Alhamdulillah, kami bangun pagi dengan penuh kesegaran disebabkan tilam yang teramat empuk sekali. Hotel yang kami inapi ini sememangnya indah dengan rekabentuk terkenal timur tengah. Sesekali terasa macam balik kampung sendiri. Okay..Bye!!
Sementara menunggu Kak Mah dan Ita bersiap, bagus jugak merayau disekitar dalam hotel dan berborak dengan hotel's reception officers.
Souq Al Waqif ini dibuka pada pukul 10 pagi dan akan ditutup pada pukul 12 tengah hari sebelum ianya dibuka kembali kepada para pelancong pada pukul 4 petang. Reason to be? Disebabkan cuaca terlalu terik dan suhu semasa terlalu panas untuk keluar dari bangunan dan bersiar-siar di souq ini.
Setelah mendapatkan info dan menunggu Kak Mah & Ita lebih kurang 15 minit, makanya kami berselfie sakan dalam bangunan hotel. Hotel ini mempunyai 2 buah bangunan berasingan yang terletak secara bertentangan antara satu sama lain. Terbaek!!
Kami kemudiannya mula mengorak langkah untuk lebih mengenali rahsia Souq Al Waqif ini. Terdapat pelbagai tarikan disini seperti restoran, kedai cenderamata, kedai pakaian, kedai emas (bukan emas 916), kedai barangan tembikar seperti pinggan berukir motif seni, barber dan bermacam-macam lagi. Rambang juga mata melihatnya.
Usai aktiviti membakar kulit muka dek kepanasan cuaca, kami segera balik ke hotel untuk bersiap berangkat memandangkan penerbangan Qatar Airways kami ke Istanbul akan depart pada pukul 1.45 petang.
Kami sampai ke Doha International Airport dengan menaiki pengangkutan Uber dengan pemandunya berasal daripada Philippines. Menurut pemandu tersebut, dia telah berada di Doha sejak 10 tahun yang lalu. Respect!!
Kami kemudiannya mengambil kesempatan merayau di lapangan terbang ini dengan Ita memborong perfumes untuk dibawa pulang. Sempat juga mendapatkan beberapa makanan dan minuman dari Qatar Golden Lounge. Tapau juga makanan untuk Ita.
Kami kemudiannya boarding menaiki penerbangan Qatar Airways dan durasi masa penerbangan ke Istanbul mengambil masa 4 jam 35 minit.
Kami dijangka sampai sekitar hampir pukul 7 malam. memandangkan hari ini merupakan hari diambang (eve) Hari Raya Haji atau dipanggil Qurban Bayrami oleh masyarakat Turkeye, makanya penerbangan kami ini hampir dipenuhi oleh orang Turkeye.
Selfie dulu sementara menunggu Kak Mah & Ita bersiap bagi lawa-lawa. Erk.!
Kak Mah dah siap. Ita? Seperti biasalah. Kompem lawa. Bye...
Lawa giler lobi hotel ni.
Kak Mah mana Ita?
Kak Mah dah tahap starfish terdampar di pantai. Ita dengan shades dia. Tak panas la di lobi hotel ni!
Terbaek lobi ni.
Mak aii masing-masing posing melihat impian yang terletak di atas.
Nice
Ahlan!!. Kak Mah & Ita nak jadik penyambut tetamu pulak.
Ita..behave okay!?
Dah macam magazine pin-up da yang berdua dibelakang tu.
Jom keluar dan melawat souq
Hotel penginapan
Ita mana?
Ada pun. Ingat, ni bukan Alor Setar. Jalan dalam group ok?
Souq Al Waqif
Tu dia aihh!! Itu lah perangai Ita. Colorful cam baju & skirt yang dipakainya. Kak Mah pun nak peace sign jugak.
Macam Paris..
Memang epic foto ni. Siapa jurugambar pro yang ambil shot ni? Mesti hebat orangnya?
Nah!! Senget bagai kat belakang tu? Laluan ke deretan kedai di sini sangat bersih dan teratur.
Gerai-gerai jualan makanan yang dijangka dibuka sebentar lagi.
Bismillah Hotel...restoran pun ya jugak.
Lupa bawak shades.
Menarik
Macam di Paris...serious!!
Kak Mah dah lapar ke?
Sempat lagi selfie dengan local people.
Gangster mana pulak ni. Dah tahap Doha Menjerit da!! Ita lidah masuk dalam please!!
Framed!?
Santai & Libur
Para pelancong mulai datang.
Kak Mah nak pi mana tu? Mai selfie dulu.
Ita busy dengan camera.
Nice
Kemunculan Mamarazzi di belakang itu. AWAS!!
Cuaca terlalu panas di luar sampai Ita nampak putih berseri!!
Sampai jugak kami di Doha. Huhu!!
Kedai bahagian dalam yang menawarkan pelbagai jenis barangan, macam-macam ada.
Amboi Kak Mah, skill fotografi melampau.
Tak de saiz ke kak Mah?
Kak Mah banyak ambik gambar?
Ita nak jugak?!
Sheikh mana pulak dah? Kak Mah macam happy ja masuk kedai ni.
Pelbagai barangan.
Ita beli apa tu? Lamanya!?
Rugi pulak rasanya tak beli benda kain ni. Adoi!!
Ita beli jajan. Kak Mah survey je walaupun gaya macam sibuk membeli.
Di belakang tu adalah persona yang membangunkan Qatar sehingga menjadi negara terkaya di dunia. Mana-mana pergi mesti nampak foto ni di bangunan. Beliau merupakan Perdana Menteri Qatar sejak 2013. Beliau adalah Abdullah Bin Nasser Bin Khalifa Al Thani.
Ita macam terkujat je?
Berkenan ke dengan kain tu ka Ita?
Glitz & Glam of Kak Mah
Jamu mata
Kain buat jubah pun ada. Macam-macam gred ada. Memang geram dibuatnya.
Jajan perisa tomato
Jom ke Gold Souq
Sebelum tu layan ole-ole dulu.
Tokey kedai ni mempunyai 2 kedai berhampiran. Sangat peramah dan attentive.
Belakang kami tu adalah Masjid Berpusing (spiral mosque) Kassem Darwish Fakhroo dan juga dikenali sebagai Pusat Islam Qatar. Boleh dilawati secara percuma.
Kedai membuat pedang dan sarung pedang hiasan. Sangat menarik.
Gold Souq
Sabar Kak Mah. Tembus cermin kaca display emas tu nanti?
Memang lawa la tempat ni!!
Perahu pun ada. Terbaek.
Ita posing sakan. Kak Mah tengah ada job. Mamarazzi namanya. Macam orang tak tau apa dia tengah buat.!
Ita dari jauh
Zoom sikit!
Dalam lif pun lawa.
Ita tengah dalam zon!
Hotel di mana kami bermalam. Selfie satu.
Penjaga hotel Mirqab Boutique Hotel. Di atas kaunter di belakang tu disediakan kurma secara percuma. Sedap pulak tu. Kak Mah asyik 'angkut' ja. Dah, jom balik dan kemas barang. We are going to the Doha International Airport.
Di ruang legar Doha International Airport
Golden Lounge Doha International Airport
Besar hajat hati Kak Mah nak makan semua ni. Sebenarnya kami ambik siap-siap untuk tapau kat Ita.
***
Setibanya di Attaturk International Airport, kami segera mendapatkan bagasi dan seterusnya mencari kaunter kereta sewa untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa di Istanbul yang ditempah 1 bulan awal.
Usai membayar deposit dan mengisi beberapa borang wajib, kami mula memandu keluar dari kawasan lapangan terbang menuju hotel penginapan kami yang terletak di Zeynebiye, Istanbul.
Semangat Orang Turkeye
Memandangkan malam ini merupakan malam diambang perayaan Hari Raya Qurban di Turkeye, makanya keadaan jalan raya di sini agak sibuk. Pemanduan ke hotel penginapan dilakukan oleh yours truly dengan meredah malam di lebuh raya Turkeye menggunakan GPS yang disewa bersekali dengan kereta. Kami sempat berpusing keliling airport sebanyak 2 kali dan akhirnya menyedari GPS yang diberikan kepada kami adalah versi software yang tidak diupdate. Kami bergegas kembali ke airport dan meminta person in charge syarikat kereta sewa updatekan GPS tersebut. seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Zeynebiye untuk mencari hotel penginapan yang telah ditempah awal.
Sekali lagi kami agak sesat kerana GPS tersebut asyik menunjukkan kawasan perumahan. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk turun bertanya dengan masyarakat setempat. Kak Mah & Ita keluar dari kereta lalu bertanyakan direction kepada remaja dan kanak-kanak yang happened to play around adjacent to their houses. Memandangkan English tidak digunakan secara meluas disini, budak-budak tersebut segera mendapatkan seorang lelaki dewasa yang dipercayai seorang guru bahasa Inggeris. Alhamdulillah, beliau menawarkan bantuan untuk menunjukkan hotel penginapan kami dengan meminta kami mengekorinya dari belakang kereta yang dipandu oleh saudaranya. Setibanya di perkarangan hotel yang terletak berhampiran dengan lokasi di mana kami berhenti untuk bertanyakan panduan arah sebentar tadi, abang Turkeye tadi memberitahu bahawa hotel penginapan kami ini merupakan hotel yang baru dibina. Patut ler GPS tak dapat detect?! Setelah mengucapkan terima kasih dan bersalaman (budaya orang Malaysia kena jaga), kami segera check-in ke penginapan masing-masing.
Hotel Serenity Suite
Ruang tamu Hotel Serenity Suite. Memang cun habis.
Tetiba terasa nak simpan benda dalam fridge ni.
Mesin basuh pun ada sekali dengan dryer. Bersih dan kemas.
Amenities
Shower room
Ruang beradu
Makan mee dulu.
Tetiba terasa nak simpan benda dalam fridge ni.
Mesin basuh pun ada sekali dengan dryer. Bersih dan kemas.
Amenities
Shower room
Ruang beradu
Makan mee dulu.
Hari pun da lewat. Kami dinner instant noodles sahaja. Nak tidur dulu. Esok nak melawat Blue Mosque dan Aya Sophia. Jumpa lagi esok.
No comments:
Post a Comment