Saturday, 8 October 2016

THE GREAT ESCAPE: DAY 2 - PERTH - AUSTRALIA

Pagi hari kedua kami masih disambut dengan hujan yang lebat (ribut sikit pun ada) iaitu sejak malam pertama di Perth, Australia. suhu adalah sekitar 10C. Memang sejuk to the bones. Anyhow, alhamdulillah ada aircond yang boleh dilaraskan suhunya sehingga 30C. Semua bergembira kesudahannya. 

Usai solat subuh, kami sediakan sarapan pagi iaitu bubur, noodles dan fruits. Selepas sarapan, kami decided to have another brisk walking session memandangkan semalam Ita tidak berkesempatan melakukannya kerana faktor kesihatan. 

Baru sahaja beberapa langkah meninggalkan rumah penginapan, tetiba kami mendapat satu idea mengejut iaitu untuk terus pergi ke bandar Perth. Memandangkan ketika hendak keluar rumah saya terserempak dengan Dillon yang sedang bersiap untuk ke kelas, so saya terus bertanyakan Dillon untuk menghantar kami ke train yang berdekatan. Dillon was more than happy to assist us on his new Polo Golf. Kak Mah and Ita hopped in dan kami bergerak menuju ke stesen train.

Setibanya disana, kami terus membaca panduan perjalanan train yang ditampal di dinding dan naik ke tingkat atas. Pembelian tiket dilakukan melalui mesin kiosk. Memandangkan kami ni tourist, hehehe,.. so kurang familiar dengan sistem tersebut lalu kami meminta bantuan local people yang pada ketika itu sedang menungu train. Mereka sudi membantu. Perjalanan kami adalah menuju ke bandar Perth. Seperti yang Ita mentioned earlier on, ada satu taman yang besar dan menarik di Perth. Maka itulah yang menjadi tempat tujuan kami. Harus diingat flight kami ke Auckland, New Zealand adalah pada malam ini iaitu berlepas pada pukul 10.25 pm. Time is the essence. Ita don't fail us now.

Setibanya di bandar Perth, kami menuju di kawasan stesen bas. disini terdapat perkhidmatan bas percuma dengan laluan yang berbeza dan dibezakan dengan kod warna bagi setiap laluan. Ita menjadi tour guide kami di bandar perth ini memandangkan Ita sebelum ini (tak sampai setahun pun kali pertama Ita melawat bandar Perth) pernah melawat bandar Perth. Kami mula menaiki bas dan menuju ke taman yang dihajati. Dalam perjalanan, Ita mula merasa yang dia terlupa laluan yang hendak dituju, setelah beberapa minit menaiki bas tersebut. Ita berkongsi keraguan dia dengan saya & Kak Mah. 

Perkara pertama sekali yang saya lakukan adalah cuba bertanya dengan penumpang lain yang berada di dalam bas tersebut. Pusing-punya pusing, ternampak seorang mamat yang muka macam orang Malaysia. Saya minta Ita tanyakan panduan arah ke taman tersebut memandangkan dia seorang wanita. Hehehe. Sekali Ita suruh saya balik. Ciss. And so I started to approach this guy by saying " Hi, orang malaysia ka?" sekali terkeluar loghat negeri. Hehe. Budak ni senyum dan cakap "Ya, orang Malaysia." 

Maka episode bertanyakan panduan arah bermula. Adib rupanya datang bersama adiknya iaitu Aizad. Both of them happened to be on the same bus. As so, we decided to go to the Kings Park as it was their heading destination. Forget about whatever park that we want to go to. Our travel group just got a bit bigger and more merrier. Unfortunately, Adib and Aizad too were a bit lost. Hahahaha. But things got better when we stick together. At last we arrived at the Kings Park. and the rest is history. Kak Mah tak bawa cermin mata dan barang-barang lain. Hanya bag duit sahaja. So much for early morning brisk walk. Hahaha.

We arrived at the back end of the park. So we have to walk through some beautiful forestry track before arriving at the very botanical garden. We were greeted by the sweet smell of springs and flowers to the extend that we were over our head and snapped pictures everywhere possible...and suddenly, the park personnel who was driving a truck that time, stopped at our 'capturing the moment' scene' and gave us a warning "You guys are not allowed to be in that area. You might step on the flowers and killed them. Just be on the walking area." and we replied "Oh, we're sorry, sorry." Hahaha....teruja sangat sampai tak ingat dah tentang tatacara melawat sebuah taman di negara orang. Maafkan kami old grumpy lady..(talk to the hand)..sigh.

Selepas menghabiskan masa melawat taman tersebut, we decided to head for lunch. Memandangkan mencari makanan Halal merupakan sesuatu yang mencabar di Perth, maka kami mula mencari food courts terdekat dengan harapan terjumpa dengan makanan Halal. Alhamdulillah, terjumpa makanan arab yang lazat. We had our lunch together and it was a blast.

After the lunch, kami ikut sahaja ke mana pasangan adik beradik tu pergi iaitu ke shopping complex yang bernama WaterTown yang terletak within a walking distance from our eateries. Disini memang terdapat berbagai jualan termasuklah pakaian sejuk yang sangat berbaloi harganya memandangkan musim sejuk telah berlalu. Jualan penghabisan stok rasanya.

Kami berpisah dengan Adib dan Aizad disini dan bertukar-tukar contact details sebelum pulang ke tempat penginapan kami. 

Satu pertemuan yang sangat bermakna walaupun hanya seketika. Adib dan Aizad, hope that you guys can join us on our next trip to wherever. Insyaallah.

 Sempat berselfie dalam kereta. Ita apsal muncung sngat mulut tu? Kesejukan kot. Kak Mah terselit ja kat belakang tu. Hehe.


 Jadual train.

 Mesin jual tiket.


 Tiket ke bandar Perth. One way. 


 Lebih kurang di Malaysia ja.

 Candid. But Kak Mah macam boleh hidu. Magis ni.


 Ita and I decided to stand up and give way to the needy. Bravo. Applause please.

 Bilapun bersedia untuk berselfie. Mantap. Konsep Eveready bateri.

 Rumah Orang-Orang Tua di Perth. Lawanya. Dalam bas yang dinaiki inilah kami berjumpa pasangan adik beradik Adib dan Aizad. (gambar ini diambil dari dalam bas yang sedang bergerak)

 Turun sahaja dari bas Ita\terus prepare nak berselfie. Nice.

 Selfie beramai-ramai. Belakang tu adalah back end entrance to Kings Park.

 Pokok-pokok di Kings Park ni memang lawa-lawa dan berusia beratus tahun. bukan yang bergambar tu berusia beratus tahun k. Jangan sesekali salah faham. Hmmmm.

 Masih sejuk. Kalau penat berhenti ler sekejap, berehat.

 Kalau dahaga, bolehlah minum di kawasan air minuman bersih yang disedaiakan di taman ini.


 Di puncak taman. Ita, Adib & Aizad berborak sakan. Mind your step guys.

 Kak Mah & Ita jangan cuba mencuri fame statue tu okay. Heheh.

 KakMah bergambar berlatar belakangkan pokok Baobab. Juga dikenali sebagai tree from Hell sebab akar di luar (upside down).

 Some information. Tangan Kak Mah tu sedang mengiringi explanation yang diberi.

 Baobab tree

 Information di mana-mana

 Tandas taman. Sangat bersih.


 Take a pause and smell the flowers.

 Boronia Garden

 Kawasan bersejarah yang mengabadikan para pejuang dari serata dunia yang dihantar untuk membantu Australia pada ketika dahulu. Pejuang dari Tanah Melayu pun ada. Allahuakhbar.

 Exactly beside to where kak Mah sat, adalah Malay State yang diberi penghargaan. A very popular tourist spot.

 Ita sedang aktif berkarya.

Batu Bersurat.

 War Monument.

 Perfect view of Perth City

 Backside of War Monument

 Lunch with a blast. Kak Mah MAM besar dalam rumah ini. Hehehe 

 Buddies

THE MOMENT 


Bersambung...


No comments:

Post a Comment