Saturday, 2 December 2017

TRIP TO SEOUL, KOREA: 1-6 APRIL 2017 - Day 4 :HANOK VILLAGE & NAMDAEMUN

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Gapyeong Train Station. Memandangkan kami ingin melawat 2 tempat destinasi pelancongan yang terkenal di Korea Selatan ini iaitu Hanok Village dan Namdaemun, kami bergegas membeli tiket train. Untuk makluman semua, sekiranya anda mengalami kesulitan untuk memahami instructions pada mesin tiket train, jangan malu-malu untuk bertanya train officer yang berada berdekatan. Insyaallah mereka sedia membantu.

Usai membeli tiket, kami menaiki platform atas untuk menunggu train. Suhu ketika itu sekitar 5 Celsius dan kami mengambil keputusan untuk berada didalam bilik menunggu yang disediakan yang lengkap dengan heaternya. Walaubagaimanapun, semangat berselfie yang tinggi memaksa kami berselfie sakan.

Kami seterusnya menaiki train menuju ke Oksu Station sebelum berjalan kaki menuju ke Namsangol Hanok Village. Entah kenapa, maybe sebab teruja, kami turun awal dari train iaitu beberapa perhentian lagi ke destinasi. Kesempatan ini kami gunakan untuk berselfie sementara menunggu train yang berikutnya datang.

Namsangol Hanok Village

Namsangol Hanok Village ini dibuka pada tahun 1998 di sebelah utara Gunung Namsan iaitu ditengah-tengah bandar. Perkampungan ini mempunyai 5 buah rumah tradisional Korea yang telah dibaikpulih, dewan, taman tradisional, pentas upacara budaya, dan plaza time capsule yang menjadikan ianya sebagai satu destinasi pelancongan kepada rakyat Korea dan para pelancong asing yang datang ke sini. 

Masuk sahaja di kawasan pintu perkampungan ini, anda semua dapat merasakan kehidupan tradisional orang Korea. Ketenangan dapat dirasakan disini. Rumah tradisional yang terdapat disini  telah dibaikpulih mengikut model rumah tradisional di zaman Dinasti Joseon berdasarkan kelas-kelas sosial ketika zaman itu iaitu dari rumah rakyat marhaen sehinggalah ke aras aristokrat (orang kaya ler). Bagi menjaga tapak dan rumah warisan ini, hanya 1 rumah hanok dibuka untuk lawatan. RUmah Yoon-ssi, Okin-dong telah ditukar kepada sebuah rumah yang menyediakan perkhidmatan teh tradisional Korea di mana para pelancong dapat menikmati budaya ini. 

Peringatan: Jangan sesekali pergi melawat ke perkampungan ini pada hari Isnin kerana anda tidak berpeluang melawat rumah tradisional ini kerana ianya ditutup pada hari Isnin. 

Waktu operasi perkampungan ini adalah:

Apr-Oct    : 9 pagi - 9 malam
Nov- Mar : 9 Pagi-8 Malam (Musim Sejuk)


Seterusnya, kami menaiki train ke Namdaemun iaitu sebuah kawasan destinasi pelancongan yang terkenal dengan pelbagai barangan yang dijual pada harga borong. Wow!!


 Gapyeong Station

 Tiket yang kami beli dengan bantuan Oppa di stesen Gapyeong.

 Kak Mah ...kemain happy. Mira suka la tu jumpa oppa..

 Dibelakang tu merupakan bilik yang dilengkapi dengan heater.


 Cantik betul pemandangan di stesen ni.

 Kak Mah di persimpangan

 Berlayarbelakang gunung yang dibelah dua untuk laluan tren

 Mira tunggu bakal tunang ke?

 Kak Mah nak sangat berselfie berlatarbelakangkan tren dragon  ni.

 Jom!!

 Kesejukan...Di Malaysia memang tak pakai ler camni...

 Bilik heater...

 Jom jalan kaki ke Hanok Village. Kak Mah muka dah berkobar tu. Chayook!!

 Boleh tahan jugak jalan kaki ni heheh...

 Kak Mah, you can do it....

 Da dekat nih....sebelah selekoh bangunan kelabu ni....

 Selfie jap...Kak Mah....da standby dengan handphone bersedia nak bertukar ke mamarazzi la tu...
Semua, AWAS!!

 Amboi kemain cam wartawan.

 Disini terdapat kedai yang menyediakan sewaan baju tradisional Korea iaitu bersebelahan dengan perkampungan Hanok ini dengan harga yang berpatutan. Malang sekali impian Mira hancur sebab orang yang jaga kedai ini keluar makan. Mira...next time kiddo.


 Pintu gerbak perkampungan Hanok...jom!

 Mira menyenget semacam...penat jalan jauh sampai bearing lari ke?
 Mcm tak kena.....merapu pun ada!!

 Isteri nombor 2 Jeneral Nami dari Kepulauan Nami. Garang orangnya, depa kata la!!



Panas time ni, so mata makin sepet...

 Kawasan rehat tradisional perkampungan Hanok

 Air sungai kering....so ambil kesempatan selfie dalam sungai.

 Tutup pada hari Isnin....Huhu!!

 MIra nak jugak!!

 Mana lagi lawa..pokok belakang tu ke or tembok?

 Kak Mah dalam posisi menunggu Jeneral Nami.

 Penjaga kunci ke perkampungan Hanok. Anasayo!!

 Sakura di belakang. Giler x best!!

 Mamarazzi kena framed.

 Mira meh sini amik gambar!!

 Cun..

 Taman tradisional Hanok

 Menarik sungguh kawasan taman di sini...

 AWAS Mamarazzi...

 Gile kentang tinggi lompatannye...

 Mira dengan gaya merapu sweater !!

 Trio Korea...


 NIce scenery...

 Kak Mah ...apsal keluar dari tandas OKU......

 Mira & Kak Mah di pasar Namdaemun..

 Lambai sikit Kak Mah...

 Mamarazzi kalau jumpa fruits...terus jadik ghost fruit.. lupa job  dia...

 Pilih jangan tak pilih...wongeh...wongeh...

 Mira terjumpa ulat ke oppa...

 Jengx3..kak Mah da nampak Kebab...

 Abang jual Kebab....Muhammad namanya.

 Terjumpa pulak students dari Malaysia..

 Kami duduk di kerusi yang disediakan  by the sidewalk.

 Mira homeless look sangat...Bye..

 Akak Korea enterframe. Jom makan tengah hari dulu. Lapar giler.

 Alhamdulillah, dah sampai di hotel..Kak Mah terus menstrawberrykan diri sendiri..

 Priceless

Rupa asli Mira...bye..

Alhamdulillah kami semua selamat tiba di hotel penginapan kami.....esok merupakan hari yang sangat dinantikan...sangat mengujakan.......WOLMI Island..kami datang.....


No comments:

Post a Comment