Saturday, 8 October 2016

THE GREAT ESCAPE: DAY 1 - FROM MALAYSIA TO PERTH - AUSTRALIA

7 September 2016 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh team traveller saya. Izinkan saya memperkenalkan team member kami iaitu me my self Mr. F, the aspiring Kak Mah and the ever Miss Jovial...Ita.

Ita tiba awal iaitu pada malam 6 September 2016 dengan manaiki ETS and bertukar tren ke Bandar Baru Salak Tinggi menggunakan ERL. Alhamdulillah, my best friend Miss Amal berbesar hati menumpangkan Ita untuk bermalam sebelum berangkat keesokkan paginya ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). To Amal, please join us next time.

Pada keesokkan paginya, as early as 5 am in the morning, saya drive ke rumah Amal (lebih kurang 30 minit masa perjalanan) to fetch Ita. Amal was ever attentive as so she decided to send us to KLIA airport dan kereta saya pula diletakkan di rumah Amal. Thanks Amal...and yeah she asked me to kidnap a New Zealand's sheep....hmmmm

Perjalanan dari rumah Amal ke KLIA hanya mengambil masa 30 minit memandangkan ianya awal pagi dan smooth traffic.

Tibanya di sana, Kak Mah sudah berada di airport. Awalnye. Kagum sejenak. Anyhow, memandangkan kaunter check-in telah dibuka, kami segera menuju ke kaunter H, Level 5. Keseluruhan perjalanan kami dijangka mengambil masa 16 hari yang akan melibatkan trip ke:

1. Perth, Australia
2. Auckland, New Zealand
3. Christchurch, New Zealand
4. Auckland, New Zealand
5. Gold Coast, Australia

Macam tak boleh percaya? Well, we did it and please allow me to blog about it okay folks? Good. Perjalanan ke Perth bermula di KLIA iaitu penerbangan akan berlepas di Satellite Building, KLIA. Memandangkan ketika itu masih awal pagi, maka sebaik sahaja sampai ke Satellite Building dengan menaiki Aerotrain dari Contact Pier, kami segera menuju ke kawasan di mana terletaknya surau untuk menunggu sehingga masuknya waktu Solat Subuh.


Sempat lagi kak mah grab early edition for current news. 

 Ita pulak macam selalu, berselfie memanjang. Well, asalkan bahagia. Itu yang penting okay.


Tiket flight


Alhamdulillah. Usai solat Subuh, masing-masing tetiba berasa lapar. It was time for breakfast. So we decided to search for the best eateries in Satellite Building and we landed on having french fries at Burger King. The service was rather slow but hey, we were in good mood. Everything should be dealt with smile. :)... Just like the moment seized above.

Flight Information Display System (FIDS). Alhamdulillah, tiada kelewatan penerbangan yang tertera di skrin.


Kami menaiki Malindo Air memandangkan ianya menepati plan perjalanan The Great Escape kami. The service was good with extra leg room. 


Borang Deklarasi Imigresen & Kastam Australia (Front)


Borang Deklarasi Imigresen & Kastam Australia (Back)

 Makanan yang dihidangkan dalam penerbangan Malindo Air. Sedap juga. Alhamdulillah. Makanan kami semua licin. Rasanya french fries tadi tidak mencukupi. Hehe...

Inilah Nasi Lemak Ayam Rendang Malindo Air. Sedap betul.  Air Pepsi dan dan air biasa.


Ita dengan bantal ajaibnya. Kak Mah masih lagi menikmati in-flight brekkie...


Ita sambil mengisi Declaration Form...sambil borak....Fokus Ita...Fokus.....Haha...



Penerbangan kami berlepas pada pukul 8.25 am dan tiba di Perth, Australia pada sekitar pukul 2.10 pm. Alhamdulillah perjalanan yang lancar.


Bersambung.........

1 comment:

  1. Waahhh.....ini x adil ni, asyik kita jer dijadikan bahan....cuba selitkan pasal u jugak k Mr.F.....wekkk

    ReplyDelete