G'Day Mate!!
Kami tiba sebelah malam di Gold Coast Australia. Kastam dan Imigresen disini tidaklah seketat di Perth. Lagi mesra pelancong saya fikirkan. Usai urusan imigresen kami segera menaiki teksi ke penginapan kami di pantai Gold Coast iaitu di Surfers Paradise.
Penginapan 2 hari pertama kami disini agak kurang selesa kerana rumah penginapan kami diuruskan oleh pelajar. Makanya kebersihan dan kekemasan rumah tumpangan adak terabai. Selepas 2 hari disini kami segera berpindah ke rumah penginapan yang jauh lebih baik iaitu bersebelahan dengan pantai Gold Coast namun masih lagi dalam enclave Surfers Paradise. Di sini, kami bertemu Rika dan suaminya yang merupakan tuan rumah penginapan yang kami tempah. Kami tiba di rumah Rika awal iaitu sebelum waktu check in. Makanya kami menunggu di lobi terlebih dahulu. Namun demikian, alhamdulillah rupanya mat salleh yang passing by dan melihat kami lepak di lobi penginapan tersebut merupakan suami Rika. Menyedari akan situasi ini, Rika segera menghubungi saya dan meminta kami terus naik ke rumah penginapanya untuk simpan luggage kami sementara beliau dan suaminya mengemas rumah.
Rika yang berasal dari Jepun sangat sopan dan ramah. Beliau memberikan kunci rumah kepada kami dan memberi pilihan sama ada kami terus masuk ke rumah penginapan dan menunggu beliau dan suaminya mengemas rumah atau keluar bersiar-siar di pantai Surfers' paradise ini. Kami memilih pilihan kedua. Terima kasih Rika.
Surfers Paradise merupakan destinasi pelancongan utama di Gold Coast ini. Terdapat pelbagai tarikan disini termasuklah makanan, street performers, pusat membeli belah dan bermacam-macam lagi. Pada sebelah malamnya kami berpeluang mengunjungi pasar malam di tepi pantai Surfers Paradise. Sungguh mengujakan. Kak Mah sempat lagi membeli cadar tilam yang unik dan menarik.
Keesokkan paginya kami merayau menaiki tram untuk mengunjungi pusat membeli-belah terbesar di Gold Coast dan membeli sedikit makanan. Saksikan beberapa foto yang sempat diambil untuk kenangan dan juga untuk my blog readers.
Cranberries Juice...Yummy
Mengalahkan Puan Sri Kak Mah nih. Ita pun cam Dato' Vida
Views from the Balcony
Hiasan dalaman di rumah penginapan. Lengkap dengan Washer & Dryer. Kak Mah & Ita tak habis-habis guna mesin-mesin nih. Boring.
Dapur rumah Rika
Living Room
Tea time at the balcony facing the Gold Coast's sea
Jom merayau!?
Tram yang kami guna untuk ke pusat membeli belah terbesar di Gold Coast
Pusat Beli-Belah
Segar
Murah
Pancake gergasi
Muka Ita kalau lapar
Muka Ita jumpa restaurant
Tunggu order
Organic mango juice
Coleslaw ke?
Chicken Mendy
Bedal je Ita nih.
Halal Certificate
Rumah penginapan kami dari jauh
Cuba teka tingkat mana satu?
Entrance ke rumah penginapan
Kad Tram
Facing the Gold Coast's sea. What a view!
Makanan tengah hari. Beli di supermarket WoolWorths and balik masak sendiri. Kuah kacang adalah dibawa dari Malaysia. Thanks Kak Mah.
Beras balance dari NZ. Style Arab. Makan di atas plastik.
Semakin happening waktu malam di GC
Ripley's
Merayau ke Gedung membeli-belah
Disini lah Kak Mah went Amok over ice-cream yang ketika di Dunedin polite sangat. Kembung abes pipi menahan kesedapan ice cream Gellatosimmo
Amokkan Kak Mah
Ita apsal 'herot' tu
Ita main cahaya macam kucing
Pasar Malam tepi pantai
Kain yang Kak Mah beli. Memang menarik
Pilihan corak
Kak Mah selepas membeli cadar tilam
Perlu topi ke Ita?
Kak Mah kurang tido ni...
Paradise Centre
Cavill Mall
Tepon sapa plak?
Sampai jugak ke Surfers Paradise (Checklist ticked)
Pantai yang sangat bersih
Surfers yang siap sedia beraksi di ombak
Kak Mah & Ita tak layak jadik life guard. Mintak Maaf na!!
Ita jeling-jeling merapu.
Life Guard
Overnya Ita. Mulut masuk pasir pantai ke?
Priceless
Priceless lagi
Amaran
Countdown to XXI Commonwealth Games: Gold Coast 2018 (#GC2018)
Ita da macam anak KOALA dah...
Bank Zaman Koboi
Entrance Ripley's
Kak Mah amok lagiiiiiiii
Max Brenner Chocolate Bar. Famous Chocolatier.
Polis GC
HRC GC
Lunch
Street Performers
Di GC Airport untuk pulang ke Malaysia
Beaten up Kak Mah.
Jom Balik Malaysia
Alhamdulillah pengembaraan kami yang mengambil masa selama 16 hari menjelajah Australia dan NZ sungguh mengujakan dan sesuatu yang sangat ternilai pengalamnya. Kak Mah dan Ita merupakan team traveller yang sangat serasi dan mudahan kita dapat travel lagi bersama-sama menjelajah destinasi dunia yang lain. Ita walaupun gedik but unik. Kak Mah walaupun polite tapi nampak ice cream terus amok.
Love you guys....
No comments:
Post a Comment