Alhamdulillah. Kami selamat tiba Auckland, New Zealand pada pukul 11.15 am despite a few air turbulence. Masing-masing berkejar ke ladies and gents to freshen-up.
Untuk makluman blog buddies semua, Kami akan teruskan perjalanan ke Christchurch iaitu flight pada pukul 2.15 pm. Memandangkan kami tiba di Auckland International Airport, maka kami perlu menaiki airport shuttles ke Domestic Airport untuk meneruskan perjalanan ke Christchurch. Setibanya disana, kami terus ke kaunter check-in bersama luggage masing-masing. Memandangkan budget airlines selalunya mempunyai polisi yang agak rigid when it comes to the size and the weight of the hand carry bag as well as the baggage being checked-in, Ita mula rasa risau disebabkan wardrobe dia mengikuti dia ke mana sahaja. Oppss. My apology. Kaunter check-in Jet Star belum lagi dibuka bila kami tiba tetapi mesin self check-in tersedia untuk digunakan.
Kami selamat mencetak tiket dan bag tag. Hanya menunggu kaunter check-in dibuka untuk drop our baggage. Anyhow, hampir kesemua staff di kaunter check-in Jet Star adalah terdiri dari mereka berketurunan Maui. Mereka terkenal dengan sikap yang ramah dan disitu kami berjumpa Felicia (as far as I can recall back her name). "KiaOra'" means Hi or Selamat datang. Itulah yang kami ucapkan pada Felicia and that makes her happy. "Good Bye, have a wonderful trip yeah,". Felicia wished us before we left from her counter. (Ita selamat walaupun beg dia weighted about 22kg, Kak Mah 21kg and mine just 16kg. Derma la sikit. Semua happy (benefits of group check-in).
*********
TRAGEDI TUDUNG BLING-BLING
Hehe, a funny ones yeah. Jap...tergelak sorang-sorang bila teringat situasi yang amat menggelikan pankreas. But who was the main lead role. No other than Miss Ita. Clap. Clap. Thank you.
Ita, izinkan teman story sikit. Mohon ampun in advance and the story went as follow...
Sebaik sahaja kami semua melepasi kawasan tapisan imigresen dan kastam, kami perlu melalui satu lagi tapisan keselamatan iaitu melalui walk through metal detector machine. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi tapisan tersebut begitu juga Kak Mah (no more Avocados yeah).
Walaubagaimanapun, Ita 'tersangkut' dan diarahkan untuk mengulangi tapisan tersebut. Namun tetap GAGAL. Pihak keselamatan airport Auckland mengarahkan Ita untuk memasuki satu lagi mesin tapisan yang besar di mana Ita dikehendaki untuk membuka kaki seluas imej tapak kaki di lantai mesin tersebut disamping mendepakan tangannya. Kasut pun Ita kena tanggalkan untuk di scan..
Heheh. Alhamdulillah, akhir sekali pihak keselamatan tersebut mengesyaki bahawa tudung/selendang yang Ita pakai tersebut mempunyai metal like substance dan tidak boleh melepasi tapisan keselamatan mereka.
Saya dan Kak Mah hanya mampu menahan diri dari ketawa bagi mengelakkan diri kami dikecam oleh komuniti setempat. Heheh.
*********
Sebaik sahaja melepasi tapisan keselamatan tersebut, kami bergerak ke departure lounge untuk menunggu flight yang akan berlepas pada pukul 2.15pm.
Usai menaiki Jet Star dan sebaik sahaja kapal berlepas, kami dihidangkan dengan menu yang sangat berkhasiat dan sedap. Selesai makan, kami berehat sebelum tiba di Christchurch, New Zealand iaitu the Northern Part of New Zealand. Next Stop...Christchurch...see you there.
Ita baru keluar dari kapal Virgin Australia.
Menaiki Airport Shuttle ke Auckland Domestic Airport.
Menuju ke Check-In Counter Jet Star.
Check-In Counter. Saya tengah berurusan dengan Felicia. The rest busy berselfie. Hehe.
Tiket yang dicetak sendiri menggunakan Self Check-In Kiosk. Ianya terletak berhadapan kaunter Check-In Jet Star.
Tiket yang berkualiti material nya
Kawasan menunggu sebelum berlepas ke Christchurch.
Beg Ita. Dia seorang sahaja yang ada sticker ni. I wonder why...
Dalam flight Jet Star. blur skit sebab dalam penerbangan yang ada air terbulance.
Hidangan berkhasiat
See you guys in Christchurch...
Bersambung
No comments:
Post a Comment