Monday, 18 September 2017

TRIP TO SEOUL, KOREA: 1-6 APRIL 2017 - DAY 2: DONGDAEMUN

Previously informed that kami telah mendapatkan maklumat tambahan berkaitan wayfinding on the attractions in Korea from the Hotel's receptionist. Makanya untuk hari ini, seawal  pukul 6.30 pagi, kami terus siap sedia untuk menaiki bas yang berdekatan dengan hotel penginapan. Suhu pagi ketika itu adalah sekitar 2 Celsius dan memang terasa sejuknya hingga ke tulang.

Memandangkan kami telah Top Up T-Money semalam di Kedai bersebelahan dengan hotel penginapan, urusan pembayaran tambang bas menjadi mudah. Hanya perlu tap sahaja di ruang yang disediakan dalam bas tersebut. Walaupun ternyata mudah, namun Kak Mah terlupa melakukan sedemikian sehinggalah waktu menaiki bas semula dalam perjalanan pulang. Kak Mah, please behave. 

Stesen bas yang menunggu berhampiran hotel penginapan.

Kak Mah and Mira, all set and ready to go !!! 

Memandangkan kami menaiki bas di stesen permulaan/terakhir bas tersebut, makanya kami sahajalah yang menjadi penumpang terawal. Selfie dulu.

Selepas terun daripada bas yang dinaiki, kami terus masuk ke dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk menaiki tren. Destinasi Dongdaemun!!

Tren di sini sangat punctual to the second with high travelling frequencies. Masa menunggu sangat singkat. Kak Mah and Mira tenang je menunggu tren. Alhamdulillah.

Tren dah sampai. Jom naik dulu?

Memandangkan orang Korea ni sangat sporting, kami pun apa lagi berselfie sana sini, even dalam train pun. Cuba lihat muka Kak Mah, aura sangat di Korea. Sabar Kak Mah, destinasi Nami Island  esok oaky Kak Mah. Mira mata masih sembam. 


Dah sampai di Dongdaemun. Jom window shopping?

Daerah Dongdaemun

Shopping Mecca? Dongdaemun merupakan pusat membeli belah utama di Korea. Terkenal dengan panggilan Pasar Dongdaemun, ianya menyediakan suasana membeli-belah yang unik iaitu pertembungan antara pasar tradisional dengan kompleks membeli-belah popular dan ternama. Kawasan dalam daerah Dongdaemun iaitu Jongno-gu, dikhaskan sebagai Special Tourism Zone sejak tahun 2002 lagi.
Terdapat pelbagai gedung-gedung mewah dan terkemuka yang menyediakan pelbagai barangan. Bagi yang fashion craze macam Mira, pasaraya seperti Geopyeong Freya, Migliore dan Doosan merupakan tempat perlu dilawati.

Siapa pulak jejaka Korea yang sedang berehat depan toilet ni? Ni mesti kes nature's call both Kak Mah and Mira. Hurry up guy, we ain't got all days you know!!

Kami keluar dari kawasan tren yang berhampiran dengan Museum, Design Lab, Art Hall iaitu yang terletak di Dongdaemun Design Plaza, an egg shaped building. 

Happy je semua!!. Mira mata dah tersasar... tengah ushar Oppa la tu. Please Mira, jaga sikit budaya santun orang Malaysia. Kak Mah, muka ambitious sangat nak conquer the world...Korea.

Sempat lagi Kak Mah breakfast di perkarangan Dongdaemun Design Plaza. Takkan tak nak kongsi Kak Mah?

Dondaemun Design Market

Selfie dulu. Kak Mah and Mira really took their sweet lil' time. Jadi, saya jalan kehadapan dulu.

Finally!! Managed to catch me up. Bravo guys.

Bergambar di sekitar Dongdaemun. Dibelakang tu merupakan deretan gedung membeli-belah terkemuka.

Bukan bagak tapi Stylo!!

Membelakangi egg shaped building. Dongdaemun Design Plaza.

Tengah jalan pun berselfie. Mira lah ni. Opss.

Doota Shopping Complex


Memang banyak betul shopping complex di sini.

Kak Mah kat belakang tu tengh audit ke? Behave Kak Mah. Mira macam sesat je.

Jom naik tingkat atas

Antara gambar yang sempat diambil. 

Menarik

Kasut pelbagai design

Aisle of fashion galore

Mira about to purchase a beautiful white fashion clothes

Selepas penat berjalan dan berjamu mata, Kak Mah suggest untuk lunch. Pastinya menu Halal pilihan kami. Alhamdulillah kami berjaya locate restoran Halal masakan Indian-Nepal cuisine.  Pemilik kedai ni telah berkahwin dengan wanita Korea dan mereka membuka restoran di daerah Dongdaemun ini.

Kat belakang tu merupakan wanita Korea yang berkahwin dengan pemilik restoran ini.


Sabar menunngu makanan yang telah di order.

Belakang tu adalah suami dan isteri restoran POOJA ni. Sila google location kalau nak datang makan kat restoran ini.

Makanan dah sampai

Hidangan yang besar perlu dikongsi bagi mengelakkan pembaziran. Jimat jugak la. Hehe.

Roti Nan Cheese yang Kak Mah order. Memang ternyata umphhh!!

Seterusnya kami melawati Shopping complex berdekatan

Sempat juga sambar beberapa seramik unik untuk dibuat kenangan. Kak Mah pun sama naik. Heheh

Cuba teka siapa pemilik kasut-kasut ini?


Heunginjimun Gate atau lebih dikenali sebagai Dongdaemun Gate iaitu merupakan Great East Gate yang bersejarah di Seoul Fortress Wall yang dibina pada tahun 1396 sewaktu tahun ke 4 pemerintahan King Taejo dalam Dinasti Joseon. King Danjong renovated it in 1453 and  then rebuilt by King Gojong in 1869. Heunginjimun Gate  ini merupakan 'pintu' yang tertua yang masih wujud selepas Sungnyemun Gate (Namdaemun Gate) yang telah musnah dalam kebakaran pada February 10, 1869. Tempat yang bersejarah yang perlu dilawati bagi mereka yang berkunjung ke Dongdaemun ini.

'Pintu"

Mira membelakangi fortress yang terkenal di Dongdaemun

Kak Mah pun tidak ketinggalan mengabadikan kenangan dengan fortress.

Menelusuri fortress

Cherry Blossoms

Taking a breather by the fortress side.

Jom ke kedai Kakao Friends Concept Shop. Kedai yang sangat popular di Korea.

Bagi yang craze over Kakao Friends' products, sila melawat disini.

Sempat juga beli beberapa cenderahati untuk adik di Malaysia. Ketika lawatan kami, kedai ini sedang dalam minggu promosi barangan kakao Friends, makanya kami dapat free gifts.

Bila lagi?

Pelbagai barangan menarik.

Cell Phone Casing

Cell phone accessories.

Toiletries 

Bangles

Mira dah naik hantu!!

Jinak pulak siap nak mencakar. Mujur pantas!! Erk.

Beanies

Okay, tiba masanya untuk pulang ke hotel. memandangkan esok merupakan hari perjalanan ke Nami Island yang jauh.

Setibanya di airport, kami menunggu bas di kawasan yang disediakan iaitu di kawasan luar airport tingkat atas. Tunggu bas ke Yeongjong.  

No comments:

Post a Comment