Monday, 22 April 2019

The Great Escape: Cappadocia-Turkey & Tromso-Norway 4, 5 dan Hari Terakhir di Cappadocia (6th)

Pagi ini sekali lagi kami tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat pertunjukan belon udara panas di bumi indah Cappadocia. Suatu suasana yang sangat 'rare' setiap kali melihatnya ...well at least to me.


Selesai 'rutin' pagi kami (...smiling as I am typing this) kami segera bergegas pergi sarapan. Sambil bersarapan pagi, saya sempat berborak dengan Kak Mah dan Shimah...well dipendekkan cerita...Kak Mah dan Shimah decided untuk mencari carpet sebagai cenderahati dan sebagai koleksi dekor tambahan kelak pulang ke Malaysia. Nice ok!!??


Proses mencari carpet idaman Kak Mah dan Shimah tidaklah mengambil masa yang lama kerana kami terus menuju ke kedai carpet sememangnya murah dan sangat berkualiti. Kak Mah sempat membeli beberapa sarung bantal yang sangat menarik dan berbaloi serta tinggi kualitinya. Hari ini dan hari-hari berikutnya kami habiskan dengan immerse ourselves with local scene and cultures....lebih kurang macam jalan-jalan santai je....Sempat juga tangan ni menyambar cenderahati murah-murah. Bukan apa, too hard to resist the temptation of beautiful goods (cheap too :)) in Cappadocia. You will believe me if you manage to come here. I promise!!

Sebelah malamnya, we decided to try the local Italian cum Turkish restaurant. We managed to order a few delicacies off from the menus. While waiting for our dinner to be prepared, we decided to change the table due to the nearby customer that brought along their 'overly friendly' dog that makes us extremely uncomfortable.



Alas, our dinner came in and it was alright on the taste but the ambience was to die for. Period!!. We then went back to our 'resting place' for tomorrow's 'routine'  plus that last minute shopping..Huhu!!


 Kak Mah semakin mahir dalam aktiviti' 'poke that balloon'

 ...and Shimah too...

 Foto peribadi yang sempat diambil oleh Mr. YoursTruly. Clap..clap!!Huhu..

 Jom sarapan dulu?!

 Menarik..tertarik..sudah semestinya food presentations memang da bomb!!

 My Favourite (as in the accent of Gary Oldman as Zorg in The Fifth Element)

 Kak Mah's last minutes shoppping...salute!!?

 Nah...makin ke dalam..terperosok..hampir ngesot...ni yang dikatakan Queen Of Haggling. Bak pepatah Turkey ..di mana ada Kak Mah di situ ada keresahan tokey kedai karpet Turkey...

 Shimah tersenyum approval atau nak join Kak Mah...

Too hard to resist memoribilia..

 Selepas membeli-belah....jom pump masuk vitamin buah-buahan ke dalam sistem imun dulu.. 

 Kak Mah mana? Waktu ni Kak Mah pergi ladies'. Situasi di atas menunjukkan suasana menunggu makan malam disediakan. Sejuk pulak malam ni.

 Sila-sila.....

Ladies...let's get into formation and I say slay that chickens...Beyonce style...Huhu


HARI TERAKHIR DI CAPPADOCIA (6TH DAY)

Pagi ini bersamaan  11 September 2018 merupakan hari yang berbaur rasa dihati. Hari ini merupakan hari terakhir kami di Cappadocia sebelum berangkat ke Istanbul dan bermalam di sana dan berlepas ke Norway keesokkan harinya.

Personally I felt a bit melancholy of leaving Cappadocia unbeknownst of ever to return here again. This very morning too I had this urge to again see my favourite fireflies via the very window on my room..silently...wishing to see them again.

That morning.... Shimah and I went for our final stroll along the Cappadocia town. Kak Mah decided not to join in as she was pretty occupied in reorganizing her 'merchant's goods' so that it fitted perfectly inside her luggage.

Shimah and I went for some milkshakes over a local coffee shop and the place was nice plus the great internal ambiance. The barista was friendly and  even suggested to us certain flava of the milkshakes.
After handed over the milkshakes, he was so surprised to see that I carried a very small camera and started asking questions about it but then I had to explain to him that it was a GoPro. Hahahah...poor thing.

My valentine...

 Gonna miss you guys....

 Ladies of the moment taking it all for the last time.

 Strolling the street for local refreshments

 Yummy 

 Curious Buddy...

Perfect snacking before leaving...

Sebelum berangkat ke Istanbul...Kak Mah join makan tengah hari di pekan Cappadocia. It was delicious and fulfilling. Alhamdulillah

 Delicious

The fact that we needed to check out from our hotel...we spent our time by having lunch and perform our prayer.

 Ablution place

 Inside Cappadocia mosque

 While waiting for Kak Mah and Shimah done with their prayer....some local tourist came to me and struck conversations. It was very engaging and was all I ever needed on my last day here.

The turkish uncle offered me a very engaging conversation and an orange. Next beside me is his lovely wife. Love them to bits. Soon after that I introduced them to Kak Mah and Shimah.

 Kak Mah sempat berposing sakan di taman Cappadocia bagaikan Mawar kembang dipuja....

 Peta Gerome tersedia di taman Cappadocia

 Lewat tengah hari kami mula berangkat ke lapangan terbang berdekatan dengan menaiki shuttle bas yang telah ditempah terlebih dahulu di Malaysia.

 Alhamdulillah selamat menaiki kapal terbang menuju Istanbul. Kak Mah ilmiah sangat tu.

 Setibanya di lapangan terbang di Istanbul, kami menunggu untuk luggages yang di daftar masuk sebelum ini.

 Malam ni kami akan transit di Istanbul dan tidur di hotel berdekatan sebelum meneruskan perjalanan keesokkan paginya ke Norway.

 Selagi boleh. Lapar dan hampir tak keruan, kami sempat pesan makanan di hotel tempat kami menginap.

Sampai di sini sahaja...hari dah semakin malam, Mr. Yourstruly nak tidur dahulu. Esok kami akan meneruskan perjalanan ke Norway...jom?

Tuesday, 12 March 2019

The Great Escape: Cappadocia-Turkey & Tromso-Norway 3





Alhamdulillah dan syukur ke hadrat allah s.w.t....usai solat subuh, kami disajikan pemandangan yang terindah iaitu tarian 'si kunang-kunang' di langit Cappadocia. Subhanallah, sangat memukau dan menakjubkan.  Gambar di atas sengaja diletakkan pada permulaan posting ini untuk bersama-sama berkongsi pemandangan epic ini dengan para pembaca sekalian. Kami menghabiskan masa lebih dari 1 jam berada di atas rooftop penginapan untuk merakamkan kenangan yang sangat berharga. Kak Mah dan Shimah sangat teruja dan seperti biasa, saya melantik diri sendiri menjadi jurufoto profesional antarabangsa terkemuka (sought after) demi kepentingan rakan traveller yang ternyata busy and occupied mencuri gambar-gambar candid dan  berselfie demi Insta-worthy picture-gram...Peace!! Kak Mah sempat bereksperimentasi dengan pelbagai gaya kreatif nan tersendiri dek teruja dengan keindahan bumi Cappadocia tatkala menyambut kedatangan mentari pagi.

Untuk makluman pembaca semua, hari ini kami merancang untuk DIY ke pekan Derinkuyu menaiki bas. Derinkuyu merupakan pekan kecil yang mempunyai hidden gems tersendiri iaitu tamadun kota bawah tanah. Sekiranya pembaca semua berkesempatan tiba di Derinkuyu, sudah pasti lawatan ke kota bawah tanah ini menjadi satu kewajiban traveller yang tidak menghampakan. Untuk info tambahan, sila rujuk posting saya terdahulu berkaitan Derinkuyu. 

Ketika berada di kota bawah tanah tersebut, kami sempat juga berselfie sakan walaupun suasana agak kelam dengan pencahayaan yang minima. Suhu di bawah tanah ini sangat sejuk dengan pengudaraan asli bertaraf 5 bintang. Sangat selesa dan tenang.  

Usai lawatan tersebut, kami terus keluar dari kota bawah tanah dan seterusnya mengunjungi kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual cenderamata di kawasan sekitar. Memang ternyata barangan cenderamata yang dijual di sini sangat murah...diulangi sangat MURAH!!. Makanya, jika pembaca berjaya tiba disini, memang WAJIB mendapatkan cenderamata yang menawarkan harga yang amat rock bottom. 

Seterusnya kami terus menuju ke kawasan stesen bas untuk pulang ke Cappadocia yang terletak di Goreme. Sebelum itu, sempat juga kami singgah di gerai-gerai menjual minuman dan makanan bagi merasai air jus buah oren yang diperah segar di depan mata kami. Sungguh sedap dan wow!!. Kak Mah dalam sekelip mata pantas berfoto dengan makcik yang menjual makanan ala-ala murtabak turkey sambil berselfie. Agak enak dan berpatutan harganya sesuai dengan saiz makanan yang agak besar. Sementara menunggu bas tiba, kami menjamah murtabak Turkey dan mempelawa penumpang berketurunan turkey untuk turut merasai makanan kami sebelum kami menaiki bas pulang ke tempat penginapan.

Pada sebelah malamnya, kami turun semula ke pekan Cappadocia bagi merasai suasana malam di pekan kecil ini di samping survey lampu-lampu turkey yang sememangnya sarat dengan hasil seni yang bermutu tinggi. Kak Mah dan Shimah dengar cerita berhajat untuk menjadikannya koleksi deco di rumah masing-masing. Kami pulang ke kawasan penginapan dalam pukul 11 malam dengan penuh kepuasan pencapaian eksplorasi hari ini dan dengan penuh pengharapan agar keesokkan harinya lebih ceria dan penuh excitement. Insyaallah...

Kak Mah was really in the zone with her newly bought Poncho

Picture perfect...thanks to yours truly Mr. Photographer

Kak Mah was enjoying her drink basking in the glory of Cappadocia's atmosphere

Almost perfect momento minus the unique baby hand

The solemness of this picture gives eclectic melancholy experiences whenever you put your eyes on it

Dua orang kat belakang tu macam Duta Avanos dah

Pekan kecil Derinkuyu

Jom masuk ke kota bawah tanah...Derinkuyu Underground City

Laa posing lagi...jom...jom masuk

Love it!!

Dah keluar dari kota bawah tanah

Dah keluar dari kota bawah tanah...haus la pulak?!!

Air yoghurt macam boleh hilang dahaga but tak berani nak cuba....

Jus oren segar

Kak Mah belajar buat murtabak Turkey ke?

Kemain makcik ni beraksi

Dah hampir masak

Kita makan dulu

Ekspedisi mencari lampu Turkey bermula...