodles. Sodap tu!!!

Ready to eat. Meh makan... 


 Brekkie


 Luar rumah penginapan


Rumah jiran 



Bersambung...


No comments:

Post a Comment